Followers

Thursday, 25 February 2016

Bone broth

Kebaikan Bone Broth

Sup tulang atau bone broth atau sup ayam dijadikan sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan daripada sumber protein i.e ayam).
Konsep utamanya adalah lawan virus kena lawan dengan protein. Virus “hirup” protein dari badan anak jadi dia kena makan high protein food. Masalahnya bila tiada selera dan badan tidak boleh ambil makanan banyak, jadi protein paling banyak dalam bentuk cecair adalah sup tulang atau bone broth.
Anak hirup sup sahaja pun cukup sebab semua sudah meresap dalam stock itu. Boleh beri jus juga pada anak jika dia mahu contohnya jus guava, oren dan lain-lain.
Dengan bone broth akan menambahkan protein segera dalam tubuh anak untuk melawan virus. Sekarangkan musim viral, rata-rata ramai yang sakit.
Selain itu, bone broth punyai banyak khasiat dan kebaikan seperti jadual berikut.
Kebaikan bones broth
Kebaikan bones broth

Resepi Mudah Bone Broth

Asasnya anda perlu ada:
  • Tulang (apa-apa jenis tulang i.e tulang lembu, ayam, atau ikan)
  • Cuka (boleh juga guna lemon, asam keping)
Fungsi cuka adalah untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Anda boleh guna slow cooker atau pressure cooker. Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mee, asas kari dan lain lain. Masak dalam slow cooker selama minima 6 jam. Biasa saya buat semalaman, memang sedap.
Bahan lain anda boleh letak: carrot, celery.
Anda boleh freeze je bone broth ini, letak dalam kiub-kiub kecil. Bila hendak guna, ambil saja dan tambah dalam masakan.
Ok itu asasnya. Lain-lain bahan adalah untuk beri sedap sahaja. Anda boleh letak sahaja kedua-dua asas ini, bila nak masak masukkan bersama-sama bahan lain.
Mudah kan. Sedap pun tau, kita orang tua pun makan sama bertambah-tambah.


No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...