Followers

Monday, 30 January 2023

HUBUNGAN


Tahun 2023..ni guys jangan duk kalut nak kemas kini harta benda,
biasa kan awal tahun duk bayang apa yg belum di penuhi tahun lepas...
berapa dapat dividen,,berapa bulan bonus , berapa kenaikan
😅😅
yang paling penting jangan lupa yaa kita mesti '' kemas kini hubungan'' 
kalau ada yg tak suka hubungan tu kemas rumah je laa, tak pun pergi kemas kebun 
Alhamdulillah dengan segala kurniaannya apa, kita masih di beri nafas
bermakna masih berpeluang meperbaiki apa yang kurang, 
hubungan dengan Allah  pasti lah no.1 bagi tiap orang kan? 
so  sama2 lah kita teruskan topup mana yg kurang jadi bertambah baik. 
Moga kita dikurniakan usia yang berkat, kesihatan yg baik ,
juga  kesabaran untuk kita  menangani apa jua dugaan mendatang
untuk terus  beri bahagia pada yang tersayang semua tu..
.  
Untuk hubungan dengan manusia ni pulak senang je.. kena ikhlas , 
kena hormat dan kena ada perasaan belas tanpa harap balasan tau,
kata orang ikhlas seperti gula tetap memberi kemanisan meskipun larut, 
begitu juga dengan kehidupan teruskan berbuat baik
😍 
walaupun tidak mudah untuk puaskan hati orang lain. 
Aku pulak kalau da suka orang pokok mangga depan gmh dia pun aku like, 
tak kisah lah kalau ada orang tak suka kita ,yg pura2 suka tu yg kita takut, 
elakkan ambil hati kata org sbb manusia yg ada mulut belum tentu mikir guna otak.
😅

 

Orang yang berbuat baik disukai & di kasihi Allah, malah diberi ganjaran pahala
sebagaimana di terangkan melalui beberapa nas antara nya seperti berikut :

**

Dalam surah al-Maidah, ayat 13 firman-Nya bermaksud:

“...oleh itu maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan

kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

**

Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud: 

“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah)

kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”



#manisnyakebahagianini


No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...