Followers

Monday, 26 August 2019

SPEEDY RECOVERY part2 . Hasya turn 2



LA TAHZAN.
ALLAH ada.
ALHAMDULILLAH

Dengan izin Allah.. dan doa2 baba..umi..kakak hana..atok ayah..nenek..nekwan.
paklong..maklong sekeluarga..makngah sekeluarga..cik andak mama sekeluarga
..acik siti , paksu..ticer2,kawan2 saudara mara...Ayrahasya semakin pulih.

15.8.2019 DISCHARGED..
Alhamdulillah..daa da selera makan..tapi masih continue antiobitik dirumah ..itu cukup buat adik tenang dari fobia suasana hospital. adik akan bergaduh dgn umi baba bila time bagi ubat...pandai adik lariii then nangis.tu yg buat umi nangis sedih..Maaf kan umi adik.  Kadangkala tak cukup kuat.

18.8.2019@ Sunday, HASYA TURN 2. 
Small celebration for hasya birthday. Umi cooked bubur merah putih, nasi arab,
nenek belikan special little cake....hasya excited sangat dia potong cake... 
Ya Allah kami doakan Nur Ayra Hasya sentiasa dalam lindunganMU ya Allah. ..
panjangkan usianya..berikan kesihatan yang baik..hilangkan segala sakit nya....
kuatkan semangatnya..kurniakan rezeki yang bertambah2..fasihkan lidah membaca ayat suci 
Al-Quran, terangilah hati nya..kuat kan ingatan dalam menuntu ilmu...luaskan ilmu pengetahuan nya dengan ilmu pengetahuan yang luas untuk jadi mukmin sejati ....jadi anak solehah..
saudara yang baik untuk semua.  Sesungguhnya pada MU tempat kami memohon....
perkenankanlah doa kami ya Allah. Aamin .
Hasya,,walau masih kecil..umi selalu doa kamu kuat dan berani untuk hidup ini....
umi dan baba selalu ada untuk kamu selagi masih bernyawa....
Ya..perjalanan kamu masih jauh...ingat pesan umi , jaga hubungan dengan Allah 
dan sesama manusia. InshaALLAH hidup akan sentiasa diberkati. 

26.8.2019 FOLLOW UP and X-TRAY. 
Alhamdulillah result xtray  ada sikit saje kuman tu .....
doktor kata itu tanda baik..yang Adik akan pulih sepenuhnya.
Semua ubat doctor stop kan..Just continue aspira utk kuat kan paru2. Sabar laa ya sikit aje lagii ..
Harini adik hasya jab Prevenar. Harini kakak hana pun jab Prevenar.
Mudahan Allah beri kesihatan yang bertambah2 dan imum adik tambah kuat


Next appointment 6.9.2019. Mudahan segala dipermudahkan oleh Allah.
Sesungguhnya Allah yang maha menyembuhkan..


#Allah maha menyembuh
#permudahkanlah urusan kami yaALLAH
#berikan kesihatan pada NurAyraHasya dan NurArissa Hana ya ALLAH
#Thankyou Allah


'Saat Diri Diuji'


