Followers

Monday, 30 October 2023

Save Palestin


"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Artinya: “Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

Allhuakbar. Tiada kederat tapi melihat dan menangisi keperitan mereka, Yang ku mampu di kejauahan ini , terus berDOA, berZIKIR, menderma untuk saudara islam kita di bumi Palestin, moga Allah memberi mereka pertolongan dan harapan ku saudara ku di sana bebas dari zionis Israel..Di doakan juga segala bantuan kemanusian yg di urusakan oleh pelabagai badan di permudahkan utk membantu mereka dari pelbagai aspek..

Dari 7hb Oct 2023 hingga hari ini sudah 31hb Oct 2023 entah bila akan berakhir peranagan antara merekaa, Israel terus membedil bom menyasarkan kepada saudara kita di palestin . Betul sperti apa yg Allah sebbut dlm AlQuran, ''mereka ini kaum israel yg punyai hati yg jahat, zalim , terlalu hasad, tamak''. Apa yang mereka lakukan ini tiada langsung perikamnusiaan, sasaran nya lebih kepada  wanita dan kanak2, rakyat palestin terbunuh hari demi hari tiap saat..para syuhada ini mereka syahid di jalan Alla. 

Yang masih berlindung bukan saja kehilangan tempat tinggal, mereka kehilangan keluarga namun Allah anugerahkan mereka hati  semangat juang yang kuat. Kekuatan hati saudara kita di palestin ini tiada pada manusia yang lain. Dari yang kanak2 hingga yg dewasa sangat kuat hati mereka ini. Mereka begitu kuat dalam memperjuangkan diri mereka untuk Al-Aqsa. Allahuakbar.

Tiap kali aku ikut kisah mereka, rasa marah ,benci ,geram, sakit hati, menyampah pada si zionus israel ni. Segala macam rasa amarah kerana aku saban hari melihat  dari media sosial kemusnahan palestin gaza. Sesungguh nya kita menyerah segala pada Allah. Moga Allah beri kemenangan sauadara islam di Palestin.

#savePalestine

#FreePalestin

 





Kisah Nabi Musa A.S dan Kekufuran Kaum Bani Israel

 KONFLIK Israel-Palestin masih lagi berterusan. Ia semakin meruncing sejak orang Yahudi menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948 dengan bantuan Britain.

Jika ditelusuri salasilahnya, bangsa Yahudi sebenarnya ialah umat Nabi Musa AS, berketurunan Nabi Yaakub AS.

Memetik jurnal tulisan Wahab Md Salleh dalam journalarticle.ukm.my, ALLAH SWT menggelarkan mereka dalam al-Quran sebagai Bani Israel iaitu anak cucu Israel.

Perkara itu dirakamkan dalam al-Quran menerusi firman ALLAH SWT: “Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-KU yang telah AKU anugerahkan kepada kamu dan (ingatlah) juga bahawasanya AKU telah melebihkan kamu atas segala bangsa (yang ada di zaman nenek moyang mereka, iaitu zaman Nabi ALLAH Musa AS).” (Surah al-Baqarah, ayat 47)

Artikel itu menyebut, bangsa tersebut dikenali sebagai Yahudi yang dinisbahkan kepada salah seorang anak Nabi Yaakub bernama Yahudha kerana kerajaan Bani Israel dikuasai oleh keturunannya.

“Orang Yahudi merupakan satu rumpun bangsa dari satu keturunan sahaja dan tidak bercampur dengan bangsa serta keturunan lain.

Kaum israel adalah kaum yang Allah beri banyak nikmat berbanding kaum lain.


Namun, mereka masih lagi tidak bersyukur dan sering pertikaikan dalam semua perkara.

Berulang kali mereka menyaksikan bukti-bukti keagungan Allah, tapi iman mereka masih lagi lemah disebakan sifat degil mereka.

Antara nikmat yang Allah SWT bagi:

Nabi Musa menyelamatkan mereka dari firaun yang sangat kejam sewaktu mereka di mesir. Mereka berjaya keluar dari Mesir disebabkan peristiwa Nabi Musa membelah laut yang menyebabkan firaun dan tenteranya mati tenggelam di lautan.

