Firman Allah:
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" (Al-Anbiya 21 : Ayat 35).
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" (Al-Anbiya 21 : Ayat 35).
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.."
[Al – Baqarah 286]
[Al – Baqarah 286]
Ini
janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang di
hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah sayang...
Allah nak buat kita lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau
Allah tak sayang ..Dia akan biarkan je ..tak hiraukan . Dan Allah yakin kita
boleh hadapi ujian NYA. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan kita dalam
menerima ujian itu. Adakah kita akan salahkan Dia..?
Yakin
lah dengan ujian, buat kita lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam
tu, aku akui, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab
tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat
kepadaNya.
Solat,
puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim
yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita
dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan
janjiNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan
boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha
Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah216]
Setiap
ujian yang Dia datangkan adalah untuk kita lebih dekat denganNya. Tapi tu
terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita
akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian
tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya
kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin
jauh denganNya. Nauzubillah..
Pasti
kita punyai kekuatan untuk terus kuat.!. Kalau tak, masakan Allah bagi ujian.
Dan kita berhak untuk memiliki yang lebih baik daripada apa yang kita ada
sebelum ini. Ambil ibrah (pengajaran) dari semua yang dah
berlaku tu. Setiap kita punya pengalaman hidup tersendiri.
Meredhakan,
sangat membantu untuk membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)
hari-hari kita sentiasa cerah :)
Ada
satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati…letak
tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan
Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada
'Ibu segala suratan'.”
[Al-Rad 39]
Lepas
habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh
keyakinan kepada Allah, inshaAllah, mudahan dapat melupakannya secara
perlahan-lahan. Yakinlah.
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan
itu ada kemudahan."
[Alam Nasrah5-6]
Moga
Allah beri kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Subhanaallah
, Alhamdulillah , Astagfirulallhalazim.
No comments:
Post a Comment