Followers

Thursday, 23 June 2016

BULAN RAMADAN BULAN ISTIMEWA


Alhamdulilllah masih dipanjang usia oleh Allah untuk sama2 puasa ramadhan 2016.
Bulan Ramadhan tahun ini macam tahun lepas juga...kami berdua.
Walau macam tak cukup ahli namun tetap seronok kerana my princess Hana
yang brusia 3y ni sudah mula memahami yang ummi nya berpuasa tak boleh makan.
Bila beberapa minit tunggu waktu buka dia paling seronok duduk
mengadap makan tangan dah sedia nak baca doa.makan kurma
and makanan lain pun bersungguh macam dia yang puasa.
Syukur pada Allah yg mengurniakan anugerah terindah anak sebijak sebaik Nur Arissa Hana.

Lama rasanya tak menulis ..sedar tak sedar hari ini 24.6.2016
masuk hari ke-19 umat islam berpuasa, ini bermakna lagi 1 hari kami
akan masuk fasa yang sangat istimewa di bulan penuh barkah ini...
iatu sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah merupakan di antara
malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu.
erdapat satu malam dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini
 paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar
apapun berharap sangat bertemu malam lailatul qadar. .
Kata kakngah seingat dia  dulu kami bertemu malam istimewa ini.
Waktu itu dia berumur 8y dan aku 5y saat pulang darimengaji..
kami pulang lewat malam kerana seronok bermain lepas mengaji
memandangkan yg ajar mengaji adalah pakcik saudara kami...
masa tu xde basikal apatah lagi motor..kami akan jalan kaki,
setiap kali balik mesti pegang tangan maklumlah nak lalu tanah perkuburan.
aku ni penakut sangat. Jalan pun berteman cahaya bulan...
maklumlah kawasan kg. xde lagi lampu jalan. klu gelap kami pasang touchlight..
.tapi xde pun lampu picit tu sbb tak mampu beli. Cerita kakngah
saat kami turun dari bukit, kira kira dalam 100m menuju rumah tiba- tiba
 jalan seakan samar2 dari cahaya bulan tadi rupanya kami berdua telah ditutupi
daun2 rendang dan ranting menyentuhi kiri kanan kami....
kata kakngah dia terus berjalan pegang tangan aku erat sebab nak lari tak boleh..
''ooh adakah kami bersua malam lailatulaqadar yg di katakan pokok pokok bersujud ..
menutupi perjalanan kami???'' jawapnya entahlah ...sampai hari ini aku masih lagi
sangsi adakah benar atau ilusi kakngah aku...Dia penuh yakin sebab setiap bulan
ramadan dia akan flashback cerita ini dengan satu soalan sama berulang kali setiap tahun....
''ingat tak?? ''...ingat tak badan muka kena daun2 ??..
.namun aku langsung tak ingat sebab waktu tu 5y ......
wallahualam. Jika ya aku ingin merasainya lagi di dewasa ini ya ALLAH.

THANK U ALLAH
I LOVE U ALLAH
PLEASE PROTECT ME..MY DAUGHTER ..MY FAMILY  & MUSLIMIN /MUSLIMAT TOO
Aamiin.

#manisnya kebahagian itu
#mia2imasatria@blogspot



No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...