Followers

Thursday, 5 November 2015

majlis ilmu - 3 saat paling manis

Alhamdulillah dan Syukur kerana Allah telah berterusan mengurniakan nikmat dan rahmat serta hidayah dan taufik sehingga hati jadi lembut untuk kita hadir dalam majlis ilmu. Sesungguhnya bila Alllah mentaklif akan sesuatu keadaan atau perbuatan, ianya bukan secara kebetulan tetapi ianya mempunyai tujuan. Tiada yang kebetulan di sisi Allah. Bahkan apa yang ditentukan, ada tujuannya.
Tujuan Allah mengumpulkan kita dalam majlis ilmu adalah seperti yang ditegaskan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, diberi faham akan agamanya. Ilmu adalah cahaya, manakala kejahilan adalah kegelapan. Manusia tidak suka pada kegelapan kerana dalam gelap kita akan kehilangan arah, tak tahu halangan halangan. Dengan suluhan ilmu yang umpama cahaya, kita nampak arah, dorongan dan penghalang. Inilah ertinya Allah hendak selamatkan kita di dunia dan lebih penting di akhirat kerana ilmu adalah jalan untuk menuju iman.
Satu dialog pernah berlaku antara Abu Dzar, sahabat Nabi dengan sahabat yang lain, bila ditanya saat paling manis dan indah ketika hidup di dunia. Kalau kita ditanya pasti jawapan kita ialah saat menerima ijazah atau saat perkahwinan atau saat menerima anak pertama dsb. Sebaliknya Abu Dzar menjawab, saat paling manis ada 3 iaitu sewaktu aku lapar, sewaktu aku sakit dan ketika aku berada di ambang sakaratul maut nanti. Kalau kita, tentu ketiga tiga ini sesuatu yang tidak kita sukai. Saat lapar, badan akan jadi lemah dan lesu, manakala saat sakaratul maut pula adalah saat sedih untuk berpisah dengan keluarga, untuk meninggalkan orang yang tersayang. 
Ketika ditanya kenapa, jawab Abu Dzar ketika lapar hati ku jadi lembut untuk mengingati Allah. Kedua ketika aku sakit, aku dapat pengampunan atas dosa ku kerana sakit adalah ujian dan kaffarah kepada dosa dosa ku. Orang yang hampir dengan Allah seperti Saidina Ali bila sentiasa sihat akan bertanya adakah Allah telah melupakan aku? Manakala ketika sakaratul maut, kerana saat itulah sudah semakin hampir untuk aku bertemu dengan kekasih ku Allah SWT dan kecintaanku, Nabi Muhammad SAW. Bagi golongan Muqarrabin, kematian bukan perpisahan, tapi adalah detik pertemuan yang dinantikan. Bukankah mati, adalah syarat untuk menemui cinta. Tak boleh bertemu Allah di alam dunia tapi hanya boleh bertemu Allah di alam syurga. Saat itulah yang dinantikan.

thanks who reading

manisnyakebahagianitu
mia2ima.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...