Followers

Wednesday, 22 May 2024

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan..

mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi..

dari gaji di tawarkan..masa ...kos...dan sebagainya

hal yang sebegini bukan mudah bagi orang yang bergelar ibu..yang mana sebelum ini 

dia lah segala macam tukang di rumah....lagi2 keputusan yang dibuat

membabitkan pasangan dan anak2.

keputusan memang da ada cuma masih ada tanda tanya lagi2 bab anak2..

 

bersambung...........

 

 

 

#Thankyou Allah

#Indahnyakebahgiaanini

La Tahzan

 

 




Hamba Allah swt

Bila rasa susah hati...jiwa rasa  tak tenteram ,,,buat apa semua tak menjadi..emosi tak menentu..rasa penat dah jadi orang....usah mengeluh...luangkan masa untuk bertenang..kerana kita hanya hamba..walau di bumi tempat kita bersujud pasti nya DIA di arasy mendengar walau jauh sejauhnya  dari atas langit sana ..mngadulah..sesungguhnya dia maha penyayang maha..mendengar ..maha mengetahui..maha melihat 

Saiditina Ali Bin Abi Talib berkata : Simpan rahsia mu berdua saja

  • Dirimu
  • Allah swt

Jagalah di dunia ini dua keredhaan 2 org ini

  • Ibu mu
  • Bapa mu

Mohonlah bantuan ketika kamu susah

  • Sabar
  • Solat

Jangan risau dua hal ini, Kerana kedua hal ini di bawah kekuasaan Allah swt

  • Rezeki
  • Ajal

Janganlah kamu putus 4 hal ini

  • Solat
  • Quran
  • Zikir
  • Silaturahim

Dua hal yang tidak perlu di ingati selamanya 

  • Kebaikan mu terhadap orang lain
  • Kesalahan orang lain terhadapmu

Dua hal yang sentiasa didingati jangan lupa

  • Allah swt
  • Alam Akhirat

Selalu dekat dengan 4 org ini

  • Ayahmu
  • ibumu
  • abg/adik lelaki mu
  • kakak/adik perempuanmu

Empat orang yang jangan engkau kasari

  • Yatim
  • Miskin
  • Fakir
  • Orang sakit

Perkara yang memperindahkan dirimu

  • Sabar 
  • Tinggi Ilmu
  • Dermawan
  • Beradab 
  • Tidak sombong

Empat perkara yang kena kurangi

  • Makan
  • Tidur
  • Malas
  • Bicara yang tidak elok/ bicara hal orang   

#Thankyou Allah

#Indahnyakebahgiaanini

La Tahzan




Sunday, 3 March 2024

kisah Rasul

 Ali bin Abi Talib r.a berkata:

Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 'Lalu Rasullullah SAW bersabda:

"Silakan bertanya:".

 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : 

"Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. "

Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.'

Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. "

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (SAW). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? '

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya. "

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar. "(Al-Baqarah: 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ".

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran / beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237) *



2

Thursday, 16 November 2023

Kunci syurga orang perempuan yang paling besar iyalah ‘’......

 

Dalam 1 ceramah Ustaz Wadi …ada satu cerita dia kongsikan tentang beberapa riwayat, yg ni aku terpanggil laaa nak save n share :

 

‘’bagitau semua para wanita..dikalangan umat Nabi Muhammad.’’

 

 ‘’Kunci syurga orang perempuan yang paling besar iyalah ‘’

‘’Sesungguhnya mentaati suami, berkhidmat untuk suami, menyamai pahala berjihad fisabilillah dan boleh menyamai syahid fisabilillah’’.

 

tapi nabi tutup riwayat ini dengan satu ayat..kata NAbi ‘’terlalu sikit antara kalian yg berjaya melakukannya.’’

 

Iya di akui bila bergelar isteri ..diri rasa selalui rasa di uji..iya da duduk serumah..pelbagai perangai dan perbuatan yang perlu kita terima

Bila punyai anak pula, dah semakin sibuk macam2 perkara..dari uruskan anak…uruskan diri sendiri untuk pergi ketempat kerja..

dan begitu bila sebaik pulang bekerja…uruskan hal kerja sekolah nak..mengaji anak..makan anak..Ada masa rasa terabaikan suami.

Pernah juga rasa penat nya jadi isteri dan ibu…sebab sauami jarang ada dirumah, ada masa rasa  macam kita lebih banyak kerja dari si suami..

tapi tak baik kan rasa mcm tu.  Pujuk hati untuk redho….tanya diri apa cukup baik menunaikan tanggungjawab pada suami ..

 

Aku hanya manusia ada masa hilang sabar dengan pelabagai ujian.. sekarang ini pun masih cuba buat yang terbaik untuk suami …

terutama dlm mengutamakan dia dalam segala hal.. Masih cuba untuk istiqomah … tapi masih tak berjaya sebaiknya.

Ada ketika aku rasa Allah menghantar suami untuk kita bagi mendidik diri jadi seoarang yang sabar...

dgn ujian tersebut kita lebih banyak mengadu dengan Allah melalui Sabar, Mungkin Allah akan mengugurkan dosa kita yg terdahulu..

tidaklah di takdirkan pada kita  perkara sia2 melaiankan ada hkmah di sebaliknya.

Tentang suami pulak adakah dia berkhidmat baik?..menyantuni kita baik? Biarlah Allah saja yang tahu…di kiri kanan  bahu nya ada 2 malaikat

Yang mencatit tiap gerak geri dia tiap saat. Kalau kita nak berbalas balas ..tunggu dia baik baru nak baik atau klu dia jahat nak balas jahat. lupakan

kita tidak boleh hukum dia ..hanya kerana rasa tidak puas hati beberapa perkara.

