Followers

Thursday, 23 June 2016

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w. 
Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila atau masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakiNya
Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...