Followers

Wednesday, 13 November 2019

LA TAHZAN - SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR


Doa ku setiap hari. 
***********************************
"Ya Allah, Syukur Alhamdulillah ku ucap kepadaMU , masih bernafas lagi pada hari ini,
maka Engkau jadikanlah hari -hariku sebagai ibadah kepada MU. Dan redhalah kepadaku ya Allah"
Ampuni la dosa dosa ku ya Allah. Amupuni dosa suami ku..
Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka Sebagaimana mereka mengasihani aku sejak aku kecil.
Ampuni dosa kedua mertua ku, adik beradik ku, kaum keluaraga kaum muslimin dan muslimat,
Baik yg masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku, suami ku ,dan anak anak ku, kebaikan didunia dan di akhirat" Kurniakanlah kami umur yang panjang didalam kesihatan yang baik.
Kurniakan kami kebijaksaan, kesabaran, dan kasih sayang yang berpanjangan.

"LIMPAHKAN kami dengan rezeki yang berpanjangan dan berkat."
''KepadaMU kami mohon perlindungan ,Lindungi kami dari segala macam penyakit dan halangan.

"Ya Allah, sekiranya aku di takdirkan masih mempunyai zuriat, maka makbulkan ya Allah..
Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.

Ya Allah permudah urusan ku dan suami membesarkan anak2 kami agar mereka (Arissa dan Ayra ) menjadi anak yang solehah, yang beriman , Ya Allah Kurniakan kepada anak anak Kami kebijaksanaan dan kepandaian dalam menuntut ilmu,Fasihkan lidah mereka dengan membaca ayat Al-Quran...kuat kan daya ingatan dan terangi hati mereka dalam hafazan dan dalam tiap ilmu pembelajaran, kurniakan mereka kejayaan yang cemerlang ilmu dunia dan ilmu akhirat, sesungguhnya kepadaMU aku memohon segala kebaikan da kejayaan untuk anak2 kami, permudahkanlah urusan anak2 kami ya Allah.

Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan yang aku hadapi, permudahkan urusan ku.
Ya Allah bantulah aku "permudahkan perjalanan hidupnya ku Allah.."

"Ya Allah, kiranya suami ku atau ada ahli keluarga ku dan juga kaum muslimin dan muslimat
yang dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah,
'Amin ya rabbal'alamin















NOTE :13.11.2019 Terima kasih Allah  kau mendengar permintaan ku...hari ini aku sah hamil Anak yang ke-3...terima kasih atas anugerah dan rezeki kurniaanMU...ya amat besar maknanya untuk keluarga kami. Permudahkan urusan ku ya Allah. Pelihara lah dan 
lindungilah dia selama dia dalam gelap nya rahim ku. Jauhilah kami dari sesuatu yang meudaratkan. Bentuklah dia dengan sempurna kejadian dan cukup sifat nya ya Allah.
Kurniakan lah dia kesihatan dan kekuatan, dan permudah aku melahirkannya apabila cukup masa melahirkan. Berikan lah kepada anak ini kebaikan didunia dan akhirat ya Allah.
sesunggguhnya pada MU aku meminta pertolongan, ya Allah..ya Rabb..Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.



#indahnya KurniaanMU
#THANK YOU ALLAH
#permudahkanlah urusan kami yaALLAH

Tuesday, 22 October 2019

COBAAN


Firman Allah:
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" (Al-Anbiya 21 : Ayat 35).

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[Al – Baqarah 286]


Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang di hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah sayang... Allah nak buat kita lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau Allah tak sayang ..Dia akan biarkan je ..tak hiraukan . Dan Allah yakin kita boleh hadapi ujian NYA. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan kita dalam menerima ujian itu. Adakah kita akan salahkan Dia..? 

Yakin lah dengan ujian, buat kita lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam tu, aku akui, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk kita lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Pasti kita punyai kekuatan untuk terus kuat.!. Kalau tak, masakan Allah bagi ujian. Dan kita berhak untuk memiliki yang lebih baik daripada apa yang kita ada sebelum ini. Ambil ibrah (pengajaran) dari semua yang dah berlaku tu. Setiap kita punya pengalaman hidup tersendiri.

Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan

hari-hari kita sentiasa cerah :)

Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati…letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[Al-Rad 39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, mudahan dapat melupakannya secara perlahan-lahan. Yakinlah.

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[Alam Nasrah5-6]

Moga Allah beri kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Subhanaallah , Alhamdulillah , Astagfirulallhalazim.

Wednesday, 25 September 2019

CZER 18.8.- Miracle birth


18.08.2017 Jam 8am - 835am
tarikh ini adalah tarikh kelahiran anak ke2 ku..

bila tiba 18.8 selain dari kami meraikan hari lahirnya dengan penuh rasa syukur
pasti saat mgeluarkan dia dari gelap rahim ini tetap di ingatan kerana ia nya
satu pengalaman yang bermacam berbaur rasa..

Oleh kerana air ketuban mulai kurang dan bayi dalam kedudukan songsang.
Doctor menyarankan segera di bedah. Syukur saat itu  tarikh usia kandungan  masuk 37 minggu
Sememang nya ini lah aturan yang telah ditetapkan oleh NYA.

Perasaan merelakan diri untuk ditoreh, dihiris demi anak dan suami hanya Allah yang tahu

Perasaan terbaring di sorong laju masuk ke dewan bedah yang sangat sejuk, hanya Allah yang tahu

Perasaan bila di maklumkan untuk di bius separa sedar , hanya Allah yang tahu

Perasaan mendengar segala urusan di dewan bedah, hanya Allah yang tahu

Allah sahaja yang tahu perasaan seorang wanita yang melalui semua ini

Sesungguhnya wanita itu telah terlatih menahan segala kesakitan demi melahirkan zuriat dari gelap rahim...Dan sesunguhnya Allah itu maha berkuasa atas tiap sesuatu.

Firman Allah SWT:
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu)
tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya.
Kami cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik air benih,
kemudian daripada sebuku darah beku, kemudian daripada seketul daging
yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan.
Kami jadikan secara yang demikian kerana Kami hendak terangkan kepada kamu (kekuasaan Kami)
dan Kami pula tetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;
kemudian Kami keluarkan kamu berupa kanak-kanak……..” (al-Hajj [22:5]).

Monday, 26 August 2019

SPEEDY RECOVERY part2 . Hasya turn 2



LA TAHZAN.
ALLAH ada.
ALHAMDULILLAH

Dengan izin Allah.. dan doa2 baba..umi..kakak hana..atok ayah..nenek..nekwan.
paklong..maklong sekeluarga..makngah sekeluarga..cik andak mama sekeluarga
..acik siti , paksu..ticer2,kawan2 saudara mara...Ayrahasya semakin pulih.

15.8.2019 DISCHARGED..
Alhamdulillah..daa da selera makan..tapi masih continue antiobitik dirumah ..itu cukup buat adik tenang dari fobia suasana hospital. adik akan bergaduh dgn umi baba bila time bagi ubat...pandai adik lariii then nangis.tu yg buat umi nangis sedih..Maaf kan umi adik.  Kadangkala tak cukup kuat.

18.8.2019@ Sunday, HASYA TURN 2. 
Small celebration for hasya birthday. Umi cooked bubur merah putih, nasi arab,
nenek belikan special little cake....hasya excited sangat dia potong cake... 
Ya Allah kami doakan Nur Ayra Hasya sentiasa dalam lindunganMU ya Allah. ..
panjangkan usianya..berikan kesihatan yang baik..hilangkan segala sakit nya....
kuatkan semangatnya..kurniakan rezeki yang bertambah2..fasihkan lidah membaca ayat suci 
Al-Quran, terangilah hati nya..kuat kan ingatan dalam menuntu ilmu...luaskan ilmu pengetahuan nya dengan ilmu pengetahuan yang luas untuk jadi mukmin sejati ....jadi anak solehah..
saudara yang baik untuk semua.  Sesungguhnya pada MU tempat kami memohon....
perkenankanlah doa kami ya Allah. Aamin .
Hasya,,walau masih kecil..umi selalu doa kamu kuat dan berani untuk hidup ini....
umi dan baba selalu ada untuk kamu selagi masih bernyawa....
Ya..perjalanan kamu masih jauh...ingat pesan umi , jaga hubungan dengan Allah 
dan sesama manusia. InshaALLAH hidup akan sentiasa diberkati. 

