apa????? baby menangis malam....tak makan pujuk...bagi susu masih menangis...apa jua zikir ibu baca..baby masih menangis...tanda2 sawan tangis. ibu MESTI rawat baby cepat,..
ibu sedih tengok baby macam ni..da sebulan usia baby...baby masih menangis sepanjang malam hingga kepagi...ibu menangis tiap baby menangis
ibu panggil baby Hana dengan harapan baby cepat sembuh dari menangis malam.
kata orang:
Bayi di bawah umur tiga bulan selalu menangis di waktu senja yang dikenali sebagai evening colio. Setelah berhenti dia akan menangis semula. Demikianlah halnya, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam menyebabkan ibu merasa gelisah dan letih yang amat sangat.
Sukar untuk membuktikan bahawa sawan tangis boleh terjadi akibat gangguan seperti yang dijelaskan.
Walaupun demikian, peristiwa-peristiwa yang dijelaskan oleh hadis berikut mungkin boleh dijadikan alasan atau pengajaran, bahawa gangguan seumpama itu memang pernah berlaku.
Hurairah r.a. berkata, bahawa Khalid bin al-Walid r.a. telah mengadu kepada Nabi SAW dan berkata: Ya Rasulullah, aku tidak dapat tidur malam kerana al-caraq. Nabi SAW berkata: Apabila engkau baring di atas tempat tidur bacalah: Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung di dalamnya, dan Tuhan pencipta syaitan dan apa juga yang tersesat kerananya. Jadikanlah daku terpelihara daripada kejahatan makhluk-Mu semua, daripada melampaui salah seorang daripada mereka mengalahkan daku dan berbuat alim. Muliakanlah pemeliharaan-Mu, maha besar pujian-Mu, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau.
Dalam hadis ini Rasulullah SAW mengajar Khalid bin al-Walid doa agar dia terlepas daripada sakit al-caraq (tidak boleh tidur malam). Doa yang diajarkan tersebut terkandung dalam terjemahan di atas. Setelah Khalid membacanya, beliau dapat tidur seperti biasa dengan kehendak Allah.
Tidak dapat tidur malam berpunca daripada sebab yang banyak; mungkin berpunca daripada runsing akibat masalah yang berpanjangan, masalah di tempat kerja dan lain-lain masalah, ataupun kerana terlalu gembira. Selain daripada itu, tidur lewat juga boleh menyebabkan seseorang itu sukar hendak tidur.
Sebab-sebab lain mungkin kerana gangguan makhluk-makhluk halus. Dalam doa yang diterjemahkan di atas disebut jelas tentang syaitan yang menyesatkan manusia. Untuk merawat bayi, ibu atau bapa boleh membacakan doa tersebut dan ditiup pada ubun-ubun bayi, atau pada air yang digunakan untuk mandi.
Di sebalik ketentuan tersebut. Sesuatu yang kamu tidak sukai itu mungkin lebih baik bagi kamu, tetapi kamu tidak tahu. Sebaliknya sesuatu yang kamu sukai itu mungkin buruk bagi kamu. Ketika itu kesabaran paling perlu. Allah SWT memberi ganjaran tanpa hisab bagi mereka yang bersabar.
********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com
No comments:
Post a Comment