Saat si ayah berkata:
''Adalah saya , wali
kepada pengantin perempuan, dari saat ini menyerahkan
Tanggungjawab nafkah,
pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang , cinta, pengorbanan
Dan perjuangan , serta
tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah
Semoga diberkati ALLAH
swt keatas kamu dan orang dibawah tangunganmu kamu dengan
Zuriat keturunanmu.''.
Maka saat itu, pasti sebaknya
hati dari insan yang selama ini menjagamu,
memeliharamu, memdidikmu
dan menyayangimu....
Can you imagine that?? (aku tak merasa pengalaman ini kerana ayah dah
meninggal...
Namun mmg nampak emak , my sibling and abg sulong yg jadi
wali ketika itu
nampak sebak
melepaskan aku..)
Hi Lelaki,
Penyerahan tanggungjawab
bkn bermaksud ‘kau bebas’ bermain dgn nafsu semata
Walaupun sidia halal,
tetapi penyerahan tanggungjawab ialah
kau sedia cari makanan
Saat dia lapar, kau sedia
cari ubat saat dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit,
Kau sedia memujuk saat dia
merajuk,, kau sediakan pinjamkan bahu saat dia menangis, kau
Sedia masak, basuh
kain,kemas rumah,..dan lain lain saat dia dalam pantang bersalin, membantu
saat dia perlukan khidmat pertolongan mu, sentiasa bersama saat susah senang,
Kau sedia menahan lapar
saat sidia perluan wang untuk keperluan zuriatmu, kau sedia
memberi pertolongan saat
sidia mengandungkan zuriat mu 9 bulan, kau sentiasa memastikan\
Keselamatan sidia..kau
sedia membimbingnya dengan ilmu2 dunia & akhirat,
kau menegur mana yang salah dan sama2 berubah apa yang perlu demi kebaikan bersama.
Pendek kata kau sedia untuk jadi sahabat
murabbi...kekasi selamanya buat si-dia
Apa guna jadi ketua keluarga jika tidak mengunakan akal fikiran
Kerana dia anugerah ALLAH kepadamu..saat kau memilih
dia sebagai permatamu.
Knp perlu ‘berhenti’ walhal sudah bermula?..bukankah
yang bermula perlu diakhiri?
Ya pastinya berusaha dan berdoa bersama agar keihklasan kalian daalm
ikatan itu diakhiri dengan syurga
dan redha Allah.
Perempuan,
Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru
hadir dalam hidupmu?
Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung?..Sakit
melahirkan zuriat?
Berpantang?..Menyusukan tanpa mengeluh.
Lelaki/Perempuan
Tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa...jika guna kan
alasan kahwin awal untuk
Pelihara maruah...bagaimana kamu yakin akan jaga maruah
selepas nikah?
Jangan mulut manis sebelum kahwin, sesudah kahwin
tiada toleransi..
Tiada perasaan belas...tidak mahu berbincang muafakat
dalam permasalahan,
Usah pentingkan diri sendiri, terlalu ego , berkuasa
sendiri.
Begitu pentingnya komunikasi, saling memahami..menerima, memaafi,
Oleh sebab itu ....untuk kahwin perlu ilmu, Biarlah
kita cerdik rumah tangga.
Apapun memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Jika tiada kerjasama keduanya
perlu gunakan orang ketiga (spt org pejabat agama cthnya)
#indahnya kebahagian itu
#imasattia@blogspot.com