Followers

Wednesday, 24 August 2016

who your Secret Keeper



Dalam 3-4tahun ini  terlalu banyak perkara pahit yang dilalui ...dalam sedar pahit manis itu di tempuhi dengan kekuatan yang Allah berikan.  Kekuatan yang diiringi kesabaran pastinya beroleh kebahagian.

Walau bagaimana sukar sekalipun ku pastikan hari  hari yang ku lalui bersama sijelita kecil ku Hana adalah hari hari terindahnya... si kecil ini mampu membuat aku kuat dan gembira  melupakan setiap permasalahan yang ada...tiap keletah nya buat aku bahagia ...rindunya bila tiap kali keluar bekerja.
walau aku tidak mampu becerita namun sentuhan nya dan pertanyaan ''ummi are you ok?''
aku akan balas ''ok anyang'' then she said ''bukan anyang ..sayang'' itu sudah cukup buat aku tersenyum....walau baru 3tahun dia cukup memahami riak air muka ini. Alhamdulillah.

Becerita pasal rahsia...aku tidak mudah percaya pada sesiapa sekarang ini, jika sebelum ini ya.
namun kini aku bagai hilang kepercayaan...tiada lagi bahu seorang kawan untuk aku letakkan kepala ku tika berkongsi tangis. Apapun perkara yang berlalu jadikan iktibar agar tidak mudah percaya.

Kesimpulannya jika kita sudah hilang kepercayaan sesama manusia jadikanlah  Allah swt your secret keeper. Sudah tentunya setiap rahsia itu tersimpan kekal dengan NYA. Bukan kah Allah itu maha mendengar..DIA maha pengasih lagi maha penyayang. Maha mengetahui tiap sesuatu sedang kamu tidak mengetahui.

Sewajarnya kepada Allah lah kita beserah diri .


#syukurselalu
#manisnyakebahagianini
#imasatria@blogspot.com




Wednesday, 17 August 2016

Syukur + Positive mind

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kini dan janganlah membandingkan
rezeki kita dengan orang lain kerana rezeki, jodoh, maut itu semuanya rahsia Allah

Berfikiran positiflah selalu,
Basahilah lisan dengan zikrullah

Semoga hari hari yang kita lalui menjadikan kita insan yang cemerlang
Hebatnya seorang itu apabila dia sentiasa mendoakan dan membantu orang lain
tanpa berkira


#Thank you Allah
#Syukur selalu
#manisnya kebahagian ini

Thursday, 11 August 2016

hanya padaMU

Bismillahirahmanirahim
Ya Allah
Dalam DOA....
Dalam tiap rintihan
Aku mengadu hanya padaMU
Dalam kelemahan aku mencari kekuatan
Dalam setiap sujudku padaMU
Aku Mohon akan umur...rezki..kekuatan
Kesihatan yaAllah...
Jadikan kami org yg berserah diri padaMU.
Kasihani kami...lindungilah kami
Kami ingin disenangi dan disayangi.
Aaminn. ThankyouAllah.


#syukurselalu
#inshaAllah

rumahku syurgaku

Ya Allah permudahkan segala urusan ku memiliki rumah. Aaamin.

eeh umur dah 39tahun, rumah sendiri belum mampu ku miliki,  
ohh…perlukan aku merungut, usaha..ikhtiar…doa sudah aku buat
bila dah hampir 40an …ooohh terlalu lewat usia untuk membeli rumah…..
yaa memang perlu miliki rumah….namun mahalnya rumah sekrang ini
kelewatan memiliki rumah ini semua kerana nama blacklist sebab ditipu kawan.
baru ajer selesai kes nama ini itu pun bayar installment dengan bank
yalaaa siapa yang nak tolong kalau bukan diri kita sendiri.
maafkan Umi, harap lepas ni dapat rumah..kesian anak cucu aku
oooh harapku setinggi gunung…mengapai langit …harap sangat usaha aku berjaya...berjaya
memiliki rumah terlaksana dngan izin Allah.


