Followers

Tuesday, 31 January 2023

Tadika ooh tadika

Ikutkan aku ni ada la sedikit tensen bila anak xdpt pra aritu. Iya lah maybe ada yg lebih berhak dapat ler kan..siap ada rayuan pun x dapat xde rezki K2..nak pi mana pun fenin banyak sgt tadika skrg ni dengan kepujian tinggi melangit mengikut branch memasing.

Kesimpulan aku ler kan,  semua ni ikut keserasian anak tu, kena la tau teachning method and teaching planning nya, berkenan ke budak tu ...branch tu  guna method apa?  Huhu compilcated tau zaman sekarang nih sebab kadang tu kita nak mcm ini tapi lain dapat nya. ada juga lebih kepada glamour branch saja, memasing ada plus & contra  nya.

Lagian pada pemikiran aku lah, tadika mana pun anak ko tu...klu masuk darjah 1 nanti, Jika method tu juga dia belajar di sek rendah compem anak tu recall balik.  Tapi klu tadika yg ko pilih tu lain methodnya mesti hilang lah gitu saja, lama2 anak ko pun lupa sbb takde practice + continue skill tu. Tak semestinya tadika mahal yang berbayar tu atau yg murah tu  kena dengan apa yang kita nak,  So tepuk dada tanya selera.

Yang penting bila ko antar ko dari start umur berapa pun yg ko pilih pastikan ada paras  pemahaman mengikut umur dia, Dirumah kita guru..di sekolah guru dia...mesti double triple ilmu yg mereka dapat.. ada juga branch yg ank ko takan pernah bawa balik homework so yg ni ko kena main peranan kena rajin borak dgn anak, buat dia flashback balik apa yg dia buat kat preschool tu. Jgn ko balik ko dgn dunia ko yg busy tak pernah abis tu.

Kanak2 ni  mereka belajar, memahami semua ikut cara apa yg mereka mudah faham.
mereka belajar sambil bermain, Bila mana  di usia 5-6y mereka dah bole membaca dgn baik,  mengaji, faham rukun solat dan bacaan solat pun betul itu satu peningkatan yg baik.,subject lain pun pasti dia akan  faham ikut tahap pembelajaran di usia dia..apa yg mereka dpt di tadika itu lah ilmu awal yang mereka bawa bila melangkah ke sek rendah  pada usia mereka 7y, dan pemahamana itu lah yg buat  mereka lebih konfiden utk sama2 dgn kawan dlm kelas bagi menimba ilmu pengetahun yg lebih luas.

so conclusion nya tadika/prescholl mmg main peranan untuk pembelajaran awal kanak2.

Aku sgt ler berTerima kasih pada cikgu2 tadika/preschool anak2 aku.
Jasa mu ku kenang.Ticer Julia, Bella, Liana, Umi, Jess, Ruby, 
#ank5y
#indahnyakebahagiaanini


Monday, 30 January 2023

HUBUNGAN


Tahun 2023..ni guys jangan duk kalut nak kemas kini harta benda,
biasa kan awal tahun duk bayang apa yg belum di penuhi tahun lepas...
berapa dapat dividen,,berapa bulan bonus , berapa kenaikan
😅😅
yang paling penting jangan lupa yaa kita mesti '' kemas kini hubungan'' 
kalau ada yg tak suka hubungan tu kemas rumah je laa, tak pun pergi kemas kebun 
Alhamdulillah dengan segala kurniaannya apa, kita masih di beri nafas
bermakna masih berpeluang meperbaiki apa yang kurang, 
hubungan dengan Allah  pasti lah no.1 bagi tiap orang kan? 
so  sama2 lah kita teruskan topup mana yg kurang jadi bertambah baik. 
Moga kita dikurniakan usia yang berkat, kesihatan yg baik ,
juga  kesabaran untuk kita  menangani apa jua dugaan mendatang
untuk terus  beri bahagia pada yang tersayang semua tu..
.  
Untuk hubungan dengan manusia ni pulak senang je.. kena ikhlas , 
kena hormat dan kena ada perasaan belas tanpa harap balasan tau,
kata orang ikhlas seperti gula tetap memberi kemanisan meskipun larut, 
begitu juga dengan kehidupan teruskan berbuat baik
😍 
walaupun tidak mudah untuk puaskan hati orang lain. 
Aku pulak kalau da suka orang pokok mangga depan gmh dia pun aku like, 
tak kisah lah kalau ada orang tak suka kita ,yg pura2 suka tu yg kita takut, 
elakkan ambil hati kata org sbb manusia yg ada mulut belum tentu mikir guna otak.
😅

 

Orang yang berbuat baik disukai & di kasihi Allah, malah diberi ganjaran pahala
sebagaimana di terangkan melalui beberapa nas antara nya seperti berikut :

**

Dalam surah al-Maidah, ayat 13 firman-Nya bermaksud:

“...oleh itu maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan

kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

**

Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud: 

“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah)

kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”



#manisnyakebahagianini


kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...