Followers

Monday, 19 June 2017

IHTIFAL APC Mutiara Rini - Hana 4Y dan Surah Al-Insyirah


respect your teacher & elders..

be encourage..
be kind to everyone
and you will be fine

Majlis IHTIFAL  , hana buat persembahan bacaan surah  AL- Aadiyat dan nyayian lagu 
''iman adalah mutiara''..so proud of you..good job.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا Demi kuda perang yang berlari kencang dengan termengah-mengah,
  2. فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya),
  3. فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi,
  4. فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا maka ia menerbangkan debu,
  5. فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,
  6. إِنَّ الإنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya,
  7. وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya,
  8. وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ dan sesungguhnya dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta.
  9. أَفَلا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,
  10. وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada,
  11. إِنَّ رَبَّهُمْ بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَخَبِيرٌ sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.


ALHAMDULILLAH. hana dah hafal surah ini ...

dan yang terbaru dah hafal juga surah insyirah ..

umi dah pesan hana, setiap kali sebelum masuk sekolah hana baca surah insyirah ni..

hana bole amalkan sentiasa pada setiap apa yg buat hana risau tu ok.


Tahukah anda di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.


Sekiranya anda mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan.
Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.


Terjemahan Surah Al-Insyirah:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...