Followers

Thursday, 16 November 2023

Kunci syurga orang perempuan yang paling besar iyalah ‘’......

 

Dalam 1 ceramah Ustaz Wadi …ada satu cerita dia kongsikan tentang beberapa riwayat, yg ni aku terpanggil laaa nak save n share :

 

‘’bagitau semua para wanita..dikalangan umat Nabi Muhammad.’’

 

 ‘’Kunci syurga orang perempuan yang paling besar iyalah ‘’

‘’Sesungguhnya mentaati suami, berkhidmat untuk suami, menyamai pahala berjihad fisabilillah dan boleh menyamai syahid fisabilillah’’.

 

tapi nabi tutup riwayat ini dengan satu ayat..kata NAbi ‘’terlalu sikit antara kalian yg berjaya melakukannya.’’

 

Iya di akui bila bergelar isteri ..diri rasa selalui rasa di uji..iya da duduk serumah..pelbagai perangai dan perbuatan yang perlu kita terima

Bila punyai anak pula, dah semakin sibuk macam2 perkara..dari uruskan anak…uruskan diri sendiri untuk pergi ketempat kerja..

dan begitu bila sebaik pulang bekerja…uruskan hal kerja sekolah nak..mengaji anak..makan anak..Ada masa rasa terabaikan suami.

Pernah juga rasa penat nya jadi isteri dan ibu…sebab sauami jarang ada dirumah, ada masa rasa  macam kita lebih banyak kerja dari si suami..

tapi tak baik kan rasa mcm tu.  Pujuk hati untuk redho….tanya diri apa cukup baik menunaikan tanggungjawab pada suami ..

 

Aku hanya manusia ada masa hilang sabar dengan pelabagai ujian.. sekarang ini pun masih cuba buat yang terbaik untuk suami …

terutama dlm mengutamakan dia dalam segala hal.. Masih cuba untuk istiqomah … tapi masih tak berjaya sebaiknya.

Ada ketika aku rasa Allah menghantar suami untuk kita bagi mendidik diri jadi seoarang yang sabar...

dgn ujian tersebut kita lebih banyak mengadu dengan Allah melalui Sabar, Mungkin Allah akan mengugurkan dosa kita yg terdahulu..

tidaklah di takdirkan pada kita  perkara sia2 melaiankan ada hkmah di sebaliknya.

Tentang suami pulak adakah dia berkhidmat baik?..menyantuni kita baik? Biarlah Allah saja yang tahu…di kiri kanan  bahu nya ada 2 malaikat

Yang mencatit tiap gerak geri dia tiap saat. Kalau kita nak berbalas balas ..tunggu dia baik baru nak baik atau klu dia jahat nak balas jahat. lupakan

kita tidak boleh hukum dia ..hanya kerana rasa tidak puas hati beberapa perkara.

 Yang di kejar itu hanya laa pahala..jom wanita semua kita cari  pahala jihad yang di sebutkan..sama2 lupaka jika ada sengketa…

bekhidmat mentaati suami itu kerana Allah. Nawaitu kerana Allah. Moga kita menjadi bidadari syurga dambaan suami. InshaAllah.



#LaTahzan

#indahnyakbahagianini


Sunday, 5 November 2023

 

 “Atouna El Toufoule” –

Jeena N'ayedkon Bel-Eid Mnes'alkon

Kami datang untuk mengucapkan selamat hari raya kepadamu

Lesh Ma Fee 'Enna La 'Ayyad Wula Zeineh

Mengapa di tempat kami tidak ada dekorasi hari raya

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a

Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan

Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Tanah kami telah direnggut kebebasannya

Samana 'Am Tehlam 'Am Tes'al El-Ayam

Langit kami sedang bermimpi, bertanya kepada har

Wein Esh-Shames El-Helwe W-Rfouf El-Hamam

Di mana matahari yang indah dan ke mana kepakan sayap burung merpati?

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a

Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan

Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Tanah kami telah direnggut kebebasannya

 

Ardhi Zgheere Metli Zgheere

Tanahku Kecil, seperti aku yang mungil

Atouna Es-salam 'Atouna Et-Tufoole

Berikan kedamaian, berikan kami masa kecil kami

***

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

Berikan, berikan, berikan kedamaian

 

Samana 'Am Tehlam 'Am Tes'al El-Ayam

Langit kami sedang bermimpi, bertanya kepada hari

Wein Esh-Shames El-Helwe W-Rfouf El-Hamam

Di mana matahari yang indah dan ke mana kepakan sayap burung merpati?

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a

Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan

Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Tanah kami telah direnggut kebebasannya

Ardhi Zgheere Metli Zgheere

Tanahku Kecil, seperti aku yang mungil

Atouna Es-salam 'Atouna Et-Tufoole

Berikan kedamaian, berikan kami masa kecil kami

***

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

Berikan, berikan, berikan kedamaian

 

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

Berikan, berikan, berikan kedamaian

https://youtu.be/J6YqIAiRybQ

 

AMALAN AGAR DIKURNIAKAN ALLAH SWT PAHALA MATI SYAHID MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH


 


Assalamualaikum,

Barangsiapa yang membaca doa ini sebanyak 25 kali selepas subuh dan maghrib. Jika mana ia mati. Maka matinya dalam keadaan mati syahid dan kematiannya adalah husnul khatimah. Jadikan amalan ini setiap hari. AAMIIN.

“Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut”
Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati”

Sayyidah 'Aaishah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW
"Adakah ia betul Itu yang Syahid hanya satu siapa yang terbunuh di jalan Allah?

Rasulullah SAW "Wahai 'Aaishah! Jika Itulah yang terjadi kepada Kemudian orang yang mati syahid dari umatku akan menjadi sangat sedikit, sesiapa yang berkata

“Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut” dua puluh lima kali setiap hari dan meninggal dunia di tempat tidurnya, Allah akan memberinya pahala syahid "

Diriwayatkan oleh Imam Al Tabarani rahimahullah.

Monday, 30 October 2023

Save Palestin


"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Artinya: “Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

Allhuakbar. Tiada kederat tapi melihat dan menangisi keperitan mereka, Yang ku mampu di kejauahan ini , terus berDOA, berZIKIR, menderma untuk saudara islam kita di bumi Palestin, moga Allah memberi mereka pertolongan dan harapan ku saudara ku di sana bebas dari zionis Israel..Di doakan juga segala bantuan kemanusian yg di urusakan oleh pelabagai badan di permudahkan utk membantu mereka dari pelbagai aspek..