 Yang di kejar itu hanya laa pahala..jom wanita semua kita cari  pahala jihad yang di sebutkan..sama2 lupaka jika ada sengketa…

bekhidmat mentaati suami itu kerana Allah. Nawaitu kerana Allah. Moga kita menjadi bidadari syurga dambaan suami. InshaAllah.



#LaTahzan

#indahnyakbahagianini


Sunday, 5 November 2023

 

 “Atouna El Toufoule” –

Jeena N'ayedkon Bel-Eid Mnes'alkon

Kami datang untuk mengucapkan selamat hari raya kepadamu

Lesh Ma Fee 'Enna La 'Ayyad Wula Zeineh

Mengapa di tempat kami tidak ada dekorasi hari raya

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a

Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan

Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Tanah kami telah direnggut kebebasannya

Samana 'Am Tehlam 'Am Tes'al El-Ayam

Langit kami sedang bermimpi, bertanya kepada har

Wein Esh-Shames El-Helwe W-Rfouf El-Hamam

Di mana matahari yang indah dan ke mana kepakan sayap burung merpati?

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a

Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan

Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Tanah kami telah direnggut kebebasannya

 

Ardhi Zgheere Metli Zgheere

Tanahku Kecil, seperti aku yang mungil

Atouna Es-salam 'Atouna Et-Tufoole

Berikan kedamaian, berikan kami masa kecil kami

***

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

Berikan, berikan, berikan kedamaian

 

Samana 'Am Tehlam 'Am Tes'al El-Ayam

Langit kami sedang bermimpi, bertanya kepada hari

Wein Esh-Shames El-Helwe W-Rfouf El-Hamam

Di mana matahari yang indah dan ke mana kepakan sayap burung merpati?

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a

Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan

Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Tanah kami telah direnggut kebebasannya

Ardhi Zgheere Metli Zgheere

Tanahku Kecil, seperti aku yang mungil

Atouna Es-salam 'Atouna Et-Tufoole

Berikan kedamaian, berikan kami masa kecil kami

***

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

Berikan, berikan, berikan kedamaian

 

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna Et-Tufoole

Berikan kami masa kecil

A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

Berikan, berikan, berikan kedamaian

https://youtu.be/J6YqIAiRybQ

 

AMALAN AGAR DIKURNIAKAN ALLAH SWT PAHALA MATI SYAHID MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH


 


Assalamualaikum,

Barangsiapa yang membaca doa ini sebanyak 25 kali selepas subuh dan maghrib. Jika mana ia mati. Maka matinya dalam keadaan mati syahid dan kematiannya adalah husnul khatimah. Jadikan amalan ini setiap hari. AAMIIN.

“Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut”
Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati”

Sayyidah 'Aaishah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW
"Adakah ia betul Itu yang Syahid hanya satu siapa yang terbunuh di jalan Allah?

Rasulullah SAW "Wahai 'Aaishah! Jika Itulah yang terjadi kepada Kemudian orang yang mati syahid dari umatku akan menjadi sangat sedikit, sesiapa yang berkata

“Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut” dua puluh lima kali setiap hari dan meninggal dunia di tempat tidurnya, Allah akan memberinya pahala syahid "

Diriwayatkan oleh Imam Al Tabarani rahimahullah.

Monday, 30 October 2023

Save Palestin


"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Artinya: “Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

Allhuakbar. Tiada kederat tapi melihat dan menangisi keperitan mereka, Yang ku mampu di kejauahan ini , terus berDOA, berZIKIR, menderma untuk saudara islam kita di bumi Palestin, moga Allah memberi mereka pertolongan dan harapan ku saudara ku di sana bebas dari zionis Israel..Di doakan juga segala bantuan kemanusian yg di urusakan oleh pelabagai badan di permudahkan utk membantu mereka dari pelbagai aspek..

Dari 7hb Oct 2023 hingga hari ini sudah 31hb Oct 2023 entah bila akan berakhir peranagan antara merekaa, Israel terus membedil bom menyasarkan kepada saudara kita di palestin . Betul sperti apa yg Allah sebbut dlm AlQuran, ''mereka ini kaum israel yg punyai hati yg jahat, zalim , terlalu hasad, tamak''. Apa yang mereka lakukan ini tiada langsung perikamnusiaan, sasaran nya lebih kepada  wanita dan kanak2, rakyat palestin terbunuh hari demi hari tiap saat..para syuhada ini mereka syahid di jalan Alla. 

Yang masih berlindung bukan saja kehilangan tempat tinggal, mereka kehilangan keluarga namun Allah anugerahkan mereka hati  semangat juang yang kuat. Kekuatan hati saudara kita di palestin ini tiada pada manusia yang lain. Dari yang kanak2 hingga yg dewasa sangat kuat hati mereka ini. Mereka begitu kuat dalam memperjuangkan diri mereka untuk Al-Aqsa. Allahuakbar.

Tiap kali aku ikut kisah mereka, rasa marah ,benci ,geram, sakit hati, menyampah pada si zionus israel ni. Segala macam rasa amarah kerana aku saban hari melihat  dari media sosial kemusnahan palestin gaza. Sesungguh nya kita menyerah segala pada Allah. Moga Allah beri kemenangan sauadara islam di Palestin.

#savePalestine

#FreePalestin

 





kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...