18.08.2017 Jam 8am - 835am
tarikh ini adalah tarikh kelahiran anak ke2 ku..
bila tiba 18.8 selain dari kami meraikan hari lahirnya dengan penuh rasa syukur
pasti saat mgeluarkan dia dari gelap rahim ini tetap di ingatan kerana ia nya
satu pengalaman yang bermacam berbaur rasa..
Oleh kerana air ketuban mulai kurang dan bayi dalam
kedudukan songsang.
Doctor menyarankan segera di bedah. Syukur saat itu tarikh usia kandungan masuk 37 minggu
Sememang nya ini lah aturan yang telah ditetapkan oleh NYA.
Perasaan merelakan diri untuk ditoreh, dihiris demi anak dan
suami hanya Allah yang tahu
Perasaan terbaring di sorong laju masuk ke dewan bedah yang
sangat sejuk, hanya Allah yang tahu
Perasaan bila di maklumkan untuk di bius separa sedar ,
hanya Allah yang tahu
Perasaan mendengar segala urusan di dewan bedah, hanya Allah
yang tahu
Allah sahaja yang tahu perasaan seorang wanita yang melalui semua ini
Sesungguhnya wanita itu telah terlatih menahan segala
kesakitan demi melahirkan zuriat dari gelap rahim...Dan sesunguhnya Allah itu maha berkuasa atas tiap sesuatu.
Firman Allah SWT:
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh
syak (ragu-ragu)
tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana
sebenarnya.
Kami cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik air
benih,
kemudian daripada sebuku darah beku, kemudian daripada
seketul daging
yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan.
Kami jadikan secara yang demikian kerana Kami hendak
terangkan kepada kamu (kekuasaan Kami)
dan Kami pula
tetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang
ditentukan lahirnya;
kemudian Kami keluarkan kamu berupa kanak-kanak……..” (al-Hajj
[22:5]).