Dari 7hb Oct 2023 hingga hari ini sudah 31hb Oct 2023 entah bila akan berakhir peranagan antara merekaa, Israel terus membedil bom menyasarkan kepada saudara kita di palestin . Betul sperti apa yg Allah sebbut dlm AlQuran, ''mereka ini kaum israel yg punyai hati yg jahat, zalim , terlalu hasad, tamak''. Apa yang mereka lakukan ini tiada langsung perikamnusiaan, sasaran nya lebih kepada  wanita dan kanak2, rakyat palestin terbunuh hari demi hari tiap saat..para syuhada ini mereka syahid di jalan Alla. 

Yang masih berlindung bukan saja kehilangan tempat tinggal, mereka kehilangan keluarga namun Allah anugerahkan mereka hati  semangat juang yang kuat. Kekuatan hati saudara kita di palestin ini tiada pada manusia yang lain. Dari yang kanak2 hingga yg dewasa sangat kuat hati mereka ini. Mereka begitu kuat dalam memperjuangkan diri mereka untuk Al-Aqsa. Allahuakbar.

Tiap kali aku ikut kisah mereka, rasa marah ,benci ,geram, sakit hati, menyampah pada si zionus israel ni. Segala macam rasa amarah kerana aku saban hari melihat  dari media sosial kemusnahan palestin gaza. Sesungguh nya kita menyerah segala pada Allah. Moga Allah beri kemenangan sauadara islam di Palestin.

#savePalestine

#FreePalestin

 





Kisah Nabi Musa A.S dan Kekufuran Kaum Bani Israel

 KONFLIK Israel-Palestin masih lagi berterusan. Ia semakin meruncing sejak orang Yahudi menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948 dengan bantuan Britain.

Jika ditelusuri salasilahnya, bangsa Yahudi sebenarnya ialah umat Nabi Musa AS, berketurunan Nabi Yaakub AS.

Memetik jurnal tulisan Wahab Md Salleh dalam journalarticle.ukm.my, ALLAH SWT menggelarkan mereka dalam al-Quran sebagai Bani Israel iaitu anak cucu Israel.

Perkara itu dirakamkan dalam al-Quran menerusi firman ALLAH SWT: “Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-KU yang telah AKU anugerahkan kepada kamu dan (ingatlah) juga bahawasanya AKU telah melebihkan kamu atas segala bangsa (yang ada di zaman nenek moyang mereka, iaitu zaman Nabi ALLAH Musa AS).” (Surah al-Baqarah, ayat 47)

Artikel itu menyebut, bangsa tersebut dikenali sebagai Yahudi yang dinisbahkan kepada salah seorang anak Nabi Yaakub bernama Yahudha kerana kerajaan Bani Israel dikuasai oleh keturunannya.

“Orang Yahudi merupakan satu rumpun bangsa dari satu keturunan sahaja dan tidak bercampur dengan bangsa serta keturunan lain.

Kaum israel adalah kaum yang Allah beri banyak nikmat berbanding kaum lain.


Namun, mereka masih lagi tidak bersyukur dan sering pertikaikan dalam semua perkara.

Berulang kali mereka menyaksikan bukti-bukti keagungan Allah, tapi iman mereka masih lagi lemah disebakan sifat degil mereka.

Antara nikmat yang Allah SWT bagi:

Nabi Musa menyelamatkan mereka dari firaun yang sangat kejam sewaktu mereka di mesir. Mereka berjaya keluar dari Mesir disebabkan peristiwa Nabi Musa membelah laut yang menyebabkan firaun dan tenteranya mati tenggelam di lautan.

Tapi mereka tidak bersyukur:

Sesampai mereka di seberang laut merah, mereka melihat sekelompok kaum yang menyembah berhala, lalu mereka minta kepada Nabi Musa untuk ada Tuhan seperti kaum tersebut.

Alangkah buruknya perangai kaum bani israel ini.

Tidak lama kemudian, mereka pula menyembah Tuhan baru berupa sapi yang diperbuat daripada emas yang digelar sebagai Samiri ketika Nabi Musa meninggalkan mereka selama 40 hari di sebuah padang pasir.

Lalu Nabi Musa menyuruh mereka bertaubat akan perbuatan mereka. Kemudian, mereka bertaubat.

Sesudah itu, mereka minta pula untuk melihat Allah secara terang-terangan. Akibatnya Allah murka, lalu disambar petir dan mati seketika lalu dihidupkan kembali agar mereka bersyukur atas nikmat ini.

Ada pula ketika mereka dalam perjalanan dipadang pasir yang sangat tandus, mereka meminta air dari Nabi Musa.

Maka Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk kaumnya. Turunlah mukjizat apabila Nabi Musa memukul batu dengan tongkatnya, lalu memancarlah daripadanya 12 mata air.

Lantaran itu, mereka minta pula dari Nabi Musa makanan daripada langit untuk mereka makan. Lalu mohonlah Musa kepada Allah SWT kerana kasihnya terhadap kaumnya sendiri.

Termakbullah doa Nabi Musa, mereka mendapat makanan istimewa dari Allah “Manna Wa Salwa”.

Tidak beberapa lama kemudian, mereka merungut rindu akan makanan sewaktu ketika di Mesir dahulu berupa sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.


Nabi Musa kembali menyuruh mereka untuk mensyukuri berbagai nikmat Allah yang telah tercurah kepada mereka.

Allah utus para Nabi dari kalangan mereka, semenjak Nabi Ibrahim. Allah berikan mereka kehidupan yang layak dengan mempunyai isteri, anak keturunan dan tempat tinggal.

Sehingga mereka layak dikatakan raja. Dan mereka diberi banyak hal yang tak diberikan kepada kaum lain dimasa mereka.

Kali ini, Nabi Musa menyuruh mereka memasuki Baitul Maqdis, negeri yang dijanjikan Allah untuk

 mereka. (Al Maidah: 20)

Akan tetapi, disebabkan sikap pengecut dan takut mereka apabila mereka dapati ada satu kaum lagi kuat, gagah dan perkasa menguasai kota itu, lalu mereka berdalih-dalih mencari seribu alasan tidak mahu memasuki kota itu.


Mereka berkata: “ Hai Musa, kami tidak akan sesekali memasuki kota itu selagi mereka ada didalamnya. Kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk di sini sahaja.