26.8.2019 FOLLOW UP and X-TRAY. 
Alhamdulillah result xtray  ada sikit saje kuman tu .....
doktor kata itu tanda baik..yang Adik akan pulih sepenuhnya.
Semua ubat doctor stop kan..Just continue aspira utk kuat kan paru2. Sabar laa ya sikit aje lagii ..
Harini adik hasya jab Prevenar. Harini kakak hana pun jab Prevenar.
Mudahan Allah beri kesihatan yang bertambah2 dan imum adik tambah kuat


Next appointment 6.9.2019. Mudahan segala dipermudahkan oleh Allah.
Sesungguhnya Allah yang maha menyembuhkan..


#Allah maha menyembuh
#permudahkanlah urusan kami yaALLAH
#berikan kesihatan pada NurAyraHasya dan NurArissa Hana ya ALLAH
#Thankyou Allah


'Saat Diri Diuji'


LA TAHZAN. ALLAH ADA.
'Saat Diri Diuji' bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Islam Itu Indah
Kepedihan dan kesedihan yang datang bersama dalam ujian yang kita hadapi sematkanlah dalam hati dan bersangka baik kepada Allah SWT.
Sekiranya kita belum nampak kebaikan yang Allah SWT berikan melalui takdir ujian itu menunjukkan ilmu pengetahuan kita tidak mampu mengukur dan menjangka ilmu Allah SWT yang Maha Luas.
Pujuk hati untuk menerima takdir walaupun mungkin mengambil masa untuk kita melihat kebaikan di sebalik kepahitan, kepedihan dan kesakitan yang diberikan Allah SWT.
Kegagalan, kerugian, kesakitan, perpisahan dan kematian mempunyai kebaikan jika semua itu datang daripada Allah SWT. Hikmah yang berlaku itu mungkin kita tidak dapat melihat disebabkan oleh mata hati kita yang buta.
Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan.
Oleh yang demikian, Pahrol terus mengingatkan bahawa bersangka baik dan ingatlah kepada Allah SWT kerana kaedah itu akan menjamin kebaikan hidup. Hal ini dapat kita lihat menerusi firman Allah di dalam hadis qudsi di mana sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: "Aku (Allah) adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku".
Perkara ini dapat kita lihat menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 286, yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya".
Didik dekat kepada Ilahi
Ujian adalah didikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha pencipta. Sekiranya kita sentiasa rasa selamat dan selesa dengan tahap iman yang sedia ada, sedangkan diri kita belum berada di tempat yang betul di sisi Allah SWT, maka sebab itulah Allah SWT menurunkan ujian untuk memperbetulkan keadaan diri kita.
Hal ini termasuklah ketika diri diuji, Allah SWT mahu kita menggunakan sepenuh kekuatan yang ada dalam diri disamping melaksanakan kaedah yang terbaik dengan memantapkan ibadah solat dan berdoa.
Oleh itu, setiap ujian juga membawa pengajaran supaya menjadi lebih soleh serta dapat meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT.
Ambillah manfaat ujian yang diberikan oleh Allah SWT itu dengan bersangka baik kepada-Nya dan pelajarilah hikmah daripada ujian tersebut supaya kita dapat menjadi sebaik-baik hamba.

#akumanusiabiasa
#akuhambaMU


#Allah maha menyembuh
#permudahkanlah urusan kami yaALLAH
#sembuhkanlah NurAyraHasya ya ALLAH

Tuesday, 13 August 2019

wish you SPEEDY RECOVERY duhai anak. (part1)

