Wanita mana yang tidak mahu menjadi bidadari dambaan syurga kan. Nabi kita ada sebutkan macam2 tentang bidadari ini, keindahan mereka duduk dlm syurga. Di antara bidadari dengan wanita mana lebih baik? nabi jawab.... Jauh lebih baik adalah wanita solehah, sehingga bidadari pun cemburu dengan wanita solehah.
Namun mudah ke nak jadi wanita solehah nih? sebab nya wanita solehah ni kena jaga semua tapi selalu gagal jaga mulut...lagi2 tengah marah. ..Allahuakbar. kudus nya diri ini.
Kalau di tanya apa tujuan hidup . Aku akui dalam hati ini aku meletakan tujuan aku untuk jadi Hamba Allah yang baik, wanita solehah, bidadari syurga, wanita yang sentiasa bersyukur, wanita yang memberi sadaqah, wanita Al-hadud jua. Tinggi nya impian kata akal tu, Nawaitu ada InshaAllah kata hati.
Memang Fitrah manusia itu ada ketika nya kesibukan melangkau batasan. Penuh dengan bekejaran mengejar sesuatu mengikut keadaannya dengan pelbagai tuntutan tanggungjawab pelbagai tu. dah macam masuk marathon lagaknya.
Sebagai hamba tangungungjawab dalam memperbaiki diri demi menuju ke jannah itu pasti yg utama. Sebagai anak juga perlu berusaha untuk jadi soleh/ solehah dan musleh .Sebagai pasangan nak jadi terbaik tentu tanggungjawab itu di ganding bersama dan membahagiakan antara satu sama lain. Sebagai ibu bapa pula pasti nya kena sabar dalam tanggungjawab yg di amanahkan dlm membesarkan anak2
Masa berlalu mngikut aturanNYA…tiada bole berpatah balik namun selagi kita di beri nafas masih ada masa untuk berusaha ubah jadi lebih baik,.Kerana kau bukan robot jadi memang ada masa ko rasa jatuh gagal itu ini...susahlah ..down dan sebagainya. Setan pun bisik yg jahat utk teruskan jatuhkan.
Tak semua orang direzekikan ada support system yang baik, namun aku bersyukur kerana tiada ego dan aku mudah memaafkan. Semua dugaan yang aku lalui itu mematangkan, Alhamdulillah aku dpt sesuaikan diri dengan situasi dari zaman bujang hingga dah bekeluarga ni..dalam membesarkan ank2 mmg aku tergarang jua, dlm penat aku marahkan anak yang tak berdosa, aku terbebel kan somi juga, kerana aku penat,,hingga aku rasa penat nya di dunia nih...bukan niat mengeluh, ini perkongsian cabaran untuk tujuan asal ku sebagai hambaNYA, apa pun cabaran moga tiada halangan uttuk impian yang belum ku gapai, seharusnya aku kena lebih gigih berusaha kearah itu.
Sememangnya bila malam menjelang, ketika selesai segala urusan, malam itu adalah rehat seoarang wanita...klu nak solat dengan tenang itu waktunya..jgn lupa doa & memaafkan semua muslimin dan muslimat. Jika ada en somi sebelah tu mohon maaf juga walau rasa xde wat salahpun...tidurlah dengan keredhaan Allah & redha en somi.
Pada wanita yg mana selalu rasa penat mcm aku, bersabar lah kita...Mungkin di dunia ini masa penat kita agak panjang, inshaAllah moga disyurga kita dapat rehat sepuas nya.
- Cari redho Allah
- Solat cukup
- Gapai tujuan hidup
- Nawaitu kerana Allah
- Kekal positif
- Beri manfaat pada orang lain.
No comments:
Post a Comment