Melihat sikap ini, lalu Nabi Musa menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Nabi Musa memohon pertolongan Allah sebab tak punya daya menghadapi kaumnya.

Maka Allah turunkan hukuman bagi kaum Bani Israel, tersesatlah mereka di padang pasir selama 40 tahun tanpa arah tuju.

Imam Ibnu Katsir menceritakan dalam tafsirnya bahawa bani Israel tersesat selama 40 tahun. Mereka tidak dapat memasuki Palestin. Dalam masa itu pula banyak bani Israel yang meninggal dunia. Dan di masa itu juga Nabi Harun wafat, lalu disusul dengan wafatnya Nabi Musa. Semua rentetan kisah ini Allah abadikan dalam surat Al Maidah: 20-26.


Allah SWT berfirman:

قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ. قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ (المائدة: ٢٥-٢٦)

Artinya: “Berkata Musa, “Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu, pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu.” Allah berfirman, “(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib)orang-orang yang fasik itu.” (QS Al Maidah: 25-26).


Wednesday, 18 October 2023

PEMAKANAN SIHAT

 PEMAKANAN yang sihat dan seimbang bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tetapi juga dapat meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan memberikan makanan berkhasiat sejak di usia bayi.

Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad kongsikan sembilan makanan yang sangat baik untuk merangsang kecerdasan otak anak-anak seperti berikut:

  1. Ikan

“Pakar sering menyarankan untuk memilih ikan yang mengandungi asid lemak bermanfaat seperti salmon kerana ia sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting untuk fungsi dan pertumbuhan otak anak.

“Beberapa kajian juga membuktikan, mereka yang gemar memakan ikan mengandung omega-3 memiliki daya fikiran tajam dan mencatat hasil baik dalam ujian kemampuan mental,” kata beliau menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

  1. Telur

Ia sangat mudah, murah dan amat berkhasiat. Telur ialah sumber protein: Kuning telur mengandungi kolin yang berkhasiat membantu perkembangan otak. Biasakan secara rutin memberikan sarapan atau makan malam yang sihat untuk anak dengan menu daripada telur.

  1. Kacang

Kacang kaya vitamin E dan antioksidan yang dapat melindungi membran sel otak daripada radikal bebas terutama kacang makadamia dan badam. Untuk hasil terbaik, pilihlah kacang yang rendah gula dan natrium.

  1. Sayuran berwarna

Tomato, bayam atau labu ialah makanan yang kaya antioksidan. Makanan ini dipercayai dapat membantu mempertahankan kekuatan dan kesihatan membran sel. Semakin segar dan cerah warna sayuran, makin tinggi kandungan antioksidannya. Beberapa sayuran juga memiliki manfaat mencegah kanser.

  1. Oat atau oatmeal

Oat mengandungi karbohidrat yang akan diserap secara berperingkat oleh otak selama proses belajar di sekolah. Oat juga sumber yang baik untuk vitamin E dan B serta potasium dan zink yang membantu tubuh serta otak bekerja secara optimum.

  1. Buah beri

Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam kaya zat antioksidan seperti vitamin C. Kajian juga menunjukkan buah beri dapat memperbaiki daya ingatan.

Beri biru dan strawberi patut menjadi pilihan terbaik untuk makanan otak anak. Dalam satu kajian menunjukkan makanan yang mengandungi kadar flavonoid tinggi (strawberi, beri biru dan jenis beri lain) dapat memperlambatkan penurunan fungsi kognitif otak.

  1. Kacang hijau

Makanan ini salah satu yang sangat disarankan untuk anak kerana kandungan nutrisinya yang sangat lengkap. Selain tinggi kadar protein dan karbohidrat kompleks, kacang hijau juga memiliki kandungan vitamin C, asid folat, zat besi, zink, potassium, magnesium, tembaga, mangan, fosfor dan tiamin yang semuanya penting bagi tubuh dan perkembangan otak.

  1. Susu dan yogurt

Produk tenusu termasuk yogurt ialah makanan yang kaya protein, vitamin D dan B yang berperanan penting dalam pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Yogurt ialah makanan yang semi padat sehingga lebih mudah dicerna dalam proses metabolisme tubuh.

Penelitian terbaru juga menunjukkan, kanak-kanak dan remaja memerlukan vitamin D 10 kali lebih banyak daripada yang disarankan. Vitamin D berguna untuk memelihara siklus hidup sel serta fungsi saraf dan otot.

  1. Daging lembu bebas lemak

Makanan ini ialah sumber zat besi yang dapat membantu anak kekal bertenaga dalam memberi tumpuan di sekolah. Daging lembu tanpa lemak ialah sumber terbaik zat besi kerana mudah diserap oleh tubuh. Faktanya, 28 gram daging lembu setiap hari membantu tubuh menyerap zat besi daripada sumber makanan lain.

Daging lembu juga mengandung zink yang membantu memelihara daya ingatan.



note: sumberdarigoogles

Thursday, 11 May 2023

Kisah Uwais - Al Qarni - pemuda istimewa di mata Rasulullah.

Citer pasal Uwais ni seringkali di kongsi dgn ank..

Baru2 ni anak di minta untuk becerita disekolah..tajuk mesti ''berkenaan kisah2 di zaman Rasullullah s.a.w.'' Biasalah akan rujuk ibu bapa tajuk apa ..terlalu banyak kisah2 di zaman itu  sampai anak kata pening laa mana satu nak citer ni..

alahai anak...mak bagi dia beberapa tajuk mmg dah pun dipelajari..atara nya kisah nabi dapat wahyu da juga citer pasal Uwais,- So anak pun pilih ler citer pasal uwais ni...katanya sbb mak dia selalu potpet selit kisah ni, tiap bahan kisah tu dah dlm pala diaa hahaha...kata nya dia lebih mudah untuk bercerita dan buat lakunan nanti.. insahAllah....iyelah nak oii  ada bagus jugak mak dia potpet sambil selit kisah teladan tu..,,  

mak rasa kan lepas klu nak potpet mak nak selit lagi...lagi2 bab solat ..mak nak selit soklan  dlm kubur pulak..apapun niat mak satu je ,,,nak kamu semua jadi musleh..yang sentiasa jaga hubungan dgn Allah. Bila kamu jaga hubungan dgn Allah ni, Hubungan dengan manusia pasti terjaga .

nah. ringkasan  Kisah Uwais - Al Qarni  - pemuda istimewa di mata Rasulullah.- petikan dari Googles.

