Followers

Tuesday, 26 March 2019

tanya hati tengok poket.

cuti sekolah 2019
24/3/2019 - 29/3/2019

princess hana request untuk balik kg. rumah nekwan.. dan nak pi tengok wayang

princess hasya belum pandai buat order.

memandang si vious asyik buat hal acaner tuu?
adakah nak sewa tiap kali ada hal untuk kegunaan keluarga ?
atau nak beli baru baru?
atau nak beli 2nd car?
atau beli kete terpakai/ secondhand?
semua nya dalam pertimbangan...

tanya hati tengok poket...
sebab yang membayar ni bukan  ada pocket doraemon.

huahuaaaaaahuaa

Cukupkah bekalan - muhasabah diri


Selasa 26hb March 2019 bersamaan 19 REJAB 1440

Aku mula mendisplinkan diri untuk menghafal surah Al-kahfi. InshaAllah
nak hafal secepat yang mungkin .
Alhamdulillah dalam masa 1 hari aku dapat hafal 4 ayat...
Semangat sungguh  ni kerana puteri ku Hana berumur 5 tahun
sudah menghafal 10 ayat dari surah tersebut berkat pembelajarannya
di sekolah APC al-bahgdadi. Dengan kekurangan ini ..
Malu aku dengan Allah, dgn diri sendiri dan juga  malu nya aku
dengan anak sendiri sebab dah tua pun masih belum hafal hafal lagi.

Betul laa manusia itu lalai degan kesibukan dunia mereka sendiri..aku akui itu berlaku
pada diri ku. Entah apa yang aku sibukkan seharian. Tanggungjawab sebagai isteri...anak
...ibu...menantu... atau sibuk bekerja bukan alasannya.

Teringat tentang post sendiri di blog ni pada 8.Oct.2012
berkenaan surah asy-syam..tetiba rasa kerdil nya diri ini sebagai hamba.
cepat sungguh masa berlalu ...CUKUPKAH BEKALAN untuk saham akhirat?
muhasabah diri.

Surah Asy-syam Ayat 1-10
Ayat 1)  Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Ayat 2)  Demi bulan apabila ia mengiringi,
Ayat 3)  Demi siang hari apabila menampakkan dirinya,
Ayat 4)  Demi malam apabila ia menutupi,
Ayat 5)  Demi langit beserta seluruh binaannya,
Ayat 6)  Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Ayat 7)  Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,
Ayat 8)  Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Ayat 9)  Beruntung bagi yang mensucikan-Nya,
Ayat 10)Merugi bagi yang mengotori-Nya.


Image result for surah as -syam ayat 1-10



Monday, 25 March 2019

KLINIK & DR

Pakar kanak2 kanak dan Kempas medical kempas centre adalah  pusatan rawaran untuk kedua puteri kami sejak kami berpindah sekiranya anak sakit waktu malam or sakit yang memerlukan rawatan segera, Yang penting anak cepat recovery. If tak urgent kami refer Hospital berdekatan. 

Memang sejak anak dalam perut, saya lebih suka  pergi klinik 1st favorite kami. Klinik siti fatimah di tmn Universiti., memandang kan kebelakangan ini anak anak sakit dalam keadaan emergency so tak bole la ke tmn u..terpaksa kami pergi yg dekat.. seperti klinik Pakar kanak2 yang mana berdekatan dgn tempat tinggal kami. Sudah 2-3 kali juga pergi...walaupun layanan tiptop..doktor pun baik... anak tak serasi degan ubatnya...at the end pi pakar kempas juga.

Sekiranya masa dan jadual klinik siti fatimah kena dengan waktu kami untuk pergi mmg  kami tetap pergi kesana walaupun jauh. Dr Siti Fatimah, freindy /bermula dgn kalimah Bismillah setiap kali sentuh nak kita.Dia pun soft spoken / check pun details /jelas beri kefahaman pada parent...
So mmg kena tunggu lama setiap kali nak dapat rawatan dari nya.Anak anak pula tunggu2 doktor  beri sepacket vitamin dan ciuman setiap kali di beri rawatan( terharu setiap kali Dr cium anak kita)
..Dengan izin Allah anak2 serasi dgn ubat dia. Alhamdulillah...

itu aje klinik pilihan buat masa nii.. 

#KITA USAHA
#YANG MAHA MNEYEMBUH ITU ALLAH

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...