Followers

Friday, 28 April 2023

KAWAN

LEBARAN 2023 - 1445 Hijriah di sambut sederhana.

moga di beri kesempatan umur yang berkat untuk bertemu bulan RAMADAN di tahun seterusnya. Sekejapnya berlalu bulan penuh rahmat dan keampunan ini

Pada aku, bulan puasa atau bulan lain kesibukan itu tetap kekal ada

Raya tahun ini tak dapat beraya lama sebab tuntutan kerja en somi.

Raya ke-2 dah balik ke JB..anak tak puas bekejarkan  itik , ayam, angsa, kucing katanya.

Yang mak dia ni tak sempat pi rumah kawan2 masa zaman sekolah

Kawan yang masih close pun tak ramai dah ..ada yg ada dlm wassap tu  je la itu pun x bpa cam dah muka

Di zaman persekolahan memang kita punya ramai rakan2 

Habis sekolah pun masih punya rakan2 selisih jalan bole lagi hai hai

Bila meginjak ke alam dewasa terus ke dunia perkerjaan

Keakraban masih ada namun  kesibukan  menjarakkan hubungan itu

Ada yang rezki kerja nya berhijrah ke tempat

Atau rezki berkeluarga di negeri lain..

Pastinya noltalgia zaman sekolah tak pernah di lupakan

Aku sendiri berhijrah..sesekali pulang balik kg.

Cuti 2-3 hari berbagi untuk kuarga di kampung  pun tak cukup..

Raya tu adaa kesempatan jupe, makan tahun kita semua da pun menginjak umur 

Begitu kawan tempat kerja lama/ baru pun kdg bila raya tak sempat nak jumpa

pelik juga apalah yang sibuk sangat nihh , Tiba rasa berapa kerat sangat laah kawan2 yang aku jumpa ni.

bila makin berusia  deria penglihatan pun da menurun mungkin sekarang berselisih bahu dah tak cam kawan agaknya

Apa pun terjadi..walau pun tidak dapat bersua aku tetap ingat kalian, walau kalian tak tahu aku ingat kalian , Ada rezki bersua tegurlah ku kenal..klu xde  tak mengapalah kan.

Jika kematian itu menjemput aku dahulu aku pun sudah memaafkan kalian

Moga kalian juga memaafi diri ini jika ada kesilapan dari pihak aku.


#IMAsweetmemories

#SRKS

#SABK

#SADHM

#Kolej Negeri

#LeVenueHtel

#JVC Kenwood

#EWMB

#UCMB

Monday, 3 April 2023

ANAK JATUH BENJOL KEPALA lagi...

 semalam petang bali kerja mcm biasalh aku uruskan hal rumah ...anak2 elok la main..tiber dengar lufi nangis..rupanya jatuh main panjat kosi joget2 dgn nak no.2 tu...adooi pocot jantung akuu laah ..laju laa aku ni menyelesaikan exsiden sebegini takut juga teruk ke apa... kakak yg besar tu baru sedang solat asar. 

rasa sedih+kesian dgn lufi asyik laa jatuh + benjol. .lepas hilang legat menangis dia main..makan ..minum macam biasa. aku pantau laa dlm 24hour ni risau ada muntah or simtom lain yang pelik kan.

rasa dekat 5+6 kali dah dia benjol sejak pandai berjalan..pernah bawa jupe doktor..doktor kata klu xde simtom yg teruk tak payah risau ...tapi mak tetaplha gisau ..benda kat dalam kan...dah merah lepas tu lebam benjol lagik. 

Gigih la mak googles lagi pasal rawatan ni...walau pun da selalu googles ..nah ini dia simpan sini tulisan dari Pakar kanak2 yang aku search


5 PERKARA ASAS PERLU TAHU BILA KEPALA ANAK BENJOL & TERHANTUK

Benjol adalah situasi di mana pengumpulan darah beku berlaku pada bawah lapisan kulit akibat saluran darah kapilari yang pecah. Untuk memeriksa sama ada kepala anak benjol itu bahaya atau tidak, ketahui 5 perkara asas ini.

