hari ini nak cerita pasal susu..Masa baby hana masuk usia 2 bulan ibu ada belikan susu formula ''ANNMUM'' tapi baby hana tak nak minum...mungkin rasa yg sangat berlemak ya?// then cik andak kata beli susu Snow kerana rasanya mcm susu ibu, lalu ummi beli susu ''SNOW'' ..baby hana suka tapi baby hana alergic la pulak..Mak Ngah kata kulit baby hana merah2, jadi kena tukar susu lagi..kali ni susu ''NAN'' pulak...baby hana ni tak memilih minum jek tiap kali tukar susu, stiap kali minum mesti baby hana boleh habis 2oz tapi masalah lain pulak baby hana sembelit...(susah buang air besar), Makngah kata mungkin susu ''BIOLAC'' (produk homoepati) sesuai jadi ibu pun beli..ya laah ibu risau tahap maximum sebab lagi seminggu nak naik kerja, takut baby hana tak cukup susu yang ibu pum. Bila bagi biolac baby hana hisap jek(baiknya anak ibu ni) tapi tu la sembelit datang lagi, kali ini makngah cuba campur dengan 'GROWELL'(makanan tambahan -beras melukut) pun sama juga sembelit. Pergi klinik siti fatimah dapatkan sampel susu..nurse tu bagi susu SOYA 'ISOMIL' baby minum tidak ada masalah buang najis pun bagus...so umi belikan tin susu ISOMIL supaya anak ummi tidak sembelit lagi, tapi ibu kesian anak ibu minum susu soya jek, dalam kepala fikir2 soya ni bagus ke untuk jangka masa panjang?...masuk rekomen dari doktor dah 6 jenis susu hana minum semuanya langsung tidak memuaskan naluri ibu ..demi kesihatan baby Hana habis jek susu isomil ibu nekad belikan baby hana susu kambing ''KARIHOME'' bagi susu tambahan Hana ,..lagipun susu kambing kan susu kegemaran Rasulullah. Alhamdulillah susu ke-7 ini sesuai..Hana minum tidak ada sebarang masalah, ibu masih pum susu ibu sebanyak yang mungkin untuk hana minum. Moga Allah memberi kesihatan kepada Hana untuk membesar dengan sihat..akal yang bijak/cerdik/berilmu..cantik, sopan santun dan diberi rezeki yang bertambah, kebaikan kbahagian didumia dan di akhirat.
*Ya Allah berkati rezeki yang kau berikan dan perbanyak susu badan ku agar anak ku merasa kenyang menikmati berkat dari-MU...panjangkan usia ku dan anakku..inshaallah aku ingin menyusukan anak ku dengan susu badan yang dianugerahkan oleh-MU hingga usia nya 2 tahun Ameen.**
********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerja baru
dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...
-
3.7.2017 Monday(9 Syawal 1438H) I`m 30 weeks and 6 days pregnant. I can't wait to meet my little baby of mine! The s...
-
29 Syawal 1437H besamaan 3 August 2016 - SALAM KEMAAFAN ZAHIR BATIN Alhamdulillah kita telah melepasi sebulan ramadan dan hari ini adalah...
-
Alhamdulillah...1.1.2017@Ahad bersamaan 2Rabiulakhir. Terima kasih Allah memanjangkan usia kami , memberi keluarga kecil kami nikmat keb...
No comments:
Post a Comment