U J I A N
Kita di datangi dengan ujian berbeza yang mana pelbagai bentuk ujian itu mematangkan kita sebagai hamba di muka bumi ini
Masa kecil ada ujian...meningkat dewasa ada ujian..dalam pekerjaan ada ujian..dalam perkahwinan di beri ujian...ingin punya anak diberi ujian ,,sudah punyai anak ada ujian.. pelbagai ujian akan meingiringi kehidupan kita selagi kita bergelar hambanya.
Tujuan hidup kemana? ..Islam mengajar kita kembali kepada fitrahnya..sebagai hamba Allah.. sebagai manusia untuk manusia lain. ..Dimana kedudukan kita pasti ada tujuannya dan pasti diriingi ujian dariNYA.
Bertabah , Bersabar dan Berdoa.. Kuat kan semangat untuk terus maju kehadapan tenang dalam tiap jalan ujian.. ada ketikanya penyelesaaian itu memakan masa yang panjang hilang sabar bole jadi melukakan pihak lain.
Ujian susah..ujian sakit..ujian kehilangan..ujian ketidakberadaan...cari jalannya...+ terima + redha+ yakin+ usaha +iktiar + doa & tawakal..inshaAllah ada jalannya.
*Aku di zaman kanak2 : pasti nya ada pelbagai dugaan datang , semesti Ayah n Ibu lah yang menangini
*Aku di alam persekolan : SKSF 1-6, Masuk tingkatan 1 - 5 duk asrama..amik ko sebab tak sekolaj jauh kena naik bas..asal naik bas je muntah2 penin hahaa.
*Aku di usia remaja :sambung BELAJAR sambil kerja (dapat la cert yang bole cari makan)
*Aku awal Dewasa - AYAH MENINGGAL (ayah sakit 3 ari , Alhamdulillah dapt jaga and uruskan ayah sakit hingga ayah menghembuskan nafasnya)
*Aku di alam baru pekerjaan :BERHENTI kerja untuk jaga nenek (nenek meninggal setelah 2y aku berkhidmat uttuknya)
*Aku dlm menganggur : ada hamba Allah beri PENGALAMAN aku jaga anak nya yang kurang upaya (jaga 6mons saja, mak nya nak jaga sendiri ) pengalaman ini terlalu istimewa banya kperkara aku pelajari. Bukan setakat penjagaan emosi anak itu juga di ambil kira.
*Aku dengan Perkerjaan baru : BOS jahat tapi, HR jahat aku terima seadanya sampai la ni dia masih bawah bos aku, sebab REZKI dari Allah ..so dia suka or tak suka aku tak kisah pun.. kalau Allah kata rezki ku kat sini..aku kan masih disini sampai tua sama dia...hahaha)
*Aku yang di cintai : ramai juga boyfrend, tapi pilih yang lebih usia tua 5y..masa tu hajat hati nak yg matang , beriman & kaya.....mmg dapat pun bonus dia layan macam princess haha masa lom kahwin ler citernya
*Aku di alam Perkahwinan : BERCERAI masa anak dalam kandungan 3minggu, tiada
sefahaman....kami bercerai dengan ''Talak raj’i'' adalah talak yang dijatuhkan suami kepada istri di mana istri boleh dirujuk kembali sebelum masa iddah berakhir.
*Aku solo kembali : Survive dalam mebesarkan anak selama 4tahun. masih ada yg kenen2
*Aku berkahwin baru : Makcik tu yg pinangkan untuk anaknya ..haha SUAMI ku anak emak.
la ni complete laa kehidupan aku sebagai wanita, anak, menantu, Isteri, Ibu, Nawaitu aku, aku akan terus kuat bersemangat untuk bahagiakan orang sekeliling . beri mereka gembira selagi mampu...aku tak punya kuasa tapi punya kekeuatan hati yang mampu buat kamu semua gembira tersenyum inshAllah.
Matangnya aku, kuat nya aku hari ini, kerana dugaan MU selama ini ya Allah. Adakala aku tak berdaya bukan aku mengeluh ..adakala dugaan itu aku rasa taka mampu..adakala aku penat..aku terduduk..aku bangun kerana aku hanyalah seorang hambaMU.sering aku kuatkan semangat aku dari ayat ini “Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).
Alhamdulillah ..Alhamdulillah.. Alhamdulillah,,Terima kasih Allah kerana ujian Mu buat aku hambamu yang lemah ini jadi semakin kuat ya Allah, Tiap kurniakan dan dugaan mu aku syukuri kerana sesungguhnya ianya buat aku makin dekat padaMU.
#bahagiaituada
#indahsabar
#imaidil
No comments:
Post a Comment