“ya ALLAH, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah,Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan keculai kesembuhan-MU,yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun (HR. Bukhari dan Muslim).”Umi mohon maaf pada anak umi ayrahasya yang sedang melawan kuman jangkitan di paru-paru..kalau lah mana mana pihak sedari dan pantau dari awal..tak adalah anak umi kena cucuk sana sini..Bermula dari 2hb/ July/2019 anak umi demam dan batuk..kami cutikan dari ke taska hawary,.baba dan umi bawa hasya ke klinik..baru seminggu baik..hasya masih batuk dan demam masih on off



masih pergi klinik continue ubat batuk + demam , dan kena bagi antibiotik


19hb Julai 2019 - ke HSA anak demam /nafas laju : Dibekal  ubat pantau sendiri
                               
28hb Julai 2019 - ke klinik kesihatan Taman U –result darah ‘berkuman’
 
29hb Julai 2019 - ke Klinik Siti Fatimah Tmn U – Demam semula dan nafas laju 
                               (Di beri nebulizer + di arah ke hospital)
 
29hb Julai 2019 - 11pm, Emergency Hospital Sultanah Aminah/ Demam kuat /Nafas laju
30hb Julai 2019 – 2:00AM warded Hopital Sultanah Aminah
31hb Julai 2019 – 5:00PM dibenarkan pulang dari Hopital Sultanah Aminah : Teruskan
                               antiobiotik
 
02hb Ogos 2019 – 9:00PM ke Klinik Siti Fatimah Tmn U – di arah ke hospital berdekatan
                               Kerana demam kuat/mengigil/nafas laju
02hb Ogos 2019 – Warded di Hospital Kempas  hingga sekarang didapati jangkitan kuman 
                               di paru2  /batuk/ demam on off , masih dalam rawatan doktor dan 
                               tunggu arahan kebenaran pulang

Hari2 yang kita lalui di dihospital sungguhmemerlukan kekuatan, kesabaran fizikal dan mental.Apatah lagi adik yg dicucuk kiri kanan utkdrip air..antibiotik  ..Tidur adik diganggu untuk jadual ubat..Adik juga di xtray .Pelabagai rawatan ini kita lalui demi kesihatan adik...bersabarlah duhai hati..bersabarlah duhai adik..kuat kan semangat mu..kita lawanlah sakit ini sama2.

#Allah maha menyembuh
#permudahkanlah urusan kami yaALLAH
#sembuhkanlah NurAyraHasya ya ALLAH

Sholawat tibbil qulub untuk orang sakit

Tuesday, 26 March 2019

tanya hati tengok poket.

cuti sekolah 2019
24/3/2019 - 29/3/2019

princess hana request untuk balik kg. rumah nekwan.. dan nak pi tengok wayang

princess hasya belum pandai buat order.

memandang si vious asyik buat hal acaner tuu?
adakah nak sewa tiap kali ada hal untuk kegunaan keluarga ?
atau nak beli baru baru?
atau nak beli 2nd car?
atau beli kete terpakai/ secondhand?
semua nya dalam pertimbangan...

tanya hati tengok poket...
sebab yang membayar ni bukan  ada pocket doraemon.

huahuaaaaaahuaa

Cukupkah bekalan - muhasabah diri


Selasa 26hb March 2019 bersamaan 19 REJAB 1440

Aku mula mendisplinkan diri untuk menghafal surah Al-kahfi. InshaAllah
nak hafal secepat yang mungkin .
Alhamdulillah dalam masa 1 hari aku dapat hafal 4 ayat...
Semangat sungguh  ni kerana puteri ku Hana berumur 5 tahun
sudah menghafal 10 ayat dari surah tersebut berkat pembelajarannya
di sekolah APC al-bahgdadi. Dengan kekurangan ini ..
Malu aku dengan Allah, dgn diri sendiri dan juga  malu nya aku
dengan anak sendiri sebab dah tua pun masih belum hafal hafal lagi.

Betul laa manusia itu lalai degan kesibukan dunia mereka sendiri..aku akui itu berlaku
pada diri ku. Entah apa yang aku sibukkan seharian. Tanggungjawab sebagai isteri...anak
...ibu...menantu... atau sibuk bekerja bukan alasannya.

Teringat tentang post sendiri di blog ni pada 8.Oct.2012
berkenaan surah asy-syam..tetiba rasa kerdil nya diri ini sebagai hamba.
cepat sungguh masa berlalu ...CUKUPKAH BEKALAN untuk saham akhirat?
muhasabah diri.

