Followers

Tuesday, 26 March 2019

Cukupkah bekalan - muhasabah diri


Selasa 26hb March 2019 bersamaan 19 REJAB 1440

Aku mula mendisplinkan diri untuk menghafal surah Al-kahfi. InshaAllah
nak hafal secepat yang mungkin .
Alhamdulillah dalam masa 1 hari aku dapat hafal 4 ayat...
Semangat sungguh  ni kerana puteri ku Hana berumur 5 tahun
sudah menghafal 10 ayat dari surah tersebut berkat pembelajarannya
di sekolah APC al-bahgdadi. Dengan kekurangan ini ..
Malu aku dengan Allah, dgn diri sendiri dan juga  malu nya aku
dengan anak sendiri sebab dah tua pun masih belum hafal hafal lagi.

Betul laa manusia itu lalai degan kesibukan dunia mereka sendiri..aku akui itu berlaku
pada diri ku. Entah apa yang aku sibukkan seharian. Tanggungjawab sebagai isteri...anak
...ibu...menantu... atau sibuk bekerja bukan alasannya.

Teringat tentang post sendiri di blog ni pada 8.Oct.2012
berkenaan surah asy-syam..tetiba rasa kerdil nya diri ini sebagai hamba.
cepat sungguh masa berlalu ...CUKUPKAH BEKALAN untuk saham akhirat?
muhasabah diri.

Surah Asy-syam Ayat 1-10
Ayat 1)  Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Ayat 2)  Demi bulan apabila ia mengiringi,
Ayat 3)  Demi siang hari apabila menampakkan dirinya,
Ayat 4)  Demi malam apabila ia menutupi,
Ayat 5)  Demi langit beserta seluruh binaannya,
Ayat 6)  Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Ayat 7)  Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,
Ayat 8)  Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Ayat 9)  Beruntung bagi yang mensucikan-Nya,
Ayat 10)Merugi bagi yang mengotori-Nya.


Image result for surah as -syam ayat 1-10



No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...