Di Yaman, tinggallah seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak. Karena penyakit itu tubuhnya menjadi belang-belang. Walaupun cacat tapi ia adalah pemuda yang saleh dan sangat berbakti kepada ibunya, seorang perempuan wanita tua yang lumpuh. 

Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan ibunya. Hanya satu permintaan yang sulit ia kabulkan. “Anakku, mungkin Ibu tak lama lagi akan bersamamu. Ikhtiarkan agar ibu dapat mengerjakan haji,” pinta sang ibu. Mendengar ucapan sang ibu, Uwais termenung. Perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh, melewati padang tandus yang panas. 

Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak perbekalan. Lantas bagaimana hal itu dilakukan Uwais yang sangat miskin dan tidak memiliki kendaraan? Uwais terus berpikir mencari jalan keluar. Kemudian, dibelilah seekor anak lembu, kira-kira untuk apa anak lembu itu? Tidak mungkin pergi haji naik lembu. Uwais membuatkan kandang di puncak bukit. Setiap pagi ia bolak-balik menggendong anak lembu itu naik turun bukit. “Uwais gila... Uwais gila..” kata orang-orang yang melihat tingkah laku Uwais. Ya, banyak orang yang menganggap aneh apa yang dilakukannya tersebut. Tak pernah ada hari yang terlewatkan ia menggendong lembu naik-turun bukit. Makin hari anak lembu itu makin besar, dan makin besar pula tenaga yang diperlukan Uwais. Tetapi karena latihan tiap hari, anak lembu yang membesar itu tak terasa lagi. 

Setelah 8 bulan berlalu, sampailah pada musim haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kilogram, begitu juga otot Uwais yang makin kuat. Ia menjadi bertenaga untuk mengangkat barang. Tahukah sekarang orang-orang, apa maksud Uwais menggendong lembu setiap hari? Ternyata ia sedang latihan untuk menggendong ibunya. Uwais menggendong Ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Makkah! Subhanallah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya itu. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya. Uwais berjalan tegap menggendong ibunya wukuf di Ka’bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata telah melihat Baitullah. Di hadapan Ka’bah, ibu dan anak itu berdoa. “Ya Allah, ampuni semua dosa ibu,” kata Uwais. “Bagaimana dengan dosamu?” tanya sang Ibu keheranan. Uwais menjawab, “Dengan terampuninya dosa ibu, maka ibu akan masuk surga. Cukuplah ridha dari ibu yang akan membawaku ke surga.” Itulah keinginan Uwais yang tulus dan penuh cinta. Allah subhanahu wata’ala pun memberikan karunia untuknya. Uwais seketika itu juga sembuh dari penyakit sopaknya. Hanya tertinggal bulatan putih ditengkuknya. 

Tahukah kalian apa hikmah dari bulatan disisakan di tengkuknya Uwais tersebut? Ituah tanda untuk Umar bin Khaththab dan Ali bin Abi Thalib, dua sahabat Rasulullah untuk mengenali Uwais. Beliau berdua sengaja mencari di sekitar Ka’bah karena Rasulullah berpesan, “Di zaman kamu nanti akan lahir seorang manusia yang doanya sangat makbul. Kalian berdua, pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman.” “Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan meminta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah, membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya, demikian pula memboroskan harta (menghamburkan kekayaan).” (HR Bukhari dan Muslim) Uwais Al Qarni pergi ke Madinah Setelah menempuh perjalanan jauh, akhirnya Uwais Al Qarni sampai juga di kota Madinah. Segera ia mencari rumah Nabi Muhammad. Setelah ia menemukan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al Qarni menyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada di rumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah r.a., istri Nabi. Betapa kecewanya hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi, tetapi Nabi tidak dapat dijumpainya. Dalam hati Uwais Al Qarni bergejolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi dari medan perang. Tapi kapankah Nabi pulang? Sedangkan masih terniang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu,agar ia cepat pulang ke Yaman, “Engkau harus lepas pulang.” Akhirnya, karena ketaatanya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi. Karena hal itu tidak mungkin, Uwais Al Qarni dengan terpaksa pamit kepada Siti Aisyah r.a., untuk segera pulang kembali ke Yaman, dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi. Setelah itu, Uwais pun segera berangkat pulang mengayunkan lengkahnya dengan perasaan amat sedih dan terharu. 

Peperangan telah usai dan Nabi pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi menanyakan kepada Siti Aisyah r.a., tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahwa Uwais anak yang taat kepada orang ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi, Siti Aisyah r.a. dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan Siti Aisyah r.a. memang benar ada yang mencari Nabi dan segera pulang ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al Qarni, penghuni langit itu, kepada sahabatnya, “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.” Sesudah itu Nabi memandang kepada Ali bin Abi Thalib dan Umar bin Khaththab seraya berkata, “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.” Waktu terus berganti, dan Nabi kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khaththab. suatu ketika Khalifah Umar teringat akan sabda Nabi tentang Uwais Al Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib. 

Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib selalu menanyakan tentang Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu. yang kerjanya hanya menggembalakan domba dan unta setiap hari? Mengapa Khalifah Umar dan sahabat Nabi, Ali bin Abi Thalib selalu menanyakan dia? Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al Qarni turut bersama mereka. 

Rombongan kafilah itu mengatakan bahwa Uwais ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib segera pergi menjumpai Uwais Al Qarni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib memberi salam. Tapi rupanya Uwais sedang salat. Setelah mengakhiri salatnya dengan salam, Uwais menjawab salam Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib sambil mendekati kedua sahabat Nabi tersebut dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah dengan segera membalikan telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan Nabi. Memang benar! Tampaklah tanda putihdi telapak tangan Uwais Al Qarni. Wajah Uwais nampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi. Bahwa ia adalah penghuni langit. Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah”. Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata, “Nama saya Uwais Al Qarni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. akhirnya Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib memohon agar Uwais membacakan doa dan Istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Saya lah yang harus meminta do’a pada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, “Khalifah berkata, “Kami datang kesini untuk mohon doa dan istighfar dari Anda”. 

Seperti dikatakan Rasulullah sebelum wafatnya. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais Al Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menampik dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.” Fenomena ketika Uwais Al Qarni Wafat Beberapa tahun kemudian, Uwais Al Qarni berpulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan di mandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang ingin berebutan ingin memandikannya. Dan ketika di bawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang sudah menunggu untuk mengafaninya. 

Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa ke pekuburannya, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk menusungnya.    Meninggalnya Uwais Al Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak kenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais Al Qarni adalah seorang yang fakir yang tidak dihiraukan orang. 

Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau Wahai Uwais Al Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai pengembala domba dan unta? Tapi, ketika hari wafatnya, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal.mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.” Berita meninggalnya Uwais Al Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi ketika wafatnya telah tersebar kemana-mana. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais Al Qarni. 

Selama ini tidak ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais Al Qarni disebabkan permintaan Uwais Al Qarni sendiri kepada Khalifah Umar dan Ali bin Abi Thalib agar merahasiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar sebagaimana yang telah di sabdakan oleh Nabi, bahwa Uwais Al Qarni adalah penghuni langit. Begitulah Uwais Al Qarni, sosok yang sangat berbakti kepada orang tua, dan itu sesuai dengan sabda Rasulullah ketika beliau ditanya tentang peranan kedua orang tua. Beliau menjawab, “Mereka adalah (yang menyebabkan) surgamu atau nerakamu.” (HR Ibnu Majah).

Faedah dari kisah Uwais Al Qarni di atas:

1- Kisah Uwais menunjukkan mu’jizat yang benar-benar nampak dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dia adalah Uwais bin ‘Amir. Dia berasal dari Qabilah Murad, lalu dari Qarn. Qarn sendiri adalah bagian dari Murad.

2- Kita dapat ambil pelajaran –kata Imam Nawawi- bahwa Uwais adalah orang yang menyembunyikan keadaan dirinya. Rahasia yang ia miliki cukup dirinya dan Allah yang mengetahuinya. Tidak ada sesuatu yang nampak pada orang-orang tentang dia. Itulah yang biasa ditunjukkan orang-orang bijak dan wali Allah yang mulia.

Maksud di atas ditunjukkan dalam riwayat lain,

أَنَّ أَهْلَ الْكُوفَةِ وَفَدُوا إِلَى عُمَرَ وَفِيهِمْ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ يَسْخَرُ بِأُوَيْسٍ

“Penduduk Kufah ada yang menemui ‘Umar. Ketika itu ada seseorang yang meremehkan atau merendahkan Uwais.”

Dari sini berarti kemuliaan Uwais banyak tidak diketahui oleh orang lain sehingga mereka sering merendahkannya.

3- Keistimewaan atau manaqib dari Uwais nampak dari perintah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada Umar untuk meminta do’a dari Uwais, supaya ia berdo’a pada Allah untuk memberikan ampunan padanya.

4- Dianjurkan untuk meminta do’a dan do’a ampunan lewat perantaraan orang shalih.

5- Boleh orang yang lebih mulia kedudukannya meminta doa pada orang yang kedudukannya lebih rendah darinya. Di sini, Umar adalah seorang sahabat tentu lebih mulia, diperintahkan untuk meminta do’a pada Uwais –seorang tabi’in- yang kedudukannya lebih rendah.

6- Uwais adalah tabi’in yang paling utama berdasarkan nash dalam riwayat lainnya, dari ‘Umar bin Al Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

Sesungguhnya tabi’in yang terbaik adalah seorang pria yang bernama . Uwais. Ia memiliki seorang ibu dan dulunya berpenyakit kulit (tubuhnya ada putih-putih). Perintahkanlah padanya untuk meminta ampun untuk kalian.” (HR. Muslim no. 2542). Ini secara tegas menunjukkan bahwa Uwais adalah tabi’in yang terbaik.

Ada juga yang menyatakan seperti Imam Ahmad dan ulama lainnya bahwa yang terbaik dari kalangan tabi’in adalah Sa’id bin Al Musayyib. Yang dimaksud adalah baik dalam hal keunggulannya dalam ilmu syari’at seperti keunggulannya dalam tafsir, hadits, fikih, dan bukan maksudnya terbaik di sisi Allah seperti pada Uwais. Penyebutan ini pun termasuk mukjizat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

7- Menjadi orang yang tidak terkenal atau tidak ternama itu lebih utama. Lihatlah Uwais, ia sampai mengatakan pada ‘Umar,

أَكُونُ فِى غَبْرَاءِ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَىَّ

“Aku menjadi orang-orang lemah, itu lebih aku sukai.” Maksud perkataan ini adalah Uwais lebih senang menjadi orang-orang lemah, menjadi fakir miskian, keadaan yang tidak tenar itu lebih ia sukai. Jadi Uwais lebih suka hidup biasa-biasa saja (tidak tenar) dan ia berusaha untuk menyembunyikan keadaan dirinya. Demikian dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim.

8- Hadits ini juga menunjukkan keutamaan birrul walidain, yaitu berbakti pada orang tua terutama ibu. Berbakti pada orang tua termasuk bentuk qurobat (ibadah) yang utama.

9- Keadaan Uwais yang lebih senang tidak tenar menunjukkan akan keutamaan hidup terasing dari orang-orang.

10- Pelajaran sifat tawadhu’ yang dicontohkan oleh Umar bin Khattab.

11- Doa orang selepas bepergian dari safar yang baik seperti haji adalah doa yang mustajab. Sekaligus menunjukkan keutamaan safar yang shalih (safar ibadah).

12- Penilaian manusia biasa dari kehidupan dunia yang nampak. Sehingga mudah merendahkan orang lain. Sedangkan penilaian Allah adalah dari keadaan iman dan takwa dalam hati.

Semoga bermanfaat.



Sumber https://rumaysho.com/10538-kisah-uwais-al-qarni-dan-baktinya-pada-orang-tua.html

Monday, 1 May 2023

BIDADARI SYURGA YG DI DAMBA

Wanita mana yang tidak mahu menjadi bidadari dambaan syurga kan. Nabi kita ada sebutkan macam2 tentang bidadari ini, keindahan mereka duduk dlm syurga. Di antara bidadari dengan wanita mana lebih baik? nabi jawab.... Jauh lebih baik adalah wanita solehah, sehingga bidadari pun cemburu dengan wanita solehah.

Namun mudah ke nak jadi wanita solehah nih? sebab nya wanita solehah ni kena jaga semua tapi selalu gagal jaga mulut...lagi2 tengah marah. ..Allahuakbar. kudus nya diri ini. 

