Berpunca dari allergic
merebak pulak hingga gatal tu melebar dan merah tahap miang tahap tak boleh handle nak mngaru.
Mula2 x mau jupe doctor..just
buat tak peduli rasa gatal sapu ajer cream..hampir 2minggu raches makin merebak rasa risau masih tak kurang pulak....balik kerja pergi jumpa doctor Maslina cwgan penawar...
Doktor kata allergic aku ni dah jadi jangkitan fungus (kulat)... so katanya the best
solution kena pakai sabun anti kulat, makan ubat gatal2 siang sebiji, malam
sebiji dan juga ubat anti kulat ...aku cuba mengelak dari berpeluh heee dah
macam pokok pulak badan ni diserang kulat, 2-3 hari makan ubat nampak perubahan
..
Alhamdulillah, walaupun masih ada terasa gatal dan
miang tetapi boleh nampak perubahan pada masalah gatal2.. Syukur
sangat..dengan izin Allah berkat doa dan ikhtiar makan ubat fungus tu telah
berkurangan dan hanya keluar sedikit dan kecik kecik sahaja rashes baru.
Alhamdulillah, sang bersyukur ke hadrat Illahi atas ujian ini yang pasti
punya hikmah tersendiri.
Quote to share:
Harus difahami dan diyakini bahawa kita mempunyai
Allah sebagai tempat sandaran, perlindungan dan tempat mengadu.
Jadi mengapa perlu bimbang kekurangan rezeki sedangkan kita ada Allah Yang
Maha Kaya lagi Maha Pemurah? Mengapa kita perlu bimbang manusia menganiayai kita atau mengambil hak kita atau dengki dengan kita atau mengenai bencana
yang mungkin menimpa kita, sedangkan di samping kita ada Allah yang boleh
melindungi kits? Dan mengapa pula kita perlu bimbang penyakit yang kita hadapi
tidak sembuh sedangkan kita ada Allah yang mempunyai penawar kepada segala
penyakit? Jadi mengapa skita perlu bimbang dan sedih? Ini adalah antara
perenggan yang di petik dari buku "You Are The Best" atau
"Kamu Umat Terbaik" tulisan Ustaz Dr Mohd Shafie Md Amin yang sangat
membuka minda dan menginsafkan
April 2016
#manisnya kebahagian itu
by : imasatria.blogspot.com