Followers

Thursday, 25 July 2013

Tuesday, 23 July 2013

Kuasa Kasih Sayang

“Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan perbanyakanlah susu ku sepanjang aku bepuasa mudahkanlah aku menyusu anakku” ibu baru jer cuba minum ESP & alfafa tablet produk shaklee untuk support ibu dalam menyusukan hana...ibu sihat hana pun dapat khasiat nya. Ya la bulan ramadhan ni susu mcm cair ...Alhamduillah makan produk ni susu ibu pekat....mesti hana pun suka rasanya kan kan kan...


********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com

Sunday, 21 July 2013

Kembali Bekerja

18hb Julai 2013. Hari pertama bekerja lepas cuti panjang. smangat naik kerja lepas pantang...tapi hati sedih nak tinggalkan Arissa hana.' ibu pesan dengan baby hana...jangan menangis..baik2 tinggal dengan makngah...minum susu yang ibu bekal. nanti pukul 6pm ibu balik bagi nen ok. muuuaahs cium2 baby hana....rindunyer ibu nanti.



********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com

Tuesday, 16 July 2013

hepatatis 2nd injection

Hari 17hb julai 2013, Hana sayang kene g klinik tmn universiti injection lagi... Hana nangis kuat ...tahan sikit ya sayang...sampai aje rumah terus jer tidurn sakit ye....

Tinggal rumah mak ngah kejap ye.. ibu pergi collect Mykid card at JPN...hari ini Hana genap 2 bulan.


********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com

Monday, 8 July 2013

Usaha dan Ikhtiar

Ibu dan makngah bawa baby pergi berubat kat jalan perubatan 34...bibik sebelah tunjuk kan rumah nenek limah..lepas sembhyang terawih kita pergi..balik rumah pukul 1:30pm... ooooo betul baby ibu ni kene gangguan patutlah menangis tak boleh tidur. Allah ada melindungimu selalu.




********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com

ya HANA na

apa????? baby menangis malam....tak makan pujuk...bagi susu masih menangis...apa jua zikir ibu baca..baby masih menangis...tanda2 sawan tangis.
ibu MESTI rawat  baby cepat,..
ibu sedih tengok baby macam ni..da sebulan usia baby...baby masih menangis sepanjang malam hingga kepagi...ibu menangis tiap baby menangis
ibu panggil baby Hana dengan harapan baby cepat sembuh dari menangis malam.


kata orang:
Bayi di bawah umur tiga bulan selalu menangis di waktu senja yang dikenali sebagai evening colio. Setelah berhenti dia akan menangis semula. Demikianlah halnya, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam menyebabkan ibu merasa gelisah dan letih yang amat sangat.
Sukar untuk membuktikan bahawa sawan tangis boleh terjadi akibat gangguan seperti yang dijelaskan.
Walaupun demikian, peristiwa-peristiwa yang dijelaskan oleh hadis berikut mungkin boleh dijadikan alasan atau pengajaran, bahawa gangguan seumpama itu memang pernah berlaku.

Hurairah r.a. berkata, bahawa Khalid bin al-Walid r.a. telah mengadu kepada Nabi SAW dan berkata: Ya Rasulullah, aku tidak dapat tidur malam kerana al-caraq. Nabi SAW berkata: Apabila engkau baring di atas tempat tidur bacalah: Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung di dalamnya, dan Tuhan pencipta syaitan dan apa juga yang tersesat kerananya. Jadikanlah daku terpelihara daripada kejahatan makhluk-Mu semua, daripada melampaui salah seorang daripada mereka mengalahkan daku dan berbuat alim. Muliakanlah pemeliharaan-Mu, maha besar pujian-Mu, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau.
Dalam hadis ini Rasulullah SAW mengajar Khalid bin al-Walid doa agar dia terlepas daripada sakit al-caraq (tidak boleh tidur malam). Doa yang diajarkan tersebut terkandung dalam terjemahan di atas. Setelah Khalid membacanya, beliau dapat tidur seperti biasa dengan kehendak Allah.
Tidak dapat tidur malam berpunca daripada sebab yang banyak; mungkin berpunca daripada runsing akibat masalah yang berpanjangan, masalah di tempat kerja dan lain-lain masalah, ataupun kerana terlalu gembira. Selain daripada itu, tidur lewat juga boleh menyebabkan seseorang itu sukar hendak tidur.

Sebab-sebab lain mungkin kerana gangguan makhluk-makhluk halus. Dalam doa yang diterjemahkan di atas disebut jelas tentang syaitan yang menyesatkan manusia. Untuk merawat bayi, ibu atau bapa boleh membacakan doa tersebut dan ditiup pada ubun-ubun bayi, atau pada air yang digunakan untuk mandi.
Di sebalik ketentuan tersebut. Sesuatu yang kamu tidak sukai itu mungkin lebih baik bagi kamu, tetapi kamu tidak tahu. Sebaliknya sesuatu yang kamu sukai itu mungkin buruk bagi kamu. Ketika itu kesabaran paling perlu. Allah SWT memberi ganjaran tanpa hisab bagi mereka yang bersabar.

********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com

--AQIQAH untuk NUR ARISSA HANA

Sabtu, 6/july/2013 hari ke-49 kamu nak ....ummi buatkan AQIQAH..,  Majlis yang sederhana
dimulakan dengan yassin..tahlil..dan diakhiri degan marhaban..salawat keatas junjungan Nabi Muhammad sallaahualaihisalam, kami semua mendoakan kelahiran Nur Arissa Hana diberkati Allah,
kami doakan juga agar dilindungi senantiasa,  membesar dengan sihat...diberikan kebaikan...kejayaan didunia dan diakhirat.
AMEEN. yarabbilalamin


maaf ummi tidak bekesempatan rakamkan detik2 aqiqah...sibuk kendong kamu...BERSELAWAT.
 
********************
manis nya kebahagian itu
mia2ima.blogspot.com

Monday, 1 July 2013

I cannot stop kissing her

44 hari sudah berpantang...bermakna si little Arissa sudah 44 ari mengenali dunia. Sayang arissa sangat sangat. Alhamdulillah syukur pada  Allah .. .ya tuhanku .perbanyakkan la susu ku agar ia dapat merasa kenyang untuk terus membesar dalam rahmatMU. Jadikanlah anak ini anak yang solehah, anak yg bijak, baik hati, penyayang,cantik, baik akhlaknya sopan santun. Ameen ''Setiap nafas yg dihembus, setiap degupan jantung...ku selalu memikirkanmu..biarlah kehilangan semua didunia asal ada kamu''

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...