Kalau di tanya apa tujuan hidup . Aku akui dalam hati ini  aku meletakan tujuan aku untuk jadi Hamba Allah yang baik, wanita solehah, bidadari syurga, wanita yang sentiasa bersyukur, wanita yang memberi sadaqah, wanita Al-hadud jua. Tinggi nya impian kata akal tu, Nawaitu ada InshaAllah kata hati.

Memang Fitrah manusia itu ada ketika nya kesibukan melangkau batasan. Penuh dengan bekejaran mengejar sesuatu mengikut keadaannya dengan pelbagai tuntutan tanggungjawab pelbagai tu. dah macam masuk marathon lagaknya.

Sebagai hamba tangungungjawab dalam memperbaiki diri  demi menuju  ke jannah itu pasti yg utama. Sebagai anak juga perlu berusaha untuk jadi soleh/ solehah dan musleh  .Sebagai pasangan nak jadi terbaik tentu tanggungjawab itu di ganding bersama dan membahagiakan antara satu sama lain. Sebagai ibu bapa pula  pasti nya kena sabar dalam tanggungjawab yg di amanahkan dlm membesarkan anak2

Masa berlalu mngikut aturanNYA…tiada bole berpatah balik namun selagi kita di beri nafas masih ada masa untuk berusaha ubah jadi lebih baik,.Kerana kau bukan robot jadi memang ada masa ko rasa jatuh gagal itu ini...susahlah ..down dan sebagainya. Setan pun bisik yg jahat utk teruskan jatuhkan.

Tak semua orang direzekikan ada support system yang baik,  namun aku bersyukur kerana tiada ego dan aku mudah memaafkan. Semua dugaan yang aku lalui itu mematangkan, Alhamdulillah aku dpt sesuaikan diri dengan situasi dari zaman bujang hingga dah bekeluarga ni..dalam membesarkan ank2 mmg aku tergarang jua, dlm penat aku marahkan anak yang tak berdosa, aku terbebel kan somi juga, kerana aku penat,,hingga aku rasa penat nya di dunia nih...bukan niat  mengeluh, ini  perkongsian cabaran untuk tujuan asal ku sebagai hambaNYA, apa pun cabaran moga tiada halangan uttuk impian yang belum ku gapai, seharusnya aku kena lebih gigih berusaha kearah itu.

Sememangnya bila malam menjelang, ketika selesai segala urusan, malam itu adalah rehat seoarang wanita...klu nak solat dengan tenang itu waktunya..jgn lupa doa & memaafkan semua muslimin dan muslimat. Jika ada en somi sebelah tu mohon maaf juga walau rasa xde wat salahpun...tidurlah dengan keredhaan Allah & redha en somi.  

Pada wanita yg mana selalu rasa penat mcm aku, bersabar lah kita...Mungkin di dunia ini masa penat kita agak panjang,  inshaAllah moga disyurga kita dapat rehat sepuas nya.

  • Cari redho Allah
  • Solat cukup
  • Gapai tujuan hidup
  • Nawaitu kerana Allah
  • Kekal positif 
  • Beri manfaat pada orang lain.

Friday, 28 April 2023

KAWAN

LEBARAN 2023 - 1445 Hijriah di sambut sederhana.

moga di beri kesempatan umur yang berkat untuk bertemu bulan RAMADAN di tahun seterusnya. Sekejapnya berlalu bulan penuh rahmat dan keampunan ini

Pada aku, bulan puasa atau bulan lain kesibukan itu tetap kekal ada

Raya tahun ini tak dapat beraya lama sebab tuntutan kerja en somi.

Raya ke-2 dah balik ke JB..anak tak puas bekejarkan  itik , ayam, angsa, kucing katanya.

Yang mak dia ni tak sempat pi rumah kawan2 masa zaman sekolah

Kawan yang masih close pun tak ramai dah ..ada yg ada dlm wassap tu  je la itu pun x bpa cam dah muka

Di zaman persekolahan memang kita punya ramai rakan2 

Habis sekolah pun masih punya rakan2 selisih jalan bole lagi hai hai

Bila meginjak ke alam dewasa terus ke dunia perkerjaan

Keakraban masih ada namun  kesibukan  menjarakkan hubungan itu

Ada yang rezki kerja nya berhijrah ke tempat

Atau rezki berkeluarga di negeri lain..

Pastinya noltalgia zaman sekolah tak pernah di lupakan

Aku sendiri berhijrah..sesekali pulang balik kg.

Cuti 2-3 hari berbagi untuk kuarga di kampung  pun tak cukup..

Raya tu adaa kesempatan jupe, makan tahun kita semua da pun menginjak umur 

Begitu kawan tempat kerja lama/ baru pun kdg bila raya tak sempat nak jumpa

pelik juga apalah yang sibuk sangat nihh , Tiba rasa berapa kerat sangat laah kawan2 yang aku jumpa ni.

bila makin berusia  deria penglihatan pun da menurun mungkin sekarang berselisih bahu dah tak cam kawan agaknya

Apa pun terjadi..walau pun tidak dapat bersua aku tetap ingat kalian, walau kalian tak tahu aku ingat kalian , Ada rezki bersua tegurlah ku kenal..klu xde  tak mengapalah kan.

Jika kematian itu menjemput aku dahulu aku pun sudah memaafkan kalian

Moga kalian juga memaafi diri ini jika ada kesilapan dari pihak aku.


#IMAsweetmemories

#SRKS

#SABK

#SADHM

#Kolej Negeri

#LeVenueHtel

#JVC Kenwood

#EWMB

#UCMB

Monday, 3 April 2023

ANAK JATUH BENJOL KEPALA lagi...

 semalam petang bali kerja mcm biasalh aku uruskan hal rumah ...anak2 elok la main..tiber dengar lufi nangis..rupanya jatuh main panjat kosi joget2 dgn nak no.2 tu...adooi pocot jantung akuu laah ..laju laa aku ni menyelesaikan exsiden sebegini takut juga teruk ke apa... kakak yg besar tu baru sedang solat asar. 

rasa sedih+kesian dgn lufi asyik laa jatuh + benjol. .lepas hilang legat menangis dia main..makan ..minum macam biasa. aku pantau laa dlm 24hour ni risau ada muntah or simtom lain yang pelik kan.

rasa dekat 5+6 kali dah dia benjol sejak pandai berjalan..pernah bawa jupe doktor..doktor kata klu xde simtom yg teruk tak payah risau ...tapi mak tetaplha gisau ..benda kat dalam kan...dah merah lepas tu lebam benjol lagik. 