1. PERIKSA KEADAANNYA

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memeriksa secara menyeluruh dan mencari kesan kecederaan akibat terhantuk tadi. Antara kesan bahaya yang perlu dibawa berjumpa doktor serta-merta adalah:

  • Tak sedarkan diri (pengsan sekejap atau lama)
  • Muntah yang teruk
  • Benjolan yang besar atau luka yang dalam
  • Pendarahan atau keluarnya cecair dari hidung, telinga, atau mulut
  • Sawan
  • Keliru, bingung, lemah, tidak aktif, dan tidak memberi respon terhadap sekeliling

Seperkara lagi, jika posisi benjolan terletak di bahagian hadapan kepala seperti dahi, anda tidak perlu terlalu khuatir. Sebaliknya, jika kepala anak benjol di bahagian belakang, lebih baik mengambil langkah selamat untuk menjalani pemeriksaan lanjut

2. GUNAKAN TUAMAN AIS

Salah satu cara meredakan kesakitan kepala anak benjol ini adalah dengan menuam pek ais. Lakukannya selama 15-20 minit.

Selain kaedah tuaman, anda boleh membalutkan ‘bandage’ untuk memberi kesan tekanan kepada benjolan tersebut.

3. PANTAU DALAM MASA 24 JAM

Anak mungkin akan berasa mengantuk dan tidur sebentar, ini adalah normal. Apabila anak kembali tenang, perhatikan kelakuannya dan lihat sama ada terdapat simptom lain yang mencurigakan. Ini kerana, kecederaan otak menunjukkan kesan serta-merta atau berlaku secara perlahan-lahan.

Jika bayi kelihatan elok dan mula berkelakuan seperti biasa, berkemungkinan besar bayi tidak mengalami kecederaan serius. Walaubagaimanapun, pemerhatian harus dilakukan dalam tempoh 24 jam.

4. TANDA PERUBAHAN YANG TIDAK NORMAL

Dalam tempoh 24 jam, perhatikan tanda-tanda bahaya berikut:
  • Tidak berhenti menangis, tak boleh dipujuk, nampak kesakitan
  • Pernafasan semakin laju
  • Waktu tidur terganggu
  • Pergerakan kaki atau tangan yang tidak normal
  • Asyik terjatuh, tak dapat mengimbangkan badan
  • Muntah berterusan
  • Mata menjadi juling, saiz biji mata yang tidak normal
  • Penglihatan semakin kabur

Jika terjadinya sebarang tanda yang mirip seperti di atas, rujuklah ke hospital dengan kadar yang segera.

5. MINIMAKAN AKTIVITI LASAK BUAT SEMENTARA

Menurutnya, Datuk Dr Zulkifli Ismail, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh. Tapi, bayi yang kurang daripada 18 bulan adalah sangat berisiko kerana ubun-ubunnya masih lembut.

Jika tiada simptom di atas, anda boleh membiarkan anak anda berehat atau tidur. Namun, Dr Greene menasihatkan agar anda mengejutkan anak setiap 30 minit dalam masa 6 jam pertama setelah berlakunya hantukan tadi. Ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya simptom yang merisaukan.

Apabila anak telah terjaga dan berkelakuan normal, bolehlah anda kembali beraktiviti secara sederhana.

HUBUNGI DOKTOR JIKA MENGESYAKI MASALAH

Jangan teragak-agak membawa anak berjumpa doktor jika terdapat sebarang tanda yang meragukan. Di samping itu, jangan lupa maklumkan kepada pengasuh atau taska anak tentang kecederaan yang dialami agar pihak mereka lebih peka terhadap keadaan anak anda.

moga dipermudahkan.


#Allah jaga laha anak2 ku dalam lindunganMU.

#Terima kasih Allah




RUTIN tu tenang tenang je

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus merasa nikmat puasa rukun Islam  ke4 kita semua.