Surah Asy-syam Ayat 1-10
Ayat 1)  Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Ayat 2)  Demi bulan apabila ia mengiringi,
Ayat 3)  Demi siang hari apabila menampakkan dirinya,
Ayat 4)  Demi malam apabila ia menutupi,
Ayat 5)  Demi langit beserta seluruh binaannya,
Ayat 6)  Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Ayat 7)  Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,
Ayat 8)  Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Ayat 9)  Beruntung bagi yang mensucikan-Nya,
Ayat 10)Merugi bagi yang mengotori-Nya.


Image result for surah as -syam ayat 1-10



Monday, 25 March 2019

KLINIK & DR

Pakar kanak2 kanak dan Kempas medical kempas centre adalah  pusatan rawaran untuk kedua puteri kami sejak kami berpindah sekiranya anak sakit waktu malam or sakit yang memerlukan rawatan segera, Yang penting anak cepat recovery. If tak urgent kami refer Hospital berdekatan. 

Memang sejak anak dalam perut, saya lebih suka  pergi klinik 1st favorite kami. Klinik siti fatimah di tmn Universiti., memandang kan kebelakangan ini anak anak sakit dalam keadaan emergency so tak bole la ke tmn u..terpaksa kami pergi yg dekat.. seperti klinik Pakar kanak2 yang mana berdekatan dgn tempat tinggal kami. Sudah 2-3 kali juga pergi...walaupun layanan tiptop..doktor pun baik... anak tak serasi degan ubatnya...at the end pi pakar kempas juga.

Sekiranya masa dan jadual klinik siti fatimah kena dengan waktu kami untuk pergi mmg  kami tetap pergi kesana walaupun jauh. Dr Siti Fatimah, freindy /bermula dgn kalimah Bismillah setiap kali sentuh nak kita.Dia pun soft spoken / check pun details /jelas beri kefahaman pada parent...
So mmg kena tunggu lama setiap kali nak dapat rawatan dari nya.Anak anak pula tunggu2 doktor  beri sepacket vitamin dan ciuman setiap kali di beri rawatan( terharu setiap kali Dr cium anak kita)
..Dengan izin Allah anak2 serasi dgn ubat dia. Alhamdulillah...

itu aje klinik pilihan buat masa nii.. 

#KITA USAHA
#YANG MAHA MNEYEMBUH ITU ALLAH

Monday, 7 January 2019

Australian wallpaper

5.1.2019
Kami pasang wallpaper kat dinding . Just sikit saja utk ruang comel tuu.
Hajat dihati nak aje pasang satu hall heeee pulus diawangan lagi .

lepas ni dah boleh gerudi untuk pasang kayu langsir pulak.
next deco nti add at next entry ..


SEBELUM 

PROSES MENAMPAL


Ahad@ 6.1.19..AMANAH tetap amanah..

Anak amanah kita terhadap Allah..Amanah perlu dijaga sebaiknya

Allah jadikan manusia dikurniakan akal fikiran untuk memikir mana yang baik
Mana yang buruk...seharusnya  befikirlah secara dewasa...Anak itu anugerah Allah untuk
Di jaga sebaikanya..di didik dengan ilmu agama..di beri perlindungan sewajarnya...
Kelalaaian tersebut bermakna cuai..tidak amanah..tidak bijak menentukan apa terbaik untuk
Anak. Seharus waras berfikir baik buruk sesuatu perkara..
Patutlah ada pepatah ‘’otak jgn letak kat tapak kaki..bawa berjaalan nti hilang’’.

Sedih..keciwa..sakit sangat bila satu benda yang sepatut nya tidak berlaku itu berlaku.
Sedang si ibu sibuk didapur....boleh ke si ayah bawa anak kebilik air.??.
Lepas tu tinggalkan sekejap alasan nak ambil towel....
’’ikut akal saya jiwa mak mak sangat ni sebagai orang dewasa TIDAK boleh biarkan anak itu’’.
walau pun seminit. Dan sememang bole aje terjadi apa-apa. Anak itu hanya 1y4m umurnya.
Apa yang tahu ialah seronok tidak tahu marabahaya. .