Gigih la mak googles lagi pasal rawatan ni...walau pun da selalu googles ..nah ini dia simpan sini tulisan dari Pakar kanak2 yang aku search


5 PERKARA ASAS PERLU TAHU BILA KEPALA ANAK BENJOL & TERHANTUK

Benjol adalah situasi di mana pengumpulan darah beku berlaku pada bawah lapisan kulit akibat saluran darah kapilari yang pecah. Untuk memeriksa sama ada kepala anak benjol itu bahaya atau tidak, ketahui 5 perkara asas ini.

1. PERIKSA KEADAANNYA

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memeriksa secara menyeluruh dan mencari kesan kecederaan akibat terhantuk tadi. Antara kesan bahaya yang perlu dibawa berjumpa doktor serta-merta adalah:

  • Tak sedarkan diri (pengsan sekejap atau lama)
  • Muntah yang teruk
  • Benjolan yang besar atau luka yang dalam
  • Pendarahan atau keluarnya cecair dari hidung, telinga, atau mulut
  • Sawan
  • Keliru, bingung, lemah, tidak aktif, dan tidak memberi respon terhadap sekeliling

Seperkara lagi, jika posisi benjolan terletak di bahagian hadapan kepala seperti dahi, anda tidak perlu terlalu khuatir. Sebaliknya, jika kepala anak benjol di bahagian belakang, lebih baik mengambil langkah selamat untuk menjalani pemeriksaan lanjut

2. GUNAKAN TUAMAN AIS

Salah satu cara meredakan kesakitan kepala anak benjol ini adalah dengan menuam pek ais. Lakukannya selama 15-20 minit.

Selain kaedah tuaman, anda boleh membalutkan ‘bandage’ untuk memberi kesan tekanan kepada benjolan tersebut.

3. PANTAU DALAM MASA 24 JAM

Anak mungkin akan berasa mengantuk dan tidur sebentar, ini adalah normal. Apabila anak kembali tenang, perhatikan kelakuannya dan lihat sama ada terdapat simptom lain yang mencurigakan. Ini kerana, kecederaan otak menunjukkan kesan serta-merta atau berlaku secara perlahan-lahan.

Jika bayi kelihatan elok dan mula berkelakuan seperti biasa, berkemungkinan besar bayi tidak mengalami kecederaan serius. Walaubagaimanapun, pemerhatian harus dilakukan dalam tempoh 24 jam.

4. TANDA PERUBAHAN YANG TIDAK NORMAL

Dalam tempoh 24 jam, perhatikan tanda-tanda bahaya berikut:
  • Tidak berhenti menangis, tak boleh dipujuk, nampak kesakitan
  • Pernafasan semakin laju
  • Waktu tidur terganggu
  • Pergerakan kaki atau tangan yang tidak normal
  • Asyik terjatuh, tak dapat mengimbangkan badan
  • Muntah berterusan
  • Mata menjadi juling, saiz biji mata yang tidak normal
  • Penglihatan semakin kabur

Jika terjadinya sebarang tanda yang mirip seperti di atas, rujuklah ke hospital dengan kadar yang segera.

5. MINIMAKAN AKTIVITI LASAK BUAT SEMENTARA

Menurutnya, Datuk Dr Zulkifli Ismail, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh. Tapi, bayi yang kurang daripada 18 bulan adalah sangat berisiko kerana ubun-ubunnya masih lembut.

Jika tiada simptom di atas, anda boleh membiarkan anak anda berehat atau tidur. Namun, Dr Greene menasihatkan agar anda mengejutkan anak setiap 30 minit dalam masa 6 jam pertama setelah berlakunya hantukan tadi. Ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya simptom yang merisaukan.

Apabila anak telah terjaga dan berkelakuan normal, bolehlah anda kembali beraktiviti secara sederhana.

HUBUNGI DOKTOR JIKA MENGESYAKI MASALAH

Jangan teragak-agak membawa anak berjumpa doktor jika terdapat sebarang tanda yang meragukan. Di samping itu, jangan lupa maklumkan kepada pengasuh atau taska anak tentang kecederaan yang dialami agar pihak mereka lebih peka terhadap keadaan anak anda.

moga dipermudahkan.


#Allah jaga laha anak2 ku dalam lindunganMU.

#Terima kasih Allah




RUTIN tu tenang tenang je

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus merasa nikmat puasa rukun Islam  ke4 kita semua.

Tahun ini macam tahun2 sebelum nya juga berpuasa bersama kuarga dan kurang ke bazar. Cuma beza nya kali ini waktu sahur and berbuka tu suami kadang ada kadang2 tiada. So masak sendiri sebab anak2 suka mak masak (wow bijak ank2 ni suka masakan umi dia yang xde lah macam chef pun)

Suami pulak sejak kerja baru ni seringkali  berada dia luar kawasan, so semua atas bahu jemala patik. Terkulat terpenat telajak tertido terkejar tersadung semua ter ter ter tu ada dah.. Apa kan daya itu tuntutan lah dia itulah namanya kehidupan. Kalau dia ada lain sikit aturan keja bahagia 2 kami urus sama2.

Bila dia luar kawasan, datanglah  tangan sotong aku ni haha..sibuk itu ini sebenar nya baik juga untuk jantung aku nih..aku bukan kaki yg exercise..syukurlah dengan kerja aku uruskan hal rumahtangga..dari uruskan kan  hal anak.. lepas tu pi kerja....lepas tu balik continue lagi lah rutin tu...kadang tu balik keje  tudung lom buka dah ke dapur ketung ketang untuk siapkan anak makan...

Masak pulak sambil basuh baju, kadang aku rasa dah macam menari twice sebab dapur n mesin basuh sebelah jerk..so menyambil orang kata...siap masak aku tutp lampu dapur sebab aku nak mandilah. Sambil tu aku akan warning kat kakak  ''jangan ada sesiapa pergi dapur yaa ada benda panas berapi ''  so far ank2 aku takan pi dapur sebab aku tutup lampu hahaha. Yelah risau juga kan wlu kita letak tempat selamat manatau si lufi ank yg tengah nak explore panjat kosi ke apa ke (jauh tuk pemikiran aku nih) .  Siap ler aku mandi dengan tenang dengan cara itu  so before 700 - 7:30pm aku pastikan anak kena siap makan...

