Followers

Tuesday, 28 June 2016

Nak balik kg.

29.6.2016 Rabu @ 24 Ramadhan.

Lagi 2 hari cuti bermula. Alhamdulillah tahun ni balik awal sikit dapatlah merasa berpuasa dan solat terawih dengan mak bonda, tentunya makbonda seronok bila ada anak  menemani dia membeli barang keperluan untuk sambut raya . Sekian lama dalam hati meronta untuk jaga mak di. kampung...temani mak selagi ada hayat dia. Tapi niat dihati sementara ini terpaksa aku korbankan kerana ada tanggungjawab lain... Alangkah bahagianya klu makbonda nak ikut balik ke bandar.

Harapan ku sampai jer di kg. nanti selepas jupe makbonda pastinya aku akan pergi kerumah arwah Ayah pulak...tapi rumah baru arwah Ayah sunyi sangat..da 13tahun ayah disitu..rindunya dengan arwah Ayah.
Moga kunjungan kali ini mampu mengubati kerinduan dihati iniii. Moga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.

Berbalik cerita cuti......cuti cuti cuti ada lah saat yg paling best. Banyak peluang untuk kita sama
sama menziarahi keluarga dan sanak saudara... juga jiran sekampung....Yang paling seronok tentulah anak- anak kita...apa pun beraya dengan sederhana..

Aku jua manusia yang biasa tak sempurna...ada jua rasanya sedih dengan ramadaan yg akan berakhir beberapa hari lagi..apakah ramadan kali ini aku lulus melaluinya ? berapa A untuk di beri pada diri sendiri.? berapa banyak kebaikan yang aku buat..berapa banyak aku minta pada Allah? yaaa ternyata  masih lagi kurang...tidak mencapai target..seharusnya usaha kearah kebaikan diteruskan hingga akhir hayat....bukan nya di ramadhan saja...siapa lagi yang nak ingat kita kalau buakan diri kita sendiri kan ...,

Ya Allah jadi aku hamba mu yang bertaubat...beriman dan selalu berserah diri padaMU. Aaamin.

#in sha Allah
#Syukur selalu
#manisnya kebahagian ini
#mia2ima@blogspot.com

Monday, 27 June 2016

DENGARLAH BINTANG HATI KU


FOR MY ONLY ONE PRINCESS ARISSA HANA
DENGARLAH BINTANG HATI KU - by de-mesis
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamuDalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tujuDan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku
#mia2ima@blogspot.com#manisnya kebahagian ini

Thursday, 23 June 2016

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w. 
Sebagai kesimpulannya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila atau masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakiNya
Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

BULAN RAMADAN BULAN ISTIMEWA


Alhamdulilllah masih dipanjang usia oleh Allah untuk sama2 puasa ramadhan 2016.
Bulan Ramadhan tahun ini macam tahun lepas juga...kami berdua.
Walau macam tak cukup ahli namun tetap seronok kerana my princess Hana
yang brusia 3y ni sudah mula memahami yang ummi nya berpuasa tak boleh makan.
Bila beberapa minit tunggu waktu buka dia paling seronok duduk
mengadap makan tangan dah sedia nak baca doa.makan kurma
and makanan lain pun bersungguh macam dia yang puasa.
Syukur pada Allah yg mengurniakan anugerah terindah anak sebijak sebaik Nur Arissa Hana.

Lama rasanya tak menulis ..sedar tak sedar hari ini 24.6.2016
masuk hari ke-19 umat islam berpuasa, ini bermakna lagi 1 hari kami
akan masuk fasa yang sangat istimewa di bulan penuh barkah ini...
iatu sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah merupakan di antara
malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu.
erdapat satu malam dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini
 paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar
apapun berharap sangat bertemu malam lailatul qadar. .
Kata kakngah seingat dia  dulu kami bertemu malam istimewa ini.
Waktu itu dia berumur 8y dan aku 5y saat pulang darimengaji..
kami pulang lewat malam kerana seronok bermain lepas mengaji
memandangkan yg ajar mengaji adalah pakcik saudara kami...
masa tu xde basikal apatah lagi motor..kami akan jalan kaki,
setiap kali balik mesti pegang tangan maklumlah nak lalu tanah perkuburan.
aku ni penakut sangat. Jalan pun berteman cahaya bulan...
maklumlah kawasan kg. xde lagi lampu jalan. klu gelap kami pasang touchlight..
.tapi xde pun lampu picit tu sbb tak mampu beli. Cerita kakngah
saat kami turun dari bukit, kira kira dalam 100m menuju rumah tiba- tiba
 jalan seakan samar2 dari cahaya bulan tadi rupanya kami berdua telah ditutupi
daun2 rendang dan ranting menyentuhi kiri kanan kami....
kata kakngah dia terus berjalan pegang tangan aku erat sebab nak lari tak boleh..
''ooh adakah kami bersua malam lailatulaqadar yg di katakan pokok pokok bersujud ..
menutupi perjalanan kami???'' jawapnya entahlah ...sampai hari ini aku masih lagi
sangsi adakah benar atau ilusi kakngah aku...Dia penuh yakin sebab setiap bulan
ramadan dia akan flashback cerita ini dengan satu soalan sama berulang kali setiap tahun....
''ingat tak?? ''...ingat tak badan muka kena daun2 ??..
.namun aku langsung tak ingat sebab waktu tu 5y ......
wallahualam. Jika ya aku ingin merasainya lagi di dewasa ini ya ALLAH.

THANK U ALLAH
I LOVE U ALLAH
PLEASE PROTECT ME..MY DAUGHTER ..MY FAMILY  & MUSLIMIN /MUSLIMAT TOO
Aamiin.

#manisnya kebahagian itu
#mia2imasatria@blogspot



kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...