Bila rasa susah hati...jiwa rasa tak tenteram ,,,buat apa semua tak menjadi..emosi tak menentu..rasa penat dah jadi orang....usah mengeluh...luangkan masa untuk bertenang..kerana kita hanya hamba..walau di bumi tempat kita bersujud pasti nya DIA di arasy mendengar walau jauh sejauhnya dari atas langit sana ..mngadulah..sesungguhnya dia maha penyayang maha..mendengar ..maha mengetahui..maha melihat
Saiditina Ali Bin Abi Talib berkata : Simpan rahsia mu berdua saja
Dirimu
Allah swt
Jagalah di dunia ini dua keredhaan 2 org ini
Ibu mu
Bapa mu
Mohonlah bantuan ketika kamu susah
Sabar
Solat
Jangan risau dua hal ini, Kerana kedua hal ini di bawah kekuasaan Allah swt
Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan
Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang
Yahudi, lalu berkata: 'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang
tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab. 'Lalu Rasullullah SAW bersabda:
"Silakan bertanya:".
'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami
tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda Rasullullah S.A.W. :
"Solat
Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu
kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan
buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi
Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian
dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya. "
Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul
sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana
apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan
disitu sujudnya tiap orang kafir.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka
mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,
katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang
solat.'
Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka
Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan
diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat
Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. "
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan,
solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian
meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu
adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat
Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka
dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang
mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah,
diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka
mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai
Muhammad (SAW). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? '
Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang
dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30
hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş.
berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya. "
Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi
dari puasa itu '.
Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah
S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). 6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.
Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya
untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya
(untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami
mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna
Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan
engkau utusan Allah)'. "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa
dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar.
"(Al-Baqarah: 155)
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing
masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat
mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya
Rasulullah SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh
WUDHU ".
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka
melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga
setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah
pelayan Ku dan hamba-hambaKu.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran / beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada
di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng
dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang
penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah
Al-Baqarah: 237) *