Followers

Thursday, 14 December 2017

Welcome to the world baby Ayra


Allahum’ma yassir wala tuasir rabbi tammin bilqhoir..
Allahum’ma inni as’aluka rizqan toiban wa’ilman nafian wa’amalan wataqobalan
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihani.

Syukur sihat walafiat setelah selesai  berpantang melahirkan anak kedua ini.
Alhamdulillah pada 18.8.2017 aku selamat melahirkan anak secara operation
Atau kata erti lain czer...walau takut nervous rasa nak mati waktu masuk bilik OT 
segalanya aku serah pada Allah
‘Allah maha besar dialah sebaik-baik perancang, apa aje yang dia bagi itu adalah baik utk hambanya’

2hari sebelum tuu ooo riuh penuh kerisauan dikalangan keluarga menanya  kenapa czer..
Seawalnya kandungan 5bulan aku da dimaklumkan bahawa uri aku kedudukannya dibawah,
besar kmungkinan akan czer kiranya menutupi jalan turun bayi untuk kelahiran normal.

Tidak mahu terlalu memikirkan aku berharap uri itu naik mengikut kitarannya.
Ya cukup 7bulan uri cuma naik bahagian tepi.. klu scan uri berkenaan macam
berada belakang badan bayi... bayi masih dalam keadaan songsang (kepala baby diatas).
Walau bagaimanapun menurut doctor bayi akan berpusing  dlm keadaan normal

Pada usia kandungan ku 37minggu  pada 16.8.17 waktu chekup,
doctor mengesahkan  dalam kandungan masih
Songsang (kepala diatas) dan mendapati air ketuban kurang hanya kiraan 6 sahaja.
Kata doktor ini bahaya pada nyawa bayi kerana bayi akan kekurangan oksigen

Oleh sebab itu aku diminta segera ke bahagian kecemasan..
aku warded and diarahkan berpuasa pada 17.8.17 untuk czer  segera

Demi kelahiran zuriat kami ..aku redha aku serahkan segalanya pada Allah,
8:30am@18.8.17 masuk OT...9:23am bayi selamat dikeluarkan secara czer.
Alhamdulillah saya dan anak selamat. Terima kasih Allah.
Terima kasih pada suami ..dan ahli keluarga yg mendoakan saya.

rupanya tak sakit melahirkan secara czer kerana kita di bius ..namun
keadaan bilik OT tu yang buat kita seram sejuk,,,rasa hujung nyawa jer..
setelah 6jam barulah rasa sakit sangat pada luka itu....berpantang baik2
jaga makan..jaga luka..pastikan luka dlm keaadaan kering dan bersih
cukup 3minggu luka pulih....yg bestnya boleh duduk bersila sebaik saja
melahirkan..kena kerap gerak (jalan perlahan) untuk elak darah beku.

kami dibenarkan pulang rumah setelah package 5hari 4malam i HSA.
dibekal injection (utk elak darah beku) utk cucuk peha kiri kanan 1 hari 2 kali,,,
jadi dokor diri sendiri laa gamaknya... apapun hilang semua sakit tengok anugerah ALLAH ni.
welcome to the world baby AYRA



#loveAllah
#syukurpadaAllah
#indahnyakebahagiaanini

No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...