Tahun ini macam tahun2 sebelum nya juga berpuasa bersama kuarga dan kurang ke bazar. Cuma beza nya kali ini waktu sahur and berbuka tu suami kadang ada kadang2 tiada. So masak sendiri sebab anak2 suka mak masak (wow bijak ank2 ni suka masakan umi dia yang xde lah macam chef pun)

Suami pulak sejak kerja baru ni seringkali  berada dia luar kawasan, so semua atas bahu jemala patik. Terkulat terpenat telajak tertido terkejar tersadung semua ter ter ter tu ada dah.. Apa kan daya itu tuntutan lah dia itulah namanya kehidupan. Kalau dia ada lain sikit aturan keja bahagia 2 kami urus sama2.

Bila dia luar kawasan, datanglah  tangan sotong aku ni haha..sibuk itu ini sebenar nya baik juga untuk jantung aku nih..aku bukan kaki yg exercise..syukurlah dengan kerja aku uruskan hal rumahtangga..dari uruskan kan  hal anak.. lepas tu pi kerja....lepas tu balik continue lagi lah rutin tu...kadang tu balik keje  tudung lom buka dah ke dapur ketung ketang untuk siapkan anak makan...

Masak pulak sambil basuh baju, kadang aku rasa dah macam menari twice sebab dapur n mesin basuh sebelah jerk..so menyambil orang kata...siap masak aku tutp lampu dapur sebab aku nak mandilah. Sambil tu aku akan warning kat kakak  ''jangan ada sesiapa pergi dapur yaa ada benda panas berapi ''  so far ank2 aku takan pi dapur sebab aku tutup lampu hahaha. Yelah risau juga kan wlu kita letak tempat selamat manatau si lufi ank yg tengah nak explore panjat kosi ke apa ke (jauh tuk pemikiran aku nih) .  Siap ler aku mandi dengan tenang dengan cara itu  so before 700 - 7:30pm aku pastikan anak kena siap makan...

Anak2 duk taska so time ambil balik tu da siap mandi..so balik beri makan..lps makan ajak ank2 solat jemaah ( magrib - isyak  fardu yang wajib untuk kuarga ni jemaah jika ada ayah or takde ayah wajib jemaah bersama sebab 2 waktu ni masa ni semua manusia ada dan  bersiap sedia)  JIka hari lain semua da buat sendiri di tempat masing2. Jika sabtu ahad tu ada juga fardu lain yg kami jemaah sama klu tak di rumah di masjid . 

Lepas solat aku jadi ustazah pulak ajar ngaji..(ajar anak sendiri je) ..lps isyak tengok kan anak2 ..suh tengok jadual atau ada homework yg lom buat ..anak2 kadang dah siapkan kat sekolah..ada juga yang siapkan kat taska. lepas tu semua wajid tido awal 9:00-9:30 mesti tido ...no tv..no hp hahaha sebab tadi masa  mkn dah melayan tu semua.....waktu nak tidur lepaas baca doa tido  & 3 qul tu  haa zikir2/ ayatul quran \ dibenarkan di dendaag dari bantal baby pian memasing sila laa anak2 ikut baca yaa. Masa ni mak kena baring sekali klu tak ada laa yg memain tak tido.

Bila mak da tido ingat mak bangun ke sambung keje jawapan nya idok laah haa..mak da di buai mimpi.

Kalu bulan ramadan 4:30pagi mak besilat...klu bulan lain 5:30pm so begitulahh kesibukan harian yang kadangkala aku fikir fantastic nya aku nih.

Allah yang beri kekuatan ini. Terima kasih Allah.


#SABARITUINDAH

#FAMILYLOVER





UJIAN itu akan sering mendatangi kita.


U J I A N 

Kita di datangi dengan ujian berbeza yang mana pelbagai  bentuk ujian itu mematangkan kita sebagai hamba di muka bumi ini

