Followers

Wednesday, 14 September 2016

Live..Laugh..Love LIMITED EDITION


Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. 
Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. 
Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, 
Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. 
Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, 
yang takkan sesekali menipu hambaNya. 
Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik CINTA kita yang pertama iaitu ALLAH.
Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. 
Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. "Prayer is the best armor against all trials".
Dan dalam masa menanti seorang yang soleh / solehah hadir, kita bukan hanya perlu mencari, 
tetapi perlulah berusaha menjadi seorang hamba yang soleh/solehah, 
dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.
Orang yang TAK COUPLE sebenarnya bukan tak laku, tetapi sebab cinta dia
LIMITED EDITION untuk yang HALAL saja.

,"Ya Allah, satu hari nanti, tempatkanlah kami di syurgaMU, 
moga kami dapat bertemu denganMu. Pemilik cinta yang sebenar."


#Syukurselalu
#TQ Allah
#indahnya kebahagiaan ini
imasatria.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...