Alhamdulillah
dan Syukur kerana Allah telah berterusan mengurniakan nikmat dan rahmat
serta hidayah dan taufik sehingga hati jadi lembut untuk kita hadir
dalam majlis ilmu. Sesungguhnya bila Alllah mentaklif akan sesuatu
keadaan atau perbuatan, ianya bukan secara kebetulan tetapi ianya
mempunyai tujuan. Tiada yang kebetulan di sisi Allah. Bahkan apa yang
ditentukan, ada tujuannya.
Tujuan Allah mengumpulkan kita dalam majlis
ilmu adalah seperti yang ditegaskan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu
barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, diberi faham akan
agamanya. Ilmu adalah cahaya, manakala kejahilan adalah kegelapan.
Manusia tidak suka pada kegelapan kerana dalam gelap kita akan
kehilangan arah, tak tahu halangan halangan. Dengan suluhan ilmu yang
umpama cahaya, kita nampak arah, dorongan dan penghalang. Inilah ertinya
Allah hendak selamatkan kita di dunia dan lebih penting di akhirat
kerana ilmu adalah jalan untuk menuju iman.
Satu
dialog pernah berlaku antara Abu Dzar, sahabat Nabi dengan sahabat yang
lain, bila ditanya saat paling manis dan indah ketika hidup di dunia.
Kalau kita ditanya pasti jawapan kita ialah saat menerima ijazah atau
saat perkahwinan atau saat menerima anak pertama dsb. Sebaliknya Abu
Dzar menjawab, saat paling manis ada 3 iaitu sewaktu aku lapar, sewaktu
aku sakit dan ketika aku berada di ambang sakaratul maut nanti. Kalau
kita, tentu ketiga tiga ini sesuatu yang tidak kita sukai. Saat lapar,
badan akan jadi lemah dan lesu, manakala saat sakaratul maut pula adalah
saat sedih untuk berpisah dengan keluarga, untuk meninggalkan orang
yang tersayang.
Ketika
ditanya kenapa, jawab Abu Dzar ketika lapar hati ku jadi lembut untuk
mengingati Allah. Kedua ketika aku sakit, aku dapat pengampunan atas
dosa ku kerana sakit adalah ujian dan kaffarah kepada dosa dosa ku.
Orang yang hampir dengan Allah seperti Saidina Ali bila sentiasa sihat
akan bertanya adakah Allah telah melupakan aku? Manakala ketika
sakaratul maut, kerana saat itulah sudah semakin hampir untuk aku
bertemu dengan kekasih ku Allah SWT dan kecintaanku, Nabi Muhammad SAW.
Bagi golongan Muqarrabin, kematian bukan perpisahan, tapi adalah detik
pertemuan yang dinantikan. Bukankah mati, adalah syarat untuk menemui
cinta. Tak boleh bertemu Allah di alam dunia tapi hanya boleh bertemu
Allah di alam syurga. Saat itulah yang dinantikan.
thanks who reading
manisnyakebahagianitu
mia2ima.blogspot.com