Tapi mereka tidak bersyukur:

Sesampai mereka di seberang laut merah, mereka melihat sekelompok kaum yang menyembah berhala, lalu mereka minta kepada Nabi Musa untuk ada Tuhan seperti kaum tersebut.

Alangkah buruknya perangai kaum bani israel ini.

Tidak lama kemudian, mereka pula menyembah Tuhan baru berupa sapi yang diperbuat daripada emas yang digelar sebagai Samiri ketika Nabi Musa meninggalkan mereka selama 40 hari di sebuah padang pasir.

Lalu Nabi Musa menyuruh mereka bertaubat akan perbuatan mereka. Kemudian, mereka bertaubat.

Sesudah itu, mereka minta pula untuk melihat Allah secara terang-terangan. Akibatnya Allah murka, lalu disambar petir dan mati seketika lalu dihidupkan kembali agar mereka bersyukur atas nikmat ini.

Ada pula ketika mereka dalam perjalanan dipadang pasir yang sangat tandus, mereka meminta air dari Nabi Musa.

Maka Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk kaumnya. Turunlah mukjizat apabila Nabi Musa memukul batu dengan tongkatnya, lalu memancarlah daripadanya 12 mata air.

Lantaran itu, mereka minta pula dari Nabi Musa makanan daripada langit untuk mereka makan. Lalu mohonlah Musa kepada Allah SWT kerana kasihnya terhadap kaumnya sendiri.

Termakbullah doa Nabi Musa, mereka mendapat makanan istimewa dari Allah “Manna Wa Salwa”.

Tidak beberapa lama kemudian, mereka merungut rindu akan makanan sewaktu ketika di Mesir dahulu berupa sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.


Nabi Musa kembali menyuruh mereka untuk mensyukuri berbagai nikmat Allah yang telah tercurah kepada mereka.

Allah utus para Nabi dari kalangan mereka, semenjak Nabi Ibrahim. Allah berikan mereka kehidupan yang layak dengan mempunyai isteri, anak keturunan dan tempat tinggal.

Sehingga mereka layak dikatakan raja. Dan mereka diberi banyak hal yang tak diberikan kepada kaum lain dimasa mereka.

Kali ini, Nabi Musa menyuruh mereka memasuki Baitul Maqdis, negeri yang dijanjikan Allah untuk

 mereka. (Al Maidah: 20)

Akan tetapi, disebabkan sikap pengecut dan takut mereka apabila mereka dapati ada satu kaum lagi kuat, gagah dan perkasa menguasai kota itu, lalu mereka berdalih-dalih mencari seribu alasan tidak mahu memasuki kota itu.


Mereka berkata: “ Hai Musa, kami tidak akan sesekali memasuki kota itu selagi mereka ada didalamnya. Kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk di sini sahaja.

Melihat sikap ini, lalu Nabi Musa menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Nabi Musa memohon pertolongan Allah sebab tak punya daya menghadapi kaumnya.

Maka Allah turunkan hukuman bagi kaum Bani Israel, tersesatlah mereka di padang pasir selama 40 tahun tanpa arah tuju.

Imam Ibnu Katsir menceritakan dalam tafsirnya bahawa bani Israel tersesat selama 40 tahun. Mereka tidak dapat memasuki Palestin. Dalam masa itu pula banyak bani Israel yang meninggal dunia. Dan di masa itu juga Nabi Harun wafat, lalu disusul dengan wafatnya Nabi Musa. Semua rentetan kisah ini Allah abadikan dalam surat Al Maidah: 20-26.


Allah SWT berfirman:

قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ. قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ (المائدة: ٢٥-٢٦)

Artinya: “Berkata Musa, “Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu, pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu.” Allah berfirman, “(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib)orang-orang yang fasik itu.” (QS Al Maidah: 25-26).