Anak2 duk taska so time ambil balik tu da siap mandi..so balik beri makan..lps makan ajak ank2 solat jemaah ( magrib - isyak  fardu yang wajib untuk kuarga ni jemaah jika ada ayah or takde ayah wajib jemaah bersama sebab 2 waktu ni masa ni semua manusia ada dan  bersiap sedia)  JIka hari lain semua da buat sendiri di tempat masing2. Jika sabtu ahad tu ada juga fardu lain yg kami jemaah sama klu tak di rumah di masjid . 

Lepas solat aku jadi ustazah pulak ajar ngaji..(ajar anak sendiri je) ..lps isyak tengok kan anak2 ..suh tengok jadual atau ada homework yg lom buat ..anak2 kadang dah siapkan kat sekolah..ada juga yang siapkan kat taska. lepas tu semua wajid tido awal 9:00-9:30 mesti tido ...no tv..no hp hahaha sebab tadi masa  mkn dah melayan tu semua.....waktu nak tidur lepaas baca doa tido  & 3 qul tu  haa zikir2/ ayatul quran \ dibenarkan di dendaag dari bantal baby pian memasing sila laa anak2 ikut baca yaa. Masa ni mak kena baring sekali klu tak ada laa yg memain tak tido.

Bila mak da tido ingat mak bangun ke sambung keje jawapan nya idok laah haa..mak da di buai mimpi.

Kalu bulan ramadan 4:30pagi mak besilat...klu bulan lain 5:30pm so begitulahh kesibukan harian yang kadangkala aku fikir fantastic nya aku nih.

Allah yang beri kekuatan ini. Terima kasih Allah.


#SABARITUINDAH

#FAMILYLOVER





UJIAN itu akan sering mendatangi kita.


U J I A N 

Kita di datangi dengan ujian berbeza yang mana pelbagai  bentuk ujian itu mematangkan kita sebagai hamba di muka bumi ini

Masa kecil ada ujian...meningkat dewasa ada ujian..dalam pekerjaan ada ujian..dalam perkahwinan di beri ujian...ingin punya anak diberi ujian ,,sudah punyai anak ada ujian.. pelbagai ujian akan meingiringi kehidupan kita selagi kita bergelar hambanya. 
Tujuan hidup kemana? ..Islam mengajar kita kembali kepada fitrahnya..sebagai hamba Allah.. sebagai manusia untuk manusia lain. ..Dimana kedudukan kita pasti ada tujuannya dan pasti diriingi ujian dariNYA.
Bertabah , Bersabar dan Berdoa.. Kuat kan semangat untuk terus maju kehadapan tenang dalam tiap jalan ujian.. ada ketikanya penyelesaaian itu memakan masa yang panjang hilang sabar bole jadi melukakan pihak lain.
Ujian susah..ujian sakit..ujian kehilangan..ujian ketidakberadaan...cari jalannya...+ terima + redha+ yakin+ usaha +iktiar + doa & tawakal..inshaAllah ada jalannya.
*Aku di zaman kanak2    : pasti nya ada pelbagai dugaan datang , semesti Ayah n Ibu lah yang menangini
*Aku di alam persekolan : SKSF 1-6, Masuk tingkatan 1 - 5 duk asrama..amik ko sebab tak sekolaj jauh kena naik bas..asal naik bas je muntah2 penin hahaa. 
*Aku di usia remaja    :sambung BELAJAR sambil kerja (dapat la cert yang bole cari makan)
*Aku awal Dewasa  - AYAH MENINGGAL  (ayah sakit 3 ari , Alhamdulillah dapt jaga and uruskan ayah sakit hingga ayah menghembuskan nafasnya)  
*Aku di alam baru pekerjaan    :BERHENTI  kerja untuk jaga nenek (nenek meninggal setelah 2y aku berkhidmat uttuknya)
*Aku dlm menganggur    : ada hamba Allah beri  PENGALAMAN aku  jaga anak nya yang  kurang upaya (jaga 6mons saja, mak nya nak jaga sendiri ) pengalaman ini terlalu istimewa banya kperkara aku pelajari.  Bukan setakat penjagaan emosi anak itu juga di ambil kira.
*Aku dengan Perkerjaan baru    : BOS jahat tapi, HR jahat aku terima seadanya sampai la ni dia masih bawah bos aku, sebab REZKI dari Allah ..so dia suka or tak suka aku tak kisah pun.. kalau Allah kata rezki ku kat sini..aku kan masih disini sampai tua sama dia...hahaha)
*Aku yang di cintai    : ramai juga boyfrend, tapi pilih yang lebih usia tua 5y..masa tu hajat hati nak yg matang , beriman & kaya.....mmg dapat pun bonus dia layan macam princess haha masa lom kahwin ler citernya
*Aku di alam Perkahwinan    : BERCERAI masa anak dalam kandungan 3minggu, tiada 
sefahaman....kami bercerai dengan ''Talak raj’i'' adalah talak yang dijatuhkan suami kepada istri di mana istri boleh dirujuk kembali sebelum masa iddah berakhir.

*Aku solo kembali    : Survive dalam mebesarkan anak selama 4tahun. masih ada yg kenen2
*Aku berkahwin baru    : Makcik tu yg pinangkan untuk anaknya ..haha SUAMI ku anak emak.
la ni complete laa kehidupan aku sebagai wanita, anak,  menantu, Isteri, Ibu, Nawaitu  aku, aku akan terus kuat bersemangat untuk bahagiakan orang sekeliling . beri mereka gembira  selagi mampu...aku tak punya kuasa tapi punya kekeuatan hati  yang mampu buat kamu semua gembira tersenyum inshAllah.
Matangnya aku, kuat nya aku hari ini, kerana dugaan MU selama ini ya Allah. Adakala aku tak berdaya bukan aku mengeluh ..adakala dugaan itu aku rasa taka mampu..adakala aku penat..aku terduduk..aku bangun kerana aku hanyalah seorang hambaMU.sering aku kuatkan semangat aku dari ayat  ini “Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).
Alhamdulillah ..Alhamdulillah.. Alhamdulillah,,Terima kasih Allah kerana ujian Mu buat aku hambamu yang lemah ini jadi semakin kuat ya Allah, Tiap kurniakan dan dugaan mu aku syukuri kerana sesungguhnya ianya buat aku makin dekat padaMU.
#bahagiaituada
#indahsabar
#imaidil









kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...