Masa kecil ada ujian...meningkat dewasa ada ujian..dalam pekerjaan ada ujian..dalam perkahwinan di beri ujian...ingin punya anak diberi ujian ,,sudah punyai anak ada ujian.. pelbagai ujian akan meingiringi kehidupan kita selagi kita bergelar hambanya. 
Tujuan hidup kemana? ..Islam mengajar kita kembali kepada fitrahnya..sebagai hamba Allah.. sebagai manusia untuk manusia lain. ..Dimana kedudukan kita pasti ada tujuannya dan pasti diriingi ujian dariNYA.
Bertabah , Bersabar dan Berdoa.. Kuat kan semangat untuk terus maju kehadapan tenang dalam tiap jalan ujian.. ada ketikanya penyelesaaian itu memakan masa yang panjang hilang sabar bole jadi melukakan pihak lain.
Ujian susah..ujian sakit..ujian kehilangan..ujian ketidakberadaan...cari jalannya...+ terima + redha+ yakin+ usaha +iktiar + doa & tawakal..inshaAllah ada jalannya.
*Aku di zaman kanak2    : pasti nya ada pelbagai dugaan datang , semesti Ayah n Ibu lah yang menangini
*Aku di alam persekolan : SKSF 1-6, Masuk tingkatan 1 - 5 duk asrama..amik ko sebab tak sekolaj jauh kena naik bas..asal naik bas je muntah2 penin hahaa. 
*Aku di usia remaja    :sambung BELAJAR sambil kerja (dapat la cert yang bole cari makan)
*Aku awal Dewasa  - AYAH MENINGGAL  (ayah sakit 3 ari , Alhamdulillah dapt jaga and uruskan ayah sakit hingga ayah menghembuskan nafasnya)  
*Aku di alam baru pekerjaan    :BERHENTI  kerja untuk jaga nenek (nenek meninggal setelah 2y aku berkhidmat uttuknya)
*Aku dlm menganggur    : ada hamba Allah beri  PENGALAMAN aku  jaga anak nya yang  kurang upaya (jaga 6mons saja, mak nya nak jaga sendiri ) pengalaman ini terlalu istimewa banya kperkara aku pelajari.  Bukan setakat penjagaan emosi anak itu juga di ambil kira.
*Aku dengan Perkerjaan baru    : BOS jahat tapi, HR jahat aku terima seadanya sampai la ni dia masih bawah bos aku, sebab REZKI dari Allah ..so dia suka or tak suka aku tak kisah pun.. kalau Allah kata rezki ku kat sini..aku kan masih disini sampai tua sama dia...hahaha)
*Aku yang di cintai    : ramai juga boyfrend, tapi pilih yang lebih usia tua 5y..masa tu hajat hati nak yg matang , beriman & kaya.....mmg dapat pun bonus dia layan macam princess haha masa lom kahwin ler citernya
*Aku di alam Perkahwinan    : BERCERAI masa anak dalam kandungan 3minggu, tiada 
sefahaman....kami bercerai dengan ''Talak raj’i'' adalah talak yang dijatuhkan suami kepada istri di mana istri boleh dirujuk kembali sebelum masa iddah berakhir.

*Aku solo kembali    : Survive dalam mebesarkan anak selama 4tahun. masih ada yg kenen2
*Aku berkahwin baru    : Makcik tu yg pinangkan untuk anaknya ..haha SUAMI ku anak emak.
la ni complete laa kehidupan aku sebagai wanita, anak,  menantu, Isteri, Ibu, Nawaitu  aku, aku akan terus kuat bersemangat untuk bahagiakan orang sekeliling . beri mereka gembira  selagi mampu...aku tak punya kuasa tapi punya kekeuatan hati  yang mampu buat kamu semua gembira tersenyum inshAllah.
Matangnya aku, kuat nya aku hari ini, kerana dugaan MU selama ini ya Allah. Adakala aku tak berdaya bukan aku mengeluh ..adakala dugaan itu aku rasa taka mampu..adakala aku penat..aku terduduk..aku bangun kerana aku hanyalah seorang hambaMU.sering aku kuatkan semangat aku dari ayat  ini “Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).
Alhamdulillah ..Alhamdulillah.. Alhamdulillah,,Terima kasih Allah kerana ujian Mu buat aku hambamu yang lemah ini jadi semakin kuat ya Allah, Tiap kurniakan dan dugaan mu aku syukuri kerana sesungguhnya ianya buat aku makin dekat padaMU.
#bahagiaituada
#indahsabar
#imaidil









kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...