hidup kena ada IKHLAS & IKHSAN
Zaman dahulu ke zaman ini memang ada perbalahan antara waris mengenai harta apabila sipolan meninggal dunia, di situ boleh nampak siapa yang tamak, siap yg penting diri, yang cetek akal nafsu berlebihan mengikut kemahuan tanpa memikir siapa yg punyai hak.
Moga dipermudahkan sesiapa di luar sana , inshaAllah mudah jika ikut prosedur yang betul. Di Negara ini ada badan berwajib yang di lantik yang boleh kita refer untuk dapat selesai bab pengurusan harta si mati mengikut hukum nya.
HIstory..:-, arwah Ayah aku pula sempoi tak sibuk bab rete., dia di lahir kan menjadi seorng ank tunggal tiada adik beradik, ibu dia berasal dari Segamat Johor..manakala ayah nya orang Jasin Melaka. Hanya tapak rumah yang didirikan ditepi sawah area Jementah peninggalan moyang nya, cukup2 untuk memenuhi keperluana mereka 3 beranak.
Setelah ayah meningkat dewasa dia memasuki pasukan ATM, tinggallah ibu & ayah dia, Ada peluang balik dapat tium tiak mak ayah, ada masa lama tak balik termasuk raya dan masa ayah dia sakit. 4 tahun selepas itu ayah dia pun meninggal. Setelah beberapa tahun kemudian ibu beliau ada lah pulak peminat, seoang duda yang punya 3orang anak. Maka berkahwin laa mak nya dengan lelaki tersebut. Ayah pula tak banyak halangan keran dia tau maknya tinggal seorang di kg.
Tahun demi tahun berlalu ayah masih dalam pasukan ATM, hingga satu hari dia menerima kabar ibu nya sakit tenat , oleh kerana tidak mahu berputih mata sepertimana masa ayah meninggal diatak dpr balik dulu... maka dia bersara awal untuk berdekatan ibu beliau untuk menjaga maknya dana juga kami semua. (masa tu kami ada 3 beradik jaa).
Pada usia aku 5y, nenek aku meninggal dunia kerana sakit tua. ...dan bermula episod bab harte yang tak banyak mana pun. Harta yg ditinggal utk waris.....siapa yang berhak ...tanpa merujuk mana2, atas dasar IKHSAN pada susuk tubuh ayah tiri nya yg sudah uzur & beliau juga tidak mahu perebutan kuasa, beliau ambil keputusan keluar sebab adik beradik tiri sudah mohon hendak duduk di tanah tu untuk jaga ayah mereka kerana mereka tiada tempat & juga mereka mohon uruskan sawah sepetimana sebelum ni. Antara setuju atau tidak yang pasti ayah sememangnya ayah keluar meninggal tanah..rumah pada untuk kuarga tiri beliau... atau dia sejenis ''malas berbalah bab tanah'' Selepas itu kami tak pernah lagi balik kesana..
Keputusan beliau keluar meninggal rumah peningalan, membawa kami semua merantau kegeri orang.. iaitu N.sembilan...menumpang di tanah saudara sebelah ibu kami memang satu keputusan yang berat untuk ibu kami terima,. kata mak , Ayah kata ''kita cari rezki sendiri kumpul sendiri''. Kami semua naik keretapi membawa gendong termasuk ler beberapa ekor ayam (kelakar juga klu di ingat kan ayam naik train duk dlm kotak dgn kepalanya terjulur bagi dapat oksigen- kreatif sungguh hahaha ) .
REZEKI itu dari Allah, walaupun beliau tidak punya apa, waktu itu ada punya saudara lelaki(Pakcik Ilyas) kata ibu kami pakcik tu saudara 3pupu huhu kami bukan aham pun masa tu. di kelilingi org baik juga rezki..pakcik tu baik.. kuarga nya baik2 ..org kg pun baik..mereka semua bergotong royong membina sebuah rumah berasakan buluh dan beratapkan rumbia ( besebelahan kubur) maka berjiran lah kami dgn ahli kubur sementara ayah berusaha menambah/ meperolehi rezki lain, Ekonomi keluarga kami agak teruk juga waktu itu, ibu ayah kuat bekerja untuk kami, kami kalau nak mandi kena pergi sungai. Untuk air bersih utk memasak pula ambil dari rumah saudara..jauh ler juga kena angkat baldi...pernah juga kami di sakat oleh anak2 penduduk kg tu...sedang kami bawa baldi kecil berisi air bersih tibe mereka curah pasir & lari....Itu lom kes baju kami kena suruk kat sungai,..mcm2 lah kes . Tapi ibu ayah pesan ''biar orang buat kita sebab kita menumpang''. Sadis sungguh da mcm cerite sinetron. Waktu itu tinggi nya tahap kesabaran kami ...ayah banyak mengajar kami sabar dan menhormati orang lain. Perbuatan sabar ..baik..hormati orang itu bole padamkan kejahatan orang kata dia
Menetap lah kami di situ , ibu bekerja di kilang roti,.. ayah pula sebagai pesawah. oleh kerana kami semua menumpang di kg itu , Ayah IKHLAS hati jadi pengali kubur & menjaga barang untuk urusan pengalian . Berapa tahun kemudian ada AJK di kg itu memberi borang untuk mohon masuk rancangan Felda. Dengan niat untuk mulakan hidup baharu ayah dan mak pun mohon lah.
Alhamdulillah pemohonan itu berjaya dan setelah itu kami berpindah buat kali ke2 (kali ini pindah naik lori selain ayam ada ler gobok /katil/ baldi / mangkuk /piuk belanga yang merupakan rete kami yang mesti di angkut -- kecuali pondok tu hahaha) .Walau pun ayah sidah berpindah jika ada kematian org kg situ, mesti ayah turun sama2 sertai pengkebumian dan majlis tahlil, kerana jarak kg tersebut dgn rumah baru kami hanya 25km.
Bermula hidup baru kami semua. Waktu itu usia aku 7 tahun.Hingga sekarang klu di tanya ''kg. di mana '' pasti aku adik beradik ckp N.S., rezki Allah itu luas, dalam rezki kita ada hak orang lain itu betul. tapi jangan sampai makan hak orang. IKHSAN kena ada, jika kita mudah kan urusan orang inshaAllah mudah lah urusan kita.
Kesimpulan nya IKHLAS & IKHSAN kena ada kerana ALLAH maha mngetahui, Tiap kesusahan pasti ada hikmah di sebalik nya. Kesusahan kita mungkin ada orang lagi susah.
#indahnya kebahagiaan ini
#imahistory
No comments:
Post a Comment