#syukurselalu
#inshaAllah
#thankyouAllah

Wednesday, 10 August 2016

Zikir Taubat

Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha) 

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X

Wednesday, 3 August 2016

Non stop SYUKUR

29 Syawal 1437H  besamaan 3 August 2016 - SALAM KEMAAFAN ZAHIR BATIN

Alhamdulillah kita telah melepasi sebulan ramadan dan hari ini adalah Syawal yang
terkahir 1437H

Dengan keberkatan kedua-dua bulan ini kita melahirkan kesyukuran kepada ALLAH swt
kerana kita sama2 berjaya melepasinya..

Moga dipertemuakan lagi kita dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun tahun yang akan
datang. In sha Allah.

#ummi sayang hana till jannah
#Syukur Selalu
#indahnya kebahagian ini
#imasatria@blogspot.com



Perkahwinan satu Tanggungjawab

Saat si ayah berkata:
''Adalah saya , wali kepada pengantin perempuan, dari saat ini menyerahkan
Tanggungjawab nafkah, pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang , cinta, pengorbanan
Dan perjuangan , serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah
Semoga diberkati ALLAH swt keatas kamu dan orang dibawah tangunganmu kamu dengan
Zuriat keturunanmu.''.

Maka saat itu, pasti sebaknya hati dari insan yang selama ini menjagamu,
memeliharamu, memdidikmu dan menyayangimu....
Can you imagine that?? (aku tak merasa pengalaman ini kerana ayah dah meninggal...
Namun mmg nampak emak , my sibling and abg sulong yg jadi wali ketika itu
 nampak sebak melepaskan aku..)

Hi Lelaki,
Penyerahan tanggungjawab bkn bermaksud ‘kau bebas’ bermain dgn nafsu semata
Walaupun sidia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah  kau sedia cari makanan
Saat dia lapar, kau sedia cari ubat saat dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit,
Kau sedia memujuk saat dia merajuk,, kau sediakan pinjamkan bahu saat dia menangis, kau
Sedia masak, basuh kain,kemas rumah,..dan lain lain saat dia dalam pantang bersalin, membantu 
saat dia perlukan khidmat pertolongan mu, sentiasa bersama saat susah senang,
Kau sedia menahan lapar saat sidia perluan wang untuk keperluan zuriatmu, kau sedia
memberi pertolongan saat sidia mengandungkan zuriat mu 9 bulan, kau sentiasa memastikan\
Keselamatan sidia..kau sedia membimbingnya  dengan ilmu2 dunia & akhirat, 
kau menegur mana yang salah dan sama2 berubah apa yang perlu demi kebaikan bersama.

Pendek kata kau sedia untuk jadi sahabat murabbi...kekasi selamanya buat si-dia
Apa guna jadi ketua keluarga jika tidak mengunakan akal fikiran

Kerana dia anugerah ALLAH kepadamu..saat kau memilih dia sebagai permatamu.
Knp perlu ‘berhenti’ walhal sudah bermula?..bukankah yang bermula perlu diakhiri?
Ya pastinya berusaha dan berdoa bersama agar keihklasan kalian daalm 
ikatan itu diakhiri dengan syurga dan redha Allah.

Perempuan,
Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidupmu?
Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung?..Sakit melahirkan zuriat?
Berpantang?..Menyusukan  tanpa mengeluh.  

Lelaki/Perempuan
Tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa...jika guna kan alasan kahwin awal untuk
Pelihara maruah...bagaimana kamu yakin akan jaga maruah selepas nikah?
Jangan mulut manis sebelum kahwin, sesudah kahwin tiada toleransi..
Tiada perasaan belas...tidak mahu berbincang muafakat dalam permasalahan,
Usah pentingkan diri sendiri, terlalu ego , berkuasa sendiri. 
Begitu pentingnya komunikasi, saling memahami..menerima, memaafi,
Oleh sebab itu ....untuk kahwin perlu ilmu, Biarlah kita cerdik rumah tangga.
Apapun memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Jika tiada kerjasama keduanya
perlu gunakan orang ketiga (spt org pejabat agama cthnya)

#indahnya kebahagian itu
#imasattia@blogspot.com

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...