Wednesday, 18 October 2023

PEMAKANAN SIHAT

 PEMAKANAN yang sihat dan seimbang bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tetapi juga dapat meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan memberikan makanan berkhasiat sejak di usia bayi.

Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad kongsikan sembilan makanan yang sangat baik untuk merangsang kecerdasan otak anak-anak seperti berikut:

  1. Ikan

“Pakar sering menyarankan untuk memilih ikan yang mengandungi asid lemak bermanfaat seperti salmon kerana ia sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting untuk fungsi dan pertumbuhan otak anak.

“Beberapa kajian juga membuktikan, mereka yang gemar memakan ikan mengandung omega-3 memiliki daya fikiran tajam dan mencatat hasil baik dalam ujian kemampuan mental,” kata beliau menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

  1. Telur

Ia sangat mudah, murah dan amat berkhasiat. Telur ialah sumber protein: Kuning telur mengandungi kolin yang berkhasiat membantu perkembangan otak. Biasakan secara rutin memberikan sarapan atau makan malam yang sihat untuk anak dengan menu daripada telur.

  1. Kacang

Kacang kaya vitamin E dan antioksidan yang dapat melindungi membran sel otak daripada radikal bebas terutama kacang makadamia dan badam. Untuk hasil terbaik, pilihlah kacang yang rendah gula dan natrium.

  1. Sayuran berwarna

Tomato, bayam atau labu ialah makanan yang kaya antioksidan. Makanan ini dipercayai dapat membantu mempertahankan kekuatan dan kesihatan membran sel. Semakin segar dan cerah warna sayuran, makin tinggi kandungan antioksidannya. Beberapa sayuran juga memiliki manfaat mencegah kanser.

  1. Oat atau oatmeal

Oat mengandungi karbohidrat yang akan diserap secara berperingkat oleh otak selama proses belajar di sekolah. Oat juga sumber yang baik untuk vitamin E dan B serta potasium dan zink yang membantu tubuh serta otak bekerja secara optimum.

  1. Buah beri

Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam kaya zat antioksidan seperti vitamin C. Kajian juga menunjukkan buah beri dapat memperbaiki daya ingatan.

Beri biru dan strawberi patut menjadi pilihan terbaik untuk makanan otak anak. Dalam satu kajian menunjukkan makanan yang mengandungi kadar flavonoid tinggi (strawberi, beri biru dan jenis beri lain) dapat memperlambatkan penurunan fungsi kognitif otak.

  1. Kacang hijau

Makanan ini salah satu yang sangat disarankan untuk anak kerana kandungan nutrisinya yang sangat lengkap. Selain tinggi kadar protein dan karbohidrat kompleks, kacang hijau juga memiliki kandungan vitamin C, asid folat, zat besi, zink, potassium, magnesium, tembaga, mangan, fosfor dan tiamin yang semuanya penting bagi tubuh dan perkembangan otak.

  1. Susu dan yogurt

Produk tenusu termasuk yogurt ialah makanan yang kaya protein, vitamin D dan B yang berperanan penting dalam pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Yogurt ialah makanan yang semi padat sehingga lebih mudah dicerna dalam proses metabolisme tubuh.

Penelitian terbaru juga menunjukkan, kanak-kanak dan remaja memerlukan vitamin D 10 kali lebih banyak daripada yang disarankan. Vitamin D berguna untuk memelihara siklus hidup sel serta fungsi saraf dan otot.

  1. Daging lembu bebas lemak

Makanan ini ialah sumber zat besi yang dapat membantu anak kekal bertenaga dalam memberi tumpuan di sekolah. Daging lembu tanpa lemak ialah sumber terbaik zat besi kerana mudah diserap oleh tubuh. Faktanya, 28 gram daging lembu setiap hari membantu tubuh menyerap zat besi daripada sumber makanan lain.

Daging lembu juga mengandung zink yang membantu memelihara daya ingatan.



note: sumberdarigoogles

kerja baru

dapat kerja baru..nak pergi atau tidak..bole penin juga nak putuskan.. mulalah mengira berapa untung rugi pergi..atau tak pergi.. dari gaji ...