Followers

Wednesday, 3 August 2016

Perkahwinan satu Tanggungjawab

Saat si ayah berkata:
''Adalah saya , wali kepada pengantin perempuan, dari saat ini menyerahkan
Tanggungjawab nafkah, pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang , cinta, pengorbanan
Dan perjuangan , serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah
Semoga diberkati ALLAH swt keatas kamu dan orang dibawah tangunganmu kamu dengan
Zuriat keturunanmu.''.

Maka saat itu, pasti sebaknya hati dari insan yang selama ini menjagamu,
memeliharamu, memdidikmu dan menyayangimu....
Can you imagine that?? (aku tak merasa pengalaman ini kerana ayah dah meninggal...
Namun mmg nampak emak , my sibling and abg sulong yg jadi wali ketika itu
 nampak sebak melepaskan aku..)

Hi Lelaki,
Penyerahan tanggungjawab bkn bermaksud ‘kau bebas’ bermain dgn nafsu semata
Walaupun sidia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah  kau sedia cari makanan
Saat dia lapar, kau sedia cari ubat saat dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit,
Kau sedia memujuk saat dia merajuk,, kau sediakan pinjamkan bahu saat dia menangis, kau
Sedia masak, basuh kain,kemas rumah,..dan lain lain saat dia dalam pantang bersalin, membantu 
saat dia perlukan khidmat pertolongan mu, sentiasa bersama saat susah senang,
Kau sedia menahan lapar saat sidia perluan wang untuk keperluan zuriatmu, kau sedia
memberi pertolongan saat sidia mengandungkan zuriat mu 9 bulan, kau sentiasa memastikan\
Keselamatan sidia..kau sedia membimbingnya  dengan ilmu2 dunia & akhirat, 
kau menegur mana yang salah dan sama2 berubah apa yang perlu demi kebaikan bersama.

Pendek kata kau sedia untuk jadi sahabat murabbi...kekasi selamanya buat si-dia
Apa guna jadi ketua keluarga jika tidak mengunakan akal fikiran

Kerana dia anugerah ALLAH kepadamu..saat kau memilih dia sebagai permatamu.
Knp perlu ‘berhenti’ walhal sudah bermula?..bukankah yang bermula perlu diakhiri?
Ya pastinya berusaha dan berdoa bersama agar keihklasan kalian daalm 
ikatan itu diakhiri dengan syurga dan redha Allah.

Perempuan,
Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidupmu?
Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung?..Sakit melahirkan zuriat?
Berpantang?..Menyusukan  tanpa mengeluh.  

Lelaki/Perempuan
Tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa...jika guna kan alasan kahwin awal untuk
Pelihara maruah...bagaimana kamu yakin akan jaga maruah selepas nikah?
Jangan mulut manis sebelum kahwin, sesudah kahwin tiada toleransi..
Tiada perasaan belas...tidak mahu berbincang muafakat dalam permasalahan,
Usah pentingkan diri sendiri, terlalu ego , berkuasa sendiri. 
Begitu pentingnya komunikasi, saling memahami..menerima, memaafi,
Oleh sebab itu ....untuk kahwin perlu ilmu, Biarlah kita cerdik rumah tangga.
Apapun memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Jika tiada kerjasama keduanya
perlu gunakan orang ketiga (spt org pejabat agama cthnya)

#indahnya kebahagian itu
#imasattia@blogspot.com

No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...