Followers

Thursday, 25 February 2016

Bone broth

Kebaikan Bone Broth

Sup tulang atau bone broth atau sup ayam dijadikan sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan daripada sumber protein i.e ayam).
Konsep utamanya adalah lawan virus kena lawan dengan protein. Virus “hirup” protein dari badan anak jadi dia kena makan high protein food. Masalahnya bila tiada selera dan badan tidak boleh ambil makanan banyak, jadi protein paling banyak dalam bentuk cecair adalah sup tulang atau bone broth.
Anak hirup sup sahaja pun cukup sebab semua sudah meresap dalam stock itu. Boleh beri jus juga pada anak jika dia mahu contohnya jus guava, oren dan lain-lain.
Dengan bone broth akan menambahkan protein segera dalam tubuh anak untuk melawan virus. Sekarangkan musim viral, rata-rata ramai yang sakit.
Selain itu, bone broth punyai banyak khasiat dan kebaikan seperti jadual berikut.
Kebaikan bones broth
Kebaikan bones broth

Resepi Mudah Bone Broth

Asasnya anda perlu ada:
  • Tulang (apa-apa jenis tulang i.e tulang lembu, ayam, atau ikan)
  • Cuka (boleh juga guna lemon, asam keping)
Fungsi cuka adalah untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Anda boleh guna slow cooker atau pressure cooker. Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mee, asas kari dan lain lain. Masak dalam slow cooker selama minima 6 jam. Biasa saya buat semalaman, memang sedap.
Bahan lain anda boleh letak: carrot, celery.
Anda boleh freeze je bone broth ini, letak dalam kiub-kiub kecil. Bila hendak guna, ambil saja dan tambah dalam masakan.
Ok itu asasnya. Lain-lain bahan adalah untuk beri sedap sahaja. Anda boleh letak sahaja kedua-dua asas ini, bila nak masak masukkan bersama-sama bahan lain.
Mudah kan. Sedap pun tau, kita orang tua pun makan sama bertambah-tambah.


Monday, 22 February 2016

Asmaul- Husna


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.
Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah, dan juga disebut Ismu Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.
Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.
.
.
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:
1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/  Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51.  Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung  / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan  / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan  / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan  / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya  / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.



copypaste#shafiqqolbu

.

Thursday, 11 February 2016

Selamat tahun baru cina.
Tahun ni CNY best sangat...bkn sebab dapat limau..angpau or hamper tapi sebab cuti panjang sangat,
Company cuti dari 6 - 11/2/16 yeeyaa Ya inilah yg paling best sebab eden punya cuti tahun kan dah abis.
Masa seminggu diperuntukkan untuk anak kesayangan den Arissa Hana. Almaklumlah kami berdua kan dah seminggu xbpa lena tido dek kerana tak berapa sihat.

so on that day early morning once my daughter wake up...she said ''ummi  tak work, ummi off.....hana off''
iulah jer laa dia cakap sambil golek golek...chewahhh suka laa tu ummi tak keje..actually ummi pun banyak syok lahh tak pergi kerja tak mengadap muka nyoya yg suka buli ummi tu.

hari ini plan pi jalan2 makan2...cuci mata...
eehh ada orang nak joined , sapa yaa? sapa lagi klu tak makngah satu family dia.
lagi ramai ...lagi syok...pada yang bekerja selamat bekerja yaa.


#manisnya kebahagiaan itu
mia2ima.blogspot.my

Friday, 5 February 2016

Be kind be nice = Beautiful heart



..be someone recognized for having a beautiful heart. ,so when your leave, that memory of you lingers..
..be good..be good and always be good takan rugi  jadi orang baik ..Allah love you.

ingat tu hana sayang...you my everything..please be good always.

Na na na na ...
You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love, when I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep with in I'm in love
You're my everything and nothing
Really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything..Forever and the day
I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear..For I am near
You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I'll swim within oceans sweet and warm
There's no storm my love
You're my everything and nothing
Really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything. Forever and the day
I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear..For I am near
when I hold you tight
there's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
Yes, so strong my love
when I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep with in I'm in love
NaNaNaNaNaNa............
(sing :by santaemeralda)

MENGENAL ALLAH & MENCINTAINNYA.

Kenapa kita Muslim?
Sebab Allah sayang sangat kat kita dan nak jumpa kita kita kat Syurga.
Tapi Allah nak tengok juga usaha kita...betul ke tidak kita nak ke Syurga.

....nikmat Islam ini anatara nikmat yang terbesar yang Allah berika untuk kita,
dan apa nikmat yang besar??

MENGENAL ALLAH & MENCINTAINNYA.

nak tenang, Solatlah
nak kaya, Sedekahlah
nak nangis, Sujudlah
nak Syurga, Beribadatlah.

#indahnya kebahagian itu
mia2im.blogspot.my

Servant to Allah

...kerana selayaknya bahagia itu kita mohon mengikut apa yang
Tuhan tahu terbaik bukan apa yang kita sangka terindah.

...kerana boleh jadi sangkaan kita salah, sedangkan
ketentuan  Tuhan adalah benar.