LA TAHZAN. ALLAH ADA.
'Saat Diri Diuji' bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Islam Itu Indah
Kepedihan dan kesedihan yang datang bersama dalam ujian yang kita hadapi sematkanlah dalam hati dan bersangka baik kepada Allah SWT.
Sekiranya kita belum nampak kebaikan yang Allah SWT berikan melalui takdir ujian itu menunjukkan ilmu pengetahuan kita tidak mampu mengukur dan menjangka ilmu Allah SWT yang Maha Luas.
Pujuk hati untuk menerima takdir walaupun mungkin mengambil masa untuk kita melihat kebaikan di sebalik kepahitan, kepedihan dan kesakitan yang diberikan Allah SWT.
Kegagalan, kerugian, kesakitan, perpisahan dan kematian mempunyai kebaikan jika semua itu datang daripada Allah SWT. Hikmah yang berlaku itu mungkin kita tidak dapat melihat disebabkan oleh mata hati kita yang buta.
Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan.
Oleh yang demikian, Pahrol terus mengingatkan bahawa bersangka baik dan ingatlah kepada Allah SWT kerana kaedah itu akan menjamin kebaikan hidup. Hal ini dapat kita lihat menerusi firman Allah di dalam hadis qudsi di mana sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: "Aku (Allah) adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku".
Perkara ini dapat kita lihat menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 286, yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya".
Didik dekat kepada Ilahi
Ujian adalah didikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha pencipta. Sekiranya kita sentiasa rasa selamat dan selesa dengan tahap iman yang sedia ada, sedangkan diri kita belum berada di tempat yang betul di sisi Allah SWT, maka sebab itulah Allah SWT menurunkan ujian untuk memperbetulkan keadaan diri kita.
Hal ini termasuklah ketika diri diuji, Allah SWT mahu kita menggunakan sepenuh kekuatan yang ada dalam diri disamping melaksanakan kaedah yang terbaik dengan memantapkan ibadah solat dan berdoa.
Oleh itu, setiap ujian juga membawa pengajaran supaya menjadi lebih soleh serta dapat meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT.
Ambillah manfaat ujian yang diberikan oleh Allah SWT itu dengan bersangka baik kepada-Nya dan pelajarilah hikmah daripada ujian tersebut supaya kita dapat menjadi sebaik-baik hamba.

#akumanusiabiasa
#akuhambaMU


#Allah maha menyembuh
#permudahkanlah urusan kami yaALLAH
#sembuhkanlah NurAyraHasya ya ALLAH

Tuesday, 13 August 2019

wish you SPEEDY RECOVERY duhai anak. (part1)

“ya ALLAH, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah,Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan keculai kesembuhan-MU,yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun (HR. Bukhari dan Muslim).”Umi mohon maaf pada anak umi ayrahasya yang sedang melawan kuman jangkitan di paru-paru..kalau lah mana mana pihak sedari dan pantau dari awal..tak adalah anak umi kena cucuk sana sini..Bermula dari 2hb/ July/2019 anak umi demam dan batuk..kami cutikan dari ke taska hawary,.baba dan umi bawa hasya ke klinik..baru seminggu baik..hasya masih batuk dan demam masih on off



masih pergi klinik continue ubat batuk + demam , dan kena bagi antibiotik


19hb Julai 2019 - ke HSA anak demam /nafas laju : Dibekal  ubat pantau sendiri
                               
28hb Julai 2019 - ke klinik kesihatan Taman U –result darah ‘berkuman’
 
29hb Julai 2019 - ke Klinik Siti Fatimah Tmn U – Demam semula dan nafas laju 
                               (Di beri nebulizer + di arah ke hospital)
 
29hb Julai 2019 - 11pm, Emergency Hospital Sultanah Aminah/ Demam kuat /Nafas laju
30hb Julai 2019 – 2:00AM warded Hopital Sultanah Aminah
31hb Julai 2019 – 5:00PM dibenarkan pulang dari Hopital Sultanah Aminah : Teruskan
                               antiobiotik
 
02hb Ogos 2019 – 9:00PM ke Klinik Siti Fatimah Tmn U – di arah ke hospital berdekatan
                               Kerana demam kuat/mengigil/nafas laju
02hb Ogos 2019 – Warded di Hospital Kempas  hingga sekarang didapati jangkitan kuman 
                               di paru2  /batuk/ demam on off , masih dalam rawatan doktor dan 
                               tunggu arahan kebenaran pulang

Hari2 yang kita lalui di dihospital sungguhmemerlukan kekuatan, kesabaran fizikal dan mental.Apatah lagi adik yg dicucuk kiri kanan utkdrip air..antibiotik  ..Tidur adik diganggu untuk jadual ubat..Adik juga di xtray .Pelabagai rawatan ini kita lalui demi kesihatan adik...bersabarlah duhai hati..bersabarlah duhai adik..kuat kan semangat mu..kita lawanlah sakit ini sama2.

#Allah maha menyembuh
#permudahkanlah urusan kami yaALLAH
#sembuhkanlah NurAyraHasya ya ALLAH

Sholawat tibbil qulub untuk orang sakit

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...