Anak jatuh adalah kecuaian bapanya...dapat di bayangkan kesakitan si anak yang tergolek
Jatuh hingga bunyi kedebuk kepala nya mencecah lantai diikuti tangisan yang kuat..
sekira jadi apa apa yang tidak ingini yang memudaratkan si anak.,
si ibu pasti nya tidak akan maafkan sibapa sampai bila bila bila.  Ya Allah lindungi anak itu
dari sebarang kesakitan dalaman dan luaran ya Allah. Padamu kami mohon pertolongan
dan penyembuhan dari kesakitan anak yang  jatuh bilik air itu. Aaamin.

masam muka si ibu memendam marah pada si bapa , yela dia yang mengandung..
dia juga yang melahirkan..sakit si anak ..sakit nya terasa pada ibu jugaa..
paling geram dan sakit hati bila si bapa buat buat tak faham.. tanpa 
rasa sesal atas kecuaaian ..rasa tak sengaja laaa  tuu...aduhaii ada manusia begini.

**mak mak sensitif

Friday, 4 January 2019

family lover imahanayraidil


Welcome 2019

Hari ini 4.1.2019. Bermakna da 4 hari kita masuk tahun 2019.
Hari ini juga hari lahir En Suami. Didoakan Suami kesayangan beroleh kesihatan
Yang baik, dipanjangkan usia agar dapat beribadat dan berkhidmat untuk org tua.
Dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang.. mudahan rezki bertambah tambah.
Didoakan dia sentiasa menjadi anak yang soleh (terima kasih mak lahirkan aidil), 
mudahan jadi adik yang baik utntuk kedua abang nya .,..
Didoakan agar bekekalan menjadi suami yg bertanggungjawab.
Didoakan sentiasa penuh ikhsan dan panyayang buat Ayra dan Hana. Aamin.

Azam tahun ini agar terus istiqomah menjadi mukmin sejati..jadi anak solehah yang trusan
Mendoakan ayah dan ibu..jadi isteri yg solehah buat Suami tercinta.
Dan jadi  umi yang terbaik buat anak- anak. InshaALLAH.

Alhamdulillah anak anak dah mula sekolah.
Untuk hana sekolah nya start pada 6.1.2019 @Ahad ini. Hana da tahun 6y..
Cepat nya masa berlalu.. Tahun ni ia  akan belajar di Little Caliph .
2 tahun lepas  dia belajar  di APC (Preschool – AL-Baghdadi), sedih juga nak tukarkan..
Memandangkan kami baru berpindah, jarak perjalanan ke APC tu jammed area
Hana pulak susah bangun pagi...nak massage..nak hug..nak itu nak ini..Tapi tak bangun juga.
So kami putuskan ke LC dato oon sahaja. Mudahan ilmu di APC yg dipelajari Hana 
kekal menjadi amalan nya dan kekal di ingatannya .Terutama surah surah dan ayat hafazan nya.

Ayra pula kekal hantar ke Taska Hawary, Ayra nampak seronok.
Pagi pagi hantar dah tak menangis...rutin tidur pun teratur..bangun pagi mandi.
Tahniah Ayra ..jadi anak berani....bijak pandai meneysuaikan diri..

Umi dan Baba doakan Hana dan Ayra sentiasa bawah lindungan Allah swt,
Ya Allah kurniakan daya ingatan yang kuat untuk kedua anakku
Nur Arissa Hana  dan Nur Ayra Hasya,
Perluasakan kedua anak ini dengan  ilmu pengetahuan dunia dan akhirat yg luas,
Fasihkan lidah mereka dalam membaca ayat ayat suci Al-Quran.
Kurniakan mereka  kejayaan di dunia dan akhirat.
Lembutkan hati mendengar nasihat kami, jadikan dia anak yang solehah .
Temukan mereka dengan guru guru, penjaga penjaga, rakan rakan yg baik,
Yang sayangkan mereka...yang menghormati mereka ya Allah. Aaamin.

#ThankyouAllah
#Indahkebahagianini
#familyloverimahanayraidil
#imasatriablogspot

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...