....kerana boleh jadi bahagia yang kita mahu adalah berbeza
daripada bahagia yang Tuhan mengetahui.

dan yang paling penting ...hati kita memilih redha.
''Allah knows what 's best for you, and He also knows
 when it's best for your to have it.''

manisnya kebahgian itu
mia2im.blogpot.my 

Petua Hilangkan Batuk anak


Sekarang ni eden mengubati batuk anak dengan cara tradisional.
Jika dulu diusia dia bawah 1 tahun xbuat  sbb anak elergic panas bawang tuh
so lebih pada rawatan neb jer..ya laa anak kecil bawah 2y tak digalakkan
makan ubat batuk ni..boleh tingtong jadinya. 



Jadi bila anak dah 2.5y ni da pandai ludah batuk dia senang sikit nak rawat
 tanpa pi amik neb tu lagii.




so eden macam biasa asal anak batuk mesti pi sangan bawang putih selabu …
api sederhana kecil..jangan bossar bona.



Sangan tanpa minyaK sampai kulit nya tu hitam dan isinya
jika di tekan agak lembut boleh la tutup api




Dipercayai bawang putih mengandungi antiinfalmasi dan antivirus
 yg membantu merawat batuk, selsema dan asma










*Sediakan sedikit minya zaitun dalam mangkuk dan letak beberapa
 ulas bawang tadi dan penyekkan (buang kulit rentung tu dulu)  


1)Boleh lah kita sapu nipis pada belakang anak dan tapak kaki dia.






2)Boleh dgn cara buat ''Garlic sock '' caranya tumbuk separuh hancur
 letakkan pada tapak kaki anak.




pakai kedua kaki anak stokin berlubang, kmudian bawang putik
 ditelapak kaki stokin blubang tadi  dan pakai selapis lagi stokin, pakai semalaman.


#manisnya kebahagian itu

Monday, 1 February 2016

DEMAM ANAK ON-OFF


Sapo tak ponin wehh kalau anak domam? eden paling ponin..Hana demam 38.'c, pagi duk jelun kepala dia, lepas 15minit bagi ubat alhamdulillah. so ubat ni kena bagi selang 4 jam.
ada turun  panasnya..so eden  halfday duluan… coz month end closing punya hal..kalau tak memang confirmed 1 day leave..tp itu bos eden baik punya cilok masuk haflday pun muka dia hitam dari cover hp den ni...sobayolah kita cari makan.

Bila sampai office hati pun manyak tak syok terkenang si hana, so minta tolong baby sitter yang merangkap makngah dia bg ubat + pantau tahap panas nya..tak sabar nak balik..yg bagusnya dia boleh bermain itu mmg baik untuk dia bagi cepat berpeluh. Malam tido ok tapi ari ke-2 pukul 2pagi panas tahap gaban…eden jelun macam biasa jer sebab nak bagi obat belum time. Klu anak kecil demam, mmg mak budak kena la berjaga-jaga jangan nak tido ikut syok yaaa. ..so jelun jgn tak jelun satu badan anak tuu. esok2 baru makbudak boleh tido wokeyy.

Masuk ari ke-3 hana masih domam, kurang selera makan..tapi eden bagi apa jer yang hana teringin makan...bubur,..buah, air barli, yogurt..coklat janji dia nak makan.
Kul 3pagi panas hingga 39'c so eden jelun kepala dia..bagi ubat bontot lah pulak  coz budak pagi2 mana dia nak buka  mulut ..buka  mata apatah lguntuk makan ubat tp ubat bontot jarak utk repeat ubat 6 jam...bukan 4 jam macam paracetamol....eeehhh lepas masuk ubat boleh pulak minta bubur mcD. 
heee anak demand yaa ..padahal eden buat bubur lagi sedap hehe

Esoknya ari ke-4 demam masih ON-OFF so eden bawa cutie pie kesayangan den ni poie hospital for blood test..alhamdulillah result okey.nd still continue mandi 3kali sehari...mandi lemon ala ala  spa gitu..eden ni mmg dah lamo ngidam buka spa huhu. lepas mandi massage sikit badan si cumek kita ni...ini namaya terapi kesihatan yaa makcik.

Hari ke-5 Demam da kebah tapi batuk pulak masuk...adoooii kesian ini anak. So lega hati + berat kaki eden pun poie kojo macam biasa..eden just bekalkan caliph+madu untuk batuk hana...edem mmg elakkan ubat batuk utk kanak 2y ni coz tak bagus utk dia kan.


manisnya kebahagiaan itu
mia2ima.bolgspot.com 

u're my everything

Hii Youuu


You are the answer to my life’s questions

You are the destination of my life’s journeys

& also

You are the solution to my life’s problems 


Nur Arissa Hana




You're my everything
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep within, I'm in love
You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
For my everything
I live up on the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There's no storm, my love
You're my everything no nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to near
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you save and warm
Yet so strong, my love
When I kiss you lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within
I'm in love
#
manis nya kebahagian tu
mia2imasatria.blogsp
ot.com

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...