Followers

Wednesday, 25 September 2019

CZER 18.8.- Miracle birth


18.08.2017 Jam 8am - 835am
tarikh ini adalah tarikh kelahiran anak ke2 ku..

bila tiba 18.8 selain dari kami meraikan hari lahirnya dengan penuh rasa syukur
pasti saat mgeluarkan dia dari gelap rahim ini tetap di ingatan kerana ia nya
satu pengalaman yang bermacam berbaur rasa..

Oleh kerana air ketuban mulai kurang dan bayi dalam kedudukan songsang.
Doctor menyarankan segera di bedah. Syukur saat itu  tarikh usia kandungan  masuk 37 minggu
Sememang nya ini lah aturan yang telah ditetapkan oleh NYA.

Perasaan merelakan diri untuk ditoreh, dihiris demi anak dan suami hanya Allah yang tahu

Perasaan terbaring di sorong laju masuk ke dewan bedah yang sangat sejuk, hanya Allah yang tahu

Perasaan bila di maklumkan untuk di bius separa sedar , hanya Allah yang tahu

Perasaan mendengar segala urusan di dewan bedah, hanya Allah yang tahu

Allah sahaja yang tahu perasaan seorang wanita yang melalui semua ini

Sesungguhnya wanita itu telah terlatih menahan segala kesakitan demi melahirkan zuriat dari gelap rahim...Dan sesunguhnya Allah itu maha berkuasa atas tiap sesuatu.

Firman Allah SWT:
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu)
tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya.
Kami cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik air benih,
kemudian daripada sebuku darah beku, kemudian daripada seketul daging
yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan.
Kami jadikan secara yang demikian kerana Kami hendak terangkan kepada kamu (kekuasaan Kami)
dan Kami pula tetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;
kemudian Kami keluarkan kamu berupa kanak-kanak……..” (al-Hajj [22:5]).

No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...