Followers

Friday, 4 January 2019

family lover imahanayraidil


Welcome 2019

Hari ini 4.1.2019. Bermakna da 4 hari kita masuk tahun 2019.
Hari ini juga hari lahir En Suami. Didoakan Suami kesayangan beroleh kesihatan
Yang baik, dipanjangkan usia agar dapat beribadat dan berkhidmat untuk org tua.
Dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang.. mudahan rezki bertambah tambah.
Didoakan dia sentiasa menjadi anak yang soleh (terima kasih mak lahirkan aidil), 
mudahan jadi adik yang baik utntuk kedua abang nya .,..
Didoakan agar bekekalan menjadi suami yg bertanggungjawab.
Didoakan sentiasa penuh ikhsan dan panyayang buat Ayra dan Hana. Aamin.

Azam tahun ini agar terus istiqomah menjadi mukmin sejati..jadi anak solehah yang trusan
Mendoakan ayah dan ibu..jadi isteri yg solehah buat Suami tercinta.
Dan jadi  umi yang terbaik buat anak- anak. InshaALLAH.

Alhamdulillah anak anak dah mula sekolah.
Untuk hana sekolah nya start pada 6.1.2019 @Ahad ini. Hana da tahun 6y..
Cepat nya masa berlalu.. Tahun ni ia  akan belajar di Little Caliph .
2 tahun lepas  dia belajar  di APC (Preschool – AL-Baghdadi), sedih juga nak tukarkan..
Memandangkan kami baru berpindah, jarak perjalanan ke APC tu jammed area
Hana pulak susah bangun pagi...nak massage..nak hug..nak itu nak ini..Tapi tak bangun juga.
So kami putuskan ke LC dato oon sahaja. Mudahan ilmu di APC yg dipelajari Hana 
kekal menjadi amalan nya dan kekal di ingatannya .Terutama surah surah dan ayat hafazan nya.

Ayra pula kekal hantar ke Taska Hawary, Ayra nampak seronok.
Pagi pagi hantar dah tak menangis...rutin tidur pun teratur..bangun pagi mandi.
Tahniah Ayra ..jadi anak berani....bijak pandai meneysuaikan diri..

Umi dan Baba doakan Hana dan Ayra sentiasa bawah lindungan Allah swt,
Ya Allah kurniakan daya ingatan yang kuat untuk kedua anakku
Nur Arissa Hana  dan Nur Ayra Hasya,
Perluasakan kedua anak ini dengan  ilmu pengetahuan dunia dan akhirat yg luas,
Fasihkan lidah mereka dalam membaca ayat ayat suci Al-Quran.
Kurniakan mereka  kejayaan di dunia dan akhirat.
Lembutkan hati mendengar nasihat kami, jadikan dia anak yang solehah .
Temukan mereka dengan guru guru, penjaga penjaga, rakan rakan yg baik,
Yang sayangkan mereka...yang menghormati mereka ya Allah. Aaamin.

#ThankyouAllah
#Indahkebahagianini
#familyloverimahanayraidil
#